Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 2
Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong (2) atau nama ringkasnya SK Pusat Bandar Puchong 2, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Persiaran Indera Pusat Bandar Puchong.
Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 2 | |
---|---|
Lokasi | |
Jalan Persiaran Indera Pusat Bandar Puchong, PUCHONG, Selangor Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 358820711 |
Kod sekolah | BBA8269 |
Guru besar | Puan Noorma |
Faks | 358820744 |
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 2 memiliki 465 pelajar lelaki dan 393 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 858 orang. Ia mempunyai seramai 50 orang guru.2009
Sejarah sunting
Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong (2) [SKPBP2] ditubuhkan pada 1 November 2002 dan memulakan sesi persekolahan pertama pada 6 Januari 2003. [SKPBP2] merupakan sekolah kedua yang terdapat di Pusat Bandar Puchong. Sekolah rendah pertama di Pusat Bandar Puchong ialah Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong (1) yang terletak kira-kira 4 kilometer [SKPBP2].
Pada awal pembukaan sekolah ini, hanya terdapat 2 orang pentadbir dan 7 orang guru bertugas iaitu Puan Nafsiah binti Husin dan Encik Manikam a/l Muniandy dan guru-guru Encik Mat Tabohan bin Ishak. Puan Rosmah binti Udin, Puan Sugunasundari a/p Thangavelu, Puan Siti Ghaslenda binti Jurani, Puan Zainab binti Jabar, Puan Tan Giok Lian.
[SKPBP2] mempunyai empat buah blok dan sebuah kantin dan ia kekal sehingga ke hari ini. Pada tahun 2007 sebuah lagi bangunan telah dibina untuk menempatkan murid-murid pra-sekolah. Jumlah bilik darjah yang terdapat di sekolah ini ialah sebanyak 36 buah.
Guru besar pertama berkhidmat ialah Datin Hajah Narimah binti Md. Ewan bermula pada tahun 2003 hingga 2007. Selepas itu ia digantikan oleh Puan Hasnah binti Mutalib. Pada tahun 2022, Guru Besar baharu Puan Noorma binti Mohammad telah menjadi guru besar hingga sekarang. Pada awal pembukaannya hanya menempatkan sejumlah 94 orang murid sahaja. Daripada 94 orang murid, bilangan murid untuk tahun satu ialah 43 orang, tahun dua seramai 31 orang dan tahun tiga 20 orang. Jumlah ini semakin meningkat dari tahun ke tahun dan sehingga sekarang, jumlah murid adalah seramai 885 orang termasuk murid dari prasekolah. Pada tahun 2021, kelas PPKI telah dibuka dan memberi peluang kepada murid yang mempunyai masalah pembelajaran seperti lemban, ADHD dan hyperaktif untuk belajar bersama-sama.
Pencapaian sunting
Seorang pelajar berjaya memasuki sekolah prestij Kolej Yayasan Saad Melaka pada tahun 2016
Seorang pelajar (Iman Najmi) murid tahun 5 tahun 2023, berjaya mewakili negeri Selangor ke pertandingan Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2023 dan telah memenangi acara regu berkumpulan di tempat pertama. Secara keseluruhan ini adalah percapaian terbaik bagi pasukan sepak takraw sekolah dan tahniah kepada jurulatih dan pengurus pasukan cikgu Izzuddin dan cikgu Fadhil yang telah membimbing Iman Najmi sampai ke peringkat kebangsaan.
Manakala bagi acara olahraga seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong iaitu NurZamshah Ikhwan murid tahun 5 Cerdas telah mewakili daerah Petaling Perdana di peringkat MSSS pada tahun 2023.
Melayakkan diri ke Piala Raja Muda Edisi ke-33.
Alamat sunting
- Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 2
- Jalan Persiaran Indera Pusat Bandar Puchong
- Selangor, Malaysia
- Telefon = 358820711
- Fax = 358820744