Sekolah Kebangsaan Rambai Tujuh


VISI

Sekolah Kebangsaan Rambai Tujuh
Lokasi
 Malaysia Kampung Rambai Tujuh, 33000, Kuala Kangsar,, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoRajin, Tekun , Berjaya
Nombor sekolah6057762310
Kod sekolahABA4010[1]
Pengerusi PIBGEn Zakwan Bin Hj Sohor
PengetuaPn Junaidah Binti Zainal Abidin
GPK Pentadbiran dan AkademikPn Haniza Binti Abdul Rahim
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn Hawa Binti Abdul Rahman
Penolong Kanan KokurikulumEn Mior Khir Amir Bin Mohd Rasid
Faks6057762310
Map

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Indiividu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

MOTO

Rajin, Tekun, Berjaya


Sekolah Kebangsaan Rambai Tujuh atau nama ringkasnya SK Rambai Tujuh, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kampung Rambai Tujuh. Pada 2018, Sekolah Kebangsaan Rambai Tujuh memiliki 27 pelajar lelaki dan 16 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 43 orang. Ia mempunyai seramai 11 orang guru, seorang pembantu tadbir, 3 orang pekerja kebersihan swasta dan 2 orang pekerja keselamatan.

SEJARAH sunting

Pada mulanya sekolah ini telah didirikan oleh penduduk Kampung  Rambai Tujuh secara bergotong royong pada tahun 1931. Gotong royong ini diketuai oleh Tuan Haji Mohd Din bin Imam Kassim. Ia dibina di atas tanah Lot No. 1668 kepunyaan En. Ngah bin Kulup Idris dan rakan kongsinya. Keluasan awal sekolah ini ialah kira-kira 748 kaki persegi dengan satu bilik darjah dan sebuah rumah guru beratap nipah dan bertiang buluh. Bagi memenuhi keperluan kelas yang tidak mencukupi, rumah guru telah digunakan sebagai kelas  pada 4 April 1931.

               Sebanyak RM330 digunakan untuk membina sekolah iaitu RM240 hasil daripada sumbangan orang ramai dan RM90 lagi daripada Pejabat Daerah Kuala Kangsar yang diketuai oleh Tuan Eleton sebagai District Officer (Pegawai Daerah). Guru pertama yang mengajar di sekolah ini ialah En.Megat Di dengan 40 orang pelajar.

               Bangunan sekolah mulai reput dan tidak selamat digunakan dan tuan tanah menuntut semula tanahnya. Maka, pada tahun 1949 Jawatankuasa sekolah telah berjaya mendapatkan sekeping tanah kerajaan di Lot No. 5703 berhampiran dengan tapak lama sekolah. Pada pertengahan tahun tersebut, Tuan E C Hiks (Senior Inspector of School perak) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM900.00 untuk membina bangunan berukuran 30 X 25 kaki. Bangunan ini dibina berlantaikan simen, berdindingkan papan dan beratapkan asbestos.

Pada tahun 1957, pihak Pejabat Pelajaran Daerah telah mendirikan sebuah bangunan tambahan  untuk menampung peningkatan pelajar. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ghazali bin Haji Jawi (Bekas Menteri Besar Perak) pada tahun 1958.Pada Januari 1968, Kementerian Pendidikan telah membina sebuah bangunan baru yang mengandungi 2 bilik darjah yang berukuran 60 X 30 kaki berbentuk kekal dengan no pendaftaran JKR 1052. Bangunan ini digunakan pada 1 Mac 1968.Pada awal tahun 1980an, sekolah ini telah mendapat peruntukan untuk membina sebuah kantin, Sehingga kini 4 blok bangunan termasuk sebuah kantin masih digunakan.

Lagu Sekolah

Lagu Sekolah SKRT

Rajin tekun berjaya

Lambang sekolah kita

Beriman juga bertaqwa

Amalan kita semua

Bersatu kita membela diri

Mengharumkan sekolah ini

Berdisiplin berdedikasi

Nilai diri murni

Bersama kita terus berbakti

Itulah insan sejati

Tekun rajin serta berusaha

Hingga kita berjaya

Maju terus maju

Maju SKRTku

Maju SKRTku...

PENCAPAIAN sunting

2018

- Seminar Nasional Ke 25 (SN 25); Pembentangan Amalan Terbaik Sekolah ( Pn Junaidah Binti Zainal Abidin (Guru Besar SK Rambai Tujuh).

- Tempat Keempat Public Speaking (Mohd Yassir Bin Ahmad Taupit) Pertandingan English Carnival 2018 bertempat di SK Muhibbah ,Sg Siput.

- Penyertaan Story Telling English Carnival 2018 bertempat di SK Muhibbah ,Sg Siput.

- Program Pengantarabangsaan Malaysia Indonesia (Induk Semang) SK Sheikh Idris Al-Marbawi, SK Rambai Tujuh, SK Paya Salak bersama SDI Al Azhar 36, Jogjakarta, Indonesia.

- Pameran Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat Kebangsaan bertempat di SMK Bandar Baharu Bercham, Ipoh,Perak.

- Penyertaan MTQ Daerah Kuala Kangsar, (Kategori Hafazan, Tilawah Al Quran dan Bercerita)

- Penyertaan Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Peringkat Daerah Kuala Kangsar bertempat di SK Raja Perempuan Muzwin.

- Pengakap Rambu Peringkat Negeri Perak 2018.

- Perkhemahan Keris Emas peringkat Kuala Kangsar di SK Raja Muda Musa.

- Perkhemahan Unit Berunifom Daerah di PLKN Desa Rimba, Sauk.

-

2017- Pusat Sumber Sekolah; Johan Peringkat Daerah dan Naib Johan Peringkat Negeri.

- Tokoh NILAM ; Mewakili Zon Ke Peringkat Daerah

- Karnival Bahasa Melayu; SAHIBBA (Johan Peringkat Zon), mewakili Zon ke Peringkat Daerah.

- Bercerita Tahap 1;Naib Johan peringkat Zon dan mewakili sekolah ke Peringkat Daerah.

- Karnival Bahasa Inggeris; SCRABBLE ( Ketiga Peringkat Zon), Poetry (Kedua Peringkat Zon), Public Speaking ( mewakili Zon ke peringkat Daerah).

ALAMAT sunting

Sekolah Kebangsaan Rambai Tujuh (ABA4010)
Kampung Rambai Tujuh
33000, Kuala Kangsar
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6057762310
Fax = 6057762310

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

  • Facebook.