Sekolah Kebangsaan Rambong Pulai


Sekolah Kebangsaan Rambong Pulai atau nama ringkasnya SK Rambong Pulai, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kedah.[1]

Sekolah Kebangsaan Rambong Pulai
Fail:Sekolah Kebangsaan Rambong Pulai.jpg
Lokasi
Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah044727598
Kod sekolahKBA0028
Laman sesawang
skrambongpulai@gmail.com
Map


Sejarah sunting

Sejarah Sekolah Kebangsaan Rambong Pulai bermula pada 28 Disember 1953 sebagai sebuah kelas pengajian yang mula diwujudkan di balai lintang Masjid Kampong Rambong Pulai. Anak-anak kampung ini ditempatkan belajar di kelas ini. Guru-guru yang mengajar di kelas ini adalah secara sukarela.

Tidak lama kemudian, penduduk kampung dan tokoh-tokoh kampung yang berpengaruh telah menubuhkan sebuah tabung bagi merealisasikan pembinaan sekolah tersebut. Kutipan derma telah dijalankan. Hasil daripada kutipan derma, sebidang tanah seluas 4 relung berjaya dibeli dengan harga RM 1000 sebagai tapak pembinaan sekolah. Wang selebihnya sebanyak RM 3 722.15 digunakan untuk membina sekolah yang dinamakan “Sekolah Rakyat Kampong Rambong”.

Sekolah ini mula digunakan pada 10 Disember 1957 dengan jumlah pelajar seramai 60 orang. Guru-gurunya pula seramai 3 orang, iaitu Husain bin Hj. Mahmud sebagai Guru Besar, Abu Hassan bin Md. Noh sebagai Guru Penolong, dan Ramli bin Md. Diah sebagai Guru Agama. Setiap murid dikenakan yuran sebanyak RM 1.00 setiap bulan. Kutipan yuran digunakan untuk membayar elaun guru sebanyak RM 30.00 seorang sebulan.

Mulai tahun 1961, sekolah ini telah diambil alih oleh kerajaan sebagai sekolah separuh bantuan. Gaji guru-guru telah dibayar oleh kerajaan iaitu kira-kira RM 55.00 setiap orang. Pada 3 Jun 1968, sekolah ini telah diisytiharkan sebagai sekolah bantuan penuh kerajaan berkuat kuasa mulai 1 Julai 1968. Sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat En. Mohamad Khir bin Johari (Menteri Pelajaran ketika itu) pada 3 Jun 1968.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting