Sekolah Kebangsaan Seksyen 13

Sekolah Kebangsaan Seksyen 13 atau nama ringkasnya SK Seksyen 13, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Bola Sepak 13/11, Seksyen 13,.

Sekolah Kebangsaan Seksyen 13
Lokasi
Jalan Bola Sepak 13/11, Seksyen 13,, Shah Alam, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoSEDERAP MENCEMERLANGKAN ORGANISASI
Autoriti pendidikanPETALING PERDANA
Nombor sekolah03-55138272
Kod sekolahBBA8256
Guru besarTN HJ AB RASHID BIN MD IHSAN
GPK Pentadbiran dan AkademikPN AZIAH BT KARIM
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPN. NOR ANIDAH BINTI JAAFAR
Penolong Kanan KokurikulumEN SUNDARAJAN A/L NADARAJAN
Laman sesawang


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Seksyen 13 memiliki 366 pelajar lelaki dan 376 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 742 orang. Ia mempunyai seramai 45 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Seksyen 13 mula dibina pada tahun 2000 dan siap sepenuhnya pada akhir 2001. Sekolah ini mula beroperasi secara rasmi pada 1 Januari 2002. Seramai 13 orang guru kumpulan pertama telah ditugaskan mengajar di sekolah ini. Seramai 180 orang murid mendaftar sebagai murid kumpulan pertama. Jumlah ini meningkat kepada 396 orang pada akhir Januari 2003.

Guru Besar pertama sekolah ini ialah Puan Normah binti Othman. Beliau mula berkhidmat di sekolah ini pada 1 Disember 2001 dan kekal hingga tahun 2004. Diikuti dengan Pn. Hjh Fazdlon binti Sheikh Amir hingga pencen pada 24 Jun 2008 dan sekarang sekolah ini diterajui oleh Puan Hjh Faridah binti Ramli hingga kini.

En. Zulkifli bin Jusoh telah dilantik sebagai Penolong Kanan Kurikulum yang pertama. Pada tahun 2004 beliau diambil alih oleh Pn. Hjh. Fuziah binti Ibrahim. Pn. Balqis binti Ahmad sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan pada tahun 2005 jawatan ini dipegang oleh Pn Hjh. Habibah binti Ahmad. Pada Jun 2008 Pn. Akma Zuraida Binti Mat Nordin telah mengambil alih tugas ini. Pada 01 Februari 2010 tempat beliau diterajui oleh Pn.Rafe’ah binti Basri. Penolong Kanan Kokurikulum diterajui oleh En. Abdul Manaf bin Ahmad hingga kini.

Kini sekolah ini telah beroperasi selama 8 tahun . Jumlah muridnya pula seramai 791 orang dan gurunya pula seramai 51 orang. Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah integrasi kerana terdapat kelas Pendidikan Khas sebanyak 5 kelas dan 1 bangunan untuk prasekolah seramai 25 orang murid.

Pada tahun 2021 jumlah murid telah mencecah sehingga 1437 orang pelajar 88 orang guru dan 9 orang kakitangan staff dan Tuan Haji Ab Rashid Bin Md Ihsan selaku Guru Besar Cemerlang pada ketika itu. Sekolah Sk Seksyen 13 juga telah mempunyai sebuah Surau Wakaf yang telah dibina hasil idea dari Guru Besar Tuan Haji Ab Rashid selaku guru besar pada ketika itu dan dibantu oleh guru guru dan sumbangan dari pelbagai pihak.


Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Seksyen 13
Jalan Bola Sepak 13/11, Seksyen 13,
Selangor, Malaysia
Telefon = 03-55138272
Fax = 03-55138261

Pautan luar sunting