Sekolah Kebangsaan Senibai

Sekolah Kebangsaan Senibai atau nama ringkasnya SK Senibai, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Km 4 Jalan Kampung Batu.

Sekolah Kebangsaan Senibai
Lokasi
Km 4 Jalan Kampung Batu, 73100, Johol,, Negeri Sembilan Darul Khusus
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6064369106
Kod sekolahNBA1021
Guru besarA Zaidey bin Ibrahim
Faks6064369106
Map


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Senibai memiliki 75 pelajar lelaki dan 57 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 132 orang. Ia mempunyai seramai 13 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Senibai telah dibuka pada 14 Februari 1956 atas perintah Pejabat Pelajaran. Perasmian sekolah pada ketika itu telah dihadiri oleh Wesak Routin, Tok Batin dan beberapa orang ibu bapa murid. Semasa pembukaan sekolah, seramai 27 orang murid telah mendaftar untuk bersekolah dan mereka terdiri dari anak - anak Masyarakat Asli yang tinggal berdekatan dengan kawasan sekolah. Guru Besar pertama ialah Allahyarham Tuan Haji Nordin bin Ismail.

Bangunan sekolah pada ketika itu hanya sebuah dan dibina dengan menggunakan tiang kayu bulat, berdindingkan pelupuh, beratapkan daun bertam dan berlantaikan tanah. Pada tahun 1959, bangunan sekolah ini telah diperbaki dan dibina dengan menggunakan atap zink dan dan berlantaikan simen.

Pada tahun 1988, tiga bilik darjah tambahan telah dibina secara bergotong - royong. Bermula pada tahun 1997, Sekolah Kebangsaan Senibai telah diambil sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia daripada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Tahap 2 iaitu Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 telah dibuka seterusnya secara lansung telah melibatkan pertambahan beberapa orang guru dan bilangan murid - murid juga turut bertambah. Kumpulan pertama murid - murid yang mengambil UPSR bagi sekolah ialah pada tahun 1999.

Setelah beberapa tahun Kementerian Pelajaran mengambil - alih pendidikan di sekolah ini, Sekolah Kebangsaan Senibai telah berubah wajah dengan beberapa pembinaan bangunan baru. Bermula pada tahun 1999, dua unit rumah guru telah dibina dengan kos bernilai RM 150 ribu. Seterusnya pada tahun yang sama, dua blok asrama iaitu Asrama Putera dan Asrama Puteri telah dibina dengan kos bernilai RM 1.3 juta.

Seterusnya pada tahun 2002, Sekolah Kebangsaan Senibai menerima peruntukkan untuk membina tiga blok bangunan sekolah yang serba lengkap dengan kos bernilai RM 3.5 juta.

Bangunan baru telah mula digunakan pada tahun 2003 sehingga kini. Terdirinya bangunan - bangunan baru di sekolah ini secara langsung telah melenyapkan semua bangunan asal Sekolah Kebangsaan Senibai sebelumnya yang mungkin menjadi memori kehidupan murid - murid Masyarakat Asli untuk mendapatkan pendidikan awal di sekolah sebelum dan selepas merdeka di Tanah Melayu khususnya di Daerah Kuala Pilah.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Senibai
Km 4 Jalan Kampung Batu
73100, Johol
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6064369106
Fax = 6064369106

Pautan luar sunting