Sekolah Kebangsaan Seri Idaman

Sekolah Kebangsaan Seri Idaman atau nama ringkasnya SK Seri Idaman, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampung Baru,Mukim Vii, Parit Yaani..

Sekolah Kebangsaan Seri Idaman
Lokasi
 Malaysia Kampung Baru,Mukim Vii, Parit Yaani., 83710, Yong Peng,, [Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, SKM
MotoSetiap Hari Mesti Ada Perubahan
Nombor sekolah01111629181
Kod sekolahJBA0042
Pengerusi PIBGEn. Ilman bin Sukayat
PengetuaEn Yussry bin Tukiman
GPK Pentadbiran dan AkademikEn.Syahrin bin Mohd Asri
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Zaimah bt Drani
Penolong Kanan KokurikulumEn. Azizan bin Kamsan
Faks01111629181


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Seri Idaman memiliki 47 pelajar lelaki dan 66 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 113 orang. Ia mempunyai seramai 13 orang guru.2009

Pada tahun 2019, terkini, ianya memiliki 103 murid sahaja dengan 12 orang guru, seorang kerani, seorang pembantu pra sekolah dan seorang pembantu pejabat.

Sejarah Sekolah sunting

Sekolah Kebangsaan Seri Idaman, Batu Pahat merupakan sebuah sekolah yang terletak di Kampung Baru, Mukim VII, Parit Yaani, Yong Peng. Jarak sekolah ini dengan bandar Batu Pahat kira kira 8 kilometer melalui pekan Parit Yaani.

Menurut Tn. Hj. Omar Bin Hj. Ahmad, nama Idaman diberi kerana pada masa dahulu masyarakat kampung begitu mengidam-idamkan sebuah sekolah. Sebelum sekolah ini wujud, murid-murid bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Bengkal. Justeru itu, apabila sekolah ini disiapkan, penduduk kampung bersepakat menamakannya “Sekolah Kebangsaan Seri Idaman”.

Tuan Haji Omar Bin Ahmad (Allahyarham) berasal dari Kampung Parit Bengkok Bagan, Batu Pahat, Johor. Beliau telah berpindah ke Kampung Baru pada tahun 1922 kerana mengikut keluarganya. Tuan Haji Omar telah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Bengkal, Batu Pahat. Semasa berumur 20 tahun, beliau telah belajar di Mekah selama 3 tahun secara persendirian. Selepas itu beliau pulang ke kampung dan mendirikan rumahtangga. Beliau juga menjadi imam di Masjid Kampung Baru.

Kedudukan rumah Tuan Haji Omar tidak jauh dari sekolah. Beliau adalah pengasas Sekolah Kebangsaan Seri Idaman. Sebelum sekolah ini dibina penduduk Kampung Baru telah bermesyuarat dengan Ketua Kampung bagi membincangkan pembinaan sebuah sekolah di kampung ini. Antara Ahli Jawatankuasa yang terlibat dalam mesyuarat ini ialah :[perlu rujukan]

  • Tuan Haji Omar Bin Haji Ahmad
  • Encik Zaid Bin Haji Yusof
  • En. Rahmat Bin Yusuf
  • Encik Jeffri Bin Haji Abd. Manap
  • Encik Ibrahim Bin Paiman
  • En. Yusuf
  • En. Saip

Sekolah Kebangsaan Seri Idaman ini telah dibina di atas sekeping tanah seluas lebih kurang 2 ekar yang dihadiahkan oleh Tuan Haji Omar Bin Haji Ahmad. Sekolah ini dibina dengan menggunakan kayu yang telah diberi oleh kerajaan, sementara kayu tutup tiang sebahagiannya telah diberi oleh penduduk kampung.[perlu rujukan]

Senarai Guru Besar sunting

  1. En. Kamson B. Diron(06.11.1954 – 31.05.1955)
  2. En. Anis B. Mohamad(01.06.1955 – 30.10.1986)
  3. En. Abd. Rahman B. Ghani(01.11.1986 – 08.04.1989)
  4. En. Salim B. Supian(16.05.1089 – 30.06.1996)
  5. Tn. Hj. Ibrahim B. Ahmad(01.07.1996 – 30.05.1998)
  6. En. Osman B. Mohd. Tawil(01.06.1998 – 24.01.2001)
  7. En. Murat B. Arshad(25.01.2001 – 31.12.2004)
  8. En. Ali Bin Mustari(17.01.2005 – 31. 12.2005)
  9. En. Salih Bin Dugel(01.01.2006 – 15.04.2008)
  10. Tn Hj. Mashod Bin Hassim(16.04.2008 – 16.02.2011)
  11. Tn Hj Wahid b Sukimi(01.03.2011 -- 31.12.2011)
  12. En Mohd Jais b Ahmad(16.01.2012 - 01.10.2015)
  13. En. Nik Ramli b. Nik Shim (03.01.216 - 16.04.2017)
  14. En Khairul Salleh b. Mohd Satar ( 01.05.2017 - 10.03.2019)
  15. Pn Nor Liza bte Mohd Shah (08.04.2019 sehingga kini )

Pencapaian sunting

  1. ANUGERAH SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI UPSR OLEH LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA (2002) PERINGKAT KEBANGSAAN
  2. ANUGERAH KUALITI UPSR JABATAN PELAJARAN JOHOR (2002) PERINGKAT NEGERI JOHOR
  3. ANUGERAH PERTAMA UPSR SEMPENA HARI KUALITI PEJABAT PELAJARAN DAERAH BATU PAHAT (2002) PERINGKAT DAERAH
  4. JOHAN SEKOLAH HARAPAN NEGARA KATEGORI SMK/SK (PEDALAMAN)(2004) PERINGKAT NEGERI JOHOR
  5. ANUGERAH EMAS UPPM 3 (2008) PERINGKAT DAERAH
  6. ANUGERAH PENCAPAIAN PENULISAN BAHASA MELAYU TERBAIK ZON YONG PENG DALAM UPSR 2008 PERINGKAT DAERAH
  7. STANDTOGETHER COMPETITION TOP 10 PADA TAHUN 2019
  8. UPSR 100% 2019

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Seri Idaman
Kampung Baru,Mukim Vii, Parit Yaani.
83710, Yong Peng
Johor, Malaysia
Telefon = 01111629181
Fax = 01111629181

Pautan Luar sunting

https://www.thestar.com.my/metro/metro-news/2019/04/18/a-hut-full-of-positive-vibes/?fbclid=IwAR2iA1q87WnZOzWl2VBELzLmz8hRRqEjygh8e_zKUf7OFdbaYVP-GR0DBs8

http://skseriidaman2010.blogspot.com/2013/10/sejarah.html


https://www.facebook.com/thestarRAGE/posts/10160479667684741