Sekolah Kebangsaan Seri Kemaman
Sekolah Kebangsaan Seri Kemaman | |
---|---|
Lencana Sekolah Kebangsaan Seri Kemaman | |
Alamat | ![]() |
Telefon | 98591251 |
Faksimili | 68584794 |
Klasifikasi | Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan |
Moto | |
Slogan | |
Kod Sekolah | TBA2041 |
Pengetua | Sarina binti Mohamad |
Penolong Kanan Akademik | Bustamam Alladdin bin Sulong |
Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar | |
Penolong Kanan Kokurikulum | ZairulAnuar bin Zawawi |
Tahun dirasmikan |
Sekolah Kebangsaan Seri Kemaman (SKSK) merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Hadapan Tadika Yayasan Lot 144,Kg. Gong Limau , Kemaman , Terengganu Darul Iman, Malaysia.
Pada 2025, Sekolah Kebangsaan Seri Kemaman memiliki 320 pelajar lelaki dan 320 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 640 orang. Ia mempunyai seramai 47 orang guru.2025
Sekolah Kebangsaan Seri Kemaman ialah sekolah pecahan SK Sultan Ismail yang tidak mempunyai bangunan sendiri sebaliknya menggunakan bangunan asrama puteri Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail sebagai bangunan sekolahnya.
Sejarah
suntingSKSK mula dibuka pada 2-Jun-1988. Pada mulanya, sekolah ini asalnya bangunan asrama lelaki dan perempuan SMK Sultan Ismail kemudian ia dijadikan sebuah sekolah untuk menampung murid-murid yang datang daripada Sekolah Rendah Sultan Ismail dan Sekolah Kebangsaan Chukai yang berjumlah 411 orang. Pada awal pembukaan sekolah ini, 11 buah kelas dibuka untuk menampung pelajar berkenaan. Sebanyak 4 buah kelas dibuka untuk tahun 1, 3 buah kelas dibuka untuk tahun 2 dan 2 buah kelas dibuka untuk tahun 3 dan juga tahun 4. Pada tahun berkenaan, hanya terdapat 17 orang guru sahaja yang berkhidmat di SK Seri Kemaman dan dibantu olah 2 kakitangan sokongan.
Sekolah Kebangsaan Seri Kemaman terletak di tengah-tengah bandar Chukai. Ia dihimpit diantara Sekolah Kebangsaan Seri Iman dan juga Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail.
Alamat
sunting- Sekolah Kebangsaan Seri Kemaman
- Hadapan Tadika Yayasan Lot 144, Kg. Gong Limau , Kemaman , Terengganu Darul Iman, Malaysia
- Telefon = 98591251
- Fax = 68584794