Sekolah Kebangsaan Seri Kenanga

Sekolah Kebangsaan Seri Kenanga atau nama ringkasnya SK Seri Kenanga, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di JKR 5203, Jalan Kacung, Tampoi.

Sekolah Kebangsaan Seri Kenanga
Lokasi
 Malaysia JKR 5203, Jalan Kacung, Tampoi, 81200, Johor Bahru,, Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6072323569
Kod sekolahJBA1037
Pengerusi PIBGDato Muhammad Shadip bin Muhammad
Guru besarCikgu Hj. Asmuni bin Kaspan [1]
GPK Pentadbiran dan AkademikCikgu Saleha binti Jaafar
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridCikgu Azali bin Abdullah
Penolong Kanan KokurikulumCikgu Mastura binti Dollah
Faks6072374695
Laman sesawang


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Seri Kenanga memiliki 389 pelajar lelaki dan 364 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 753 orang. Ia mempunyai seramai 47 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Seri Kenanga pada awal penubuhannya dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Perumahan S.E.D.C. Ia mula dibuka pada 1 Januari 1984. Seramai 562 orang murid, 14 orang guru dan 4 orang kakitangan merupakan kumpulan pertama yang memulakan sesi persekolahan pada tahun tersebut dengan diketuai oleh Tuan Syed Mustaffa bin Sulong sebagai Guru Besar pertama ketika itu.

Pada bulan April 1984, Badan Penaja Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah dibentuk. Mesyuarat Agung penubuhannya telah diadakan pada 14 September 1984


Di awal penubuhannya SK. Perumahan S.E.D.C yang mempunyai dua (2) blok bangunan dua (2) tingkat ini hanya menjalankan satu (1) sesi persekolahan sahaja. Walau bagaimanapun pertambahan enrolmen murid-murid sekolah ini menyebabkan dua (2) sesi persekolahan dijalankan mulai tahun 1989 di bawah penerajunya ketika itu – Tn. Hj. Abdul Rahim bin Ahmad. Perubahan demi perubahan telah dijalankan untuk kemajuan sekolah. Seiring dengan pembangunan yang pesat kawasan perumahan dipersekitarannya, maka telah wujud keperluan pertambahan bilik darjah. Oleh itu satu blok bangunan setingkat yang mengandungi empat (4) buah bilik darjah telah siap dibina pada akhir tahun 1992. Sebuah lagi bangunan tambahan tiga (3) tingkat dengan tiga belas (13) buah bilik darjah berserta dengan sebuah (1) bilik Kemahiran Hidup telah siap dibina dan digunakan pada tahun 1994

Era kepimpinan sekolah yang berubah-ubah juga telah membawa banyak perubahan dari segi fiikal, pentadbiran dan kurikulum. Penggunaan kad matriks diperkenalkan. Banyak pengubahsuaian juga telah dilakukan terhadap bilik guru, pejabat, surau dan bangunan sekolah ini. Keceriaan dan persekitaran sekolah juga turut mengalami perubahan dan penambahbaikan. Tidak dilupakan juga program-program kecemerlangan akademik selaras dengan kehendak Kemeterian Pendidikan Malaysia.

Pada tahun 2005 SK Perumbahan S.E.D.C telah diubah namanya kepada SK Seri Kenanga bertepatan dengan kedudukannya yang di kelilingi oleh blok-blok kawasan perumbahan Taman Kenanga.

Selaras dengan perkembangan dan pertambahan murid-muridnya, SK. Seri Kenanga sekali lagi dapat menambah sebuah (1) lagi blok bangunan empat (4) tingkat dalam tahun 2011 yang terdiri daripada bilik-bilik darjah, bilik kesihatan, bilik muzik, makmal sains, bilik seni, surau dan bilik-bilik khas yang lain. Di bawah bangunan ini juga telah dijadikan dewan terbuka untuk menjalankan program-program sekolah.

Pada 2019 semasa sekolah ini diterajui oleh En.Abd Hadi,rentak lagu sekolah ini telah ditukar bagi memurnikan lagu sekolah.


Pada tahun 2021,sekolah ini kembali menjadi dua sesi seperti pembukaan awal sekolah ini.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Seri Kenanga
JKR 5203, Jalan Kacung, Tampoi
81200, Johor Bahru
Johor, Malaysia
Telefon = 6072323569
Fax = 6072374695

Rujukan sunting

  1. ^ [1]

Pautan luar sunting