Sekolah Kebangsaan Seri Kampong Rengam

Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Rengam atau nama ringkasnya SK Seri Kg Rengam, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di 1311, Kampung Tengah Renggam.

Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Renggam
Lokasi
1311, Kampong Tengah Renggam, 86300, Renggam,, Johor Darul Takzim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6077536846
Kod sekolahJBA2025
Faks6077536846
Laman sesawang


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Rengam memiliki 62 pelajar lelaki dan 60 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 122 orang. Ia mempunyai seramai 14 orang guru.2009

Sejarah sunting

SK SERI KAMPUNG RENGGAM merupakan sebuah sekolah luar bandar yang terletak di sebuah kawasan perkampungan iaitu Kg. Tengah Renggam. Sekolah ini letaknya kira-kira 8 kilometer dari Pekan Renggam dan 28 kilometer dari bandar Kluang.Sekolah ini diasaskan oleh seorang penduduk tempatan bernama Tn. Hj. Mawardi bin Hj. Ikhsan di sekitar tahun 1948, di zaman penjajahan British. Sebuah bangunan sekolah telah didirikan secara gotong-royong diketuai oleh Allahyarham Hj. Tumin bin Wongso dan Allahyarham En. Beyek bin Kariya di atas sebidang tanah seluas 1 ekar 0 pol 12 rod yang telah diwakafkan oleh seorang penduduk iaitu Allahyarham Hj. Sirat bin Mustaffa. Bangunan sekolah ini pada asalnya berbentuk seperti pondok di mana tiang dan dindingnya diperbuat daripada kayu kayan hutan sementara atapnya dibuat daripada daun lalang dan berlantaikan tanah. Dengan sedikit bekalan ilmu pengetahuan, Tn. Hj. Mawardi sendiri telah menjadi tenaga pengajar secara sukarela di sekolah ini.

Selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, setahun kemudian pihak kerajaan telah memberi bantuan dengan membina sebuah bangunan yang lebih selesa. Bangunan ini merupakan bangunan papan yang beratapkan zing. Tenaga pengajar pula telah disediakan oleh pihak kerajaan.

Pada tahun 1973, sebuah bangunan kekal yang mengandungi 4 bilik darjah, pejabat, tandas, bilik guru serta bangunan kantin telah dibina. Pada tahun 1980 pula, sebuah lagi bangunan kekal yang mengandungi 2 bilik darjah, sebuah perpustakaan, sebuah bilik tayang dan tandas telah dibina oleh Kementerian Pelajaran. Pada tahun 1982, sebuah rumah guru telah dibina di kawasan sekolah. Pada tahun yang sama sebidang tanah seluas 1 ekar 0 pol 37 rod telah diwakafkan oleh Allahyarham Abd. Jalil bin Mohd Judy untuk dijadikan padang sekolah.

Mengikut arus perkembangan teknologi maklumat, pihak Kementerian Pelajaran telah membina sebuah makmal komputer yang menempatkan 13 buah komputer pada tahun 2002 bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Sehingga kini sekolah ini telah berjaya melahirkan ramai warga yang berjaya memenuhi keperluan tenaga kerja negara.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Seri Kampong Rengam
1311, Kampong Tengah Renggam
86300, Renggam
Johor, Malaysia
Telefon = 6077536846
Fax = 6077536846

Pautan luar sunting