Sekolah Kebangsaan Seri Perak

Sekolah Kebangsaan Seri Perak merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Bandar Baru Sentul, , Kuala Lumpur, Malaysia.

Sekolah Kebangsaan Seri Perak
Lencana Sekolah Kebangsaan Seri Perak

Lencana Sekolah Kebangsaan Seri Perak

Alamat  Malaysia Bandar Baru Sentul, , Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon 0340417696
Faksimili 0340451958
Klasifikasi Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Moto
Slogan
Kod Sekolah WBA0054
Pengetua
Penolong Kanan Akademik
Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar
Penolong Kanan Kokurikulum
Tahun dirasmikan

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Seri Perak memiliki 103 pelajar lelaki dan 100 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 203 orang. Ia mempunyai seramai 33 orang guru.2009

Sekolah Kebangsaan Seri Perak akan dibina semula di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.

Pada 16 Januari 2010, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan akan membina semula sekolah yang telah dibatalkan pada tahun 2009. Bangunan baru itu bagi menggantikan sekolah lama di bawah empat blok flat 17 tingkat milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Bandar Baru Sentul.

Nasib sekolah ini turut mendapat perhatian dan kunjungan daripada Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena), Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang), Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali (Titiwangsa) dan Mohd Firdaus Jaafar(Jerai). Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said turut prihatin dengan sekolah itu yang tidak kondusif.

Laporan telah dihantar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana projek itu dibatalkan walaupun telah diluluskan. Bangunan baru akan dibina di atas tapak parkir kereta dan menimbulkan bantahan banyak pihak.[1]

Rujukan

sunting

Alamat

sunting
Sekolah Kebangsaan Seri Perak
Bandar Baru Sentul, , Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon = 0340417696
Fax = 0340451958

Pautan luar

sunting