Sekolah Kebangsaan Seri Tasik

SEKOLAH KEBANGSAAN

SERI TASIK

Alamat JLN SRI PERMAISURI 1, BDR SRI PERMAISURI, 56000 CHERAS, KUALA LUMPUR.
Klasifikasi SEKOLAH BANTUAN PENUH KERAJAAN
Moto BERWAWASAN, BERPENGETAHUAN, BERAKHLAK
Misi MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA
Visi PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
Kod Sekolah WBA0085
Guru Besar NORMILA BINTI MUSA
Penolong Kanan Tadbir & Kurikulum SUHAIMI BIN ABDUL HALIM
Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar MOHD NIEZAM BIN MOHAMED ALI
Penolong Kanan Kokurikulum ROSNITA BINTI MAHADI @ ZAKARIA
Penolong Kanan Petang TIADA
Tahun dirasmikan 2003

Sekolah Kebangsaan Seri Tasik merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Sri Permaisuri 1, Bandar Sri Permaisuri , Kuala Lumpur, Malaysia.

Sekolah Kebangsaan Seri Tasik telah dibina mulai tahun 2001 dan telah siap pada akhir tahun 2002. SK Seri Tasik telah mula beroperasi pada tahun 2003 dengan murid seramai lebih kurang 1000 orang dan bilangan guru seramai 40 orang.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Seri Tasik memiliki 1165 pelajar lelaki dan 1032 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2197 orang. Ia mempunyai seramai 110 orang guru.2009

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Seri Tasik
Jalan Sri Permaisuri 1, Bandar Sri Permaisuri , Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon = 03-91718584
Fax = 03-91731646
Laman rasmi sekolah = Klik Sini

Lagu Sekolah sunting

Keindahan persekitaranmu

Ceria menjana ilmu

Kehijauan pohon di taman

Tasikmu mendamaikan

SK Seri Tasik kebanggaan

Mendukung cita mulia

Martabatkan kecemerlangan

Dalam pelbagai bidang

Nilai murni tetap jadi amalan

Kita pupuk perpaduan

Kejituan jati diri kita

Asas kejayaan Malaysia

[Chorus]

SK Seri Tasik permai

Sekolah kami semua

Sentosa, sentiasa

Semoga sejahtera warganya

SK Seri Tasik unggul

Cemerlang mencapai visi

Berilmu, berkualiti

Hidup berperibadi

Logo Sekolah sunting

WARNA

MERAH - Simbol Keberanian

PUTIH - Simbol Suci dan Bersih

KUNING - Simbol Akhlak yang Mulia

BIRU - Simbol Perpaduan

COKLAT - Simbol Kesepakatan

LAMBANG BUJUR TELUR - Sekolah yang melahirkan murid berilmu akan menghasilkan pewaris generasi yang akan datang.

GLOB - Pendidikan bertaraf dunia

KOMPUTER RIBA - Gedung ilmu yang berkualiti

TANGGA - Asas menuju kejayaan

BULAN DAN BINTANG - Melambangkan agama sebagai benteng pertahanan akhlak.

MENTOL - Melambangkan kemajuan teknologi pendidikan dan sinarnya umpama pembakar semangat kecemerlangan.

JALAN BERLIKU - Untuk mencapai kejayaan, pengorbanan diperlukan