Sekolah Kebangsaan Sinaran Budi

Sekolah Kebangsaan Sinaran Budi atau juga dikenali sebagai SK Sinaran Budi ialah sebuah sekolah rendah yang terletak di Jalan Kuala Garing di Rawang, iaitu sebuah bandar dalam pentadbiran Mukim Rawang. SK Sinaran Budi merupakan sekolah kerajaan yang terletak dalam Daerah Gombak di bahagian utara dekat dengan sempadan antara Daerah Hulu Selangor dan juga merupakan salah satu sekolah dalam negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia.[1][2]

SK Sinaran Budi
Lokasi
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Jalan Kuala Garing, 48000 Rawang, Daerah Gombak, Selangor
Malaysia
Koordinat3°18′54″N 101°34′07″E / 3.315109°N 101.568622°E / 3.315109; 101.568622Koordinat: 3°18′54″N 101°34′07″E / 3.315109°N 101.568622°E / 3.315109; 101.568622
Maklumat
Jenis sekolahSekolah rendah; sekolah kerajaan
MotoBerilmu Berbakti
Ditubuhkan1958
Autoriti pendidikanPPD Gombak
Nombor sekolah0360916480
Kod sekolahBBB7306
Faks0360916480

Kod sekolah bagi sekolah ini ialah BBB7306. Berdasarkan data sekolah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2021, sekolah ini merupakan sekolah yang terletak di kawasan bandar dan memiliki jumlah pelajar seramai 547 orang yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan. Ia memiliki 46 orang guru yang bertugas di sekolah ini.[3] SK Sinaran Budi terletak di bawah autoriti pendidikan iaitu Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Gombak.[2][3]

Sejarah sunting

SK Sinaran Budi mula ditubuhkan pada 3 Januari 1958 dan dirasmikan oleh Abdul Karim Bin Aneh, iaitu bekas Pegawai Daerah Hulu Selangor pada 11 Julai 1958.[4] Berdasarkan warta kerajaan 2016, selain berfungsi sebagai sebuah sekolah, SK Sinaran Budi juga berfungsi sebagai tempat mengundi dalam daerah mengundi Garing Jaya (kod daerah mengundi ialah 097/14/15), iaitu sebuah daerah mengundi dalam kawasan pilihan raya negeri Rawang.[5]

Lokasi sunting

Sekolah Kebangsaan Sinaran Budi terletak simpang tiga antara dua jalan raya iaitu Jalan Kuala Garing dan Jalan Kawasan Perindustrian Rawang (FT 3209 – bertindih dengan Jalan Negeri B27; juga dikenali sebagai Jalan Batu Arang) dalam zon bandar Rawang. SK Batu Arang terletak berhampiran dengan taman perumahan kos rendah iaitu Taman Garing Jaya, Taman Sri Rawang, Taman Sri Rawang 2 di barat laut, beberapa buah sekolah seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Garing (SMK Seri Garing) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Rawang (SJKT Rawang) di utara serta Sekolah Kebangsaan Rawang (SK Rawang) di timur, dan beberapa kawasan perkampungan seperti Kampung Kuala Garing Selatan dan Kampung Sungai Dua Tambahan dan kawasan industri iaitu Taman Industri Berintergrasi Rawang (bahasa Inggeris: Rawang Intergarted Industrial Park) di tenggara.[1][2]

Demografi sunting

Berdasarkan data Kementerian Pendidikan Malaysia, berikut ialah jumlah murid dan guru dari tahun ke tahun.

Tahun Jumlah murid (orang) Jumlah guru (orang)
2009 1954 101
2019[6] 579 51
2020[7] 586 47
2021[3] 547 46

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Data Rangkaian Sekolah-Sekolah Malaysia di MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.
  2. ^ a b c "Sekolah Kebangsaan Sinaran Budi, Rawang". APAC Directory (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 September 2022.
  3. ^ a b c "Senarai Sekolah Rendah dan Menegah Jun 2021". Kementerian Pendidikan Malaysia. 30 November 2021. Dicapai pada 30 Disember 2021.
  4. ^ "Sejarah Ringkas – SK Sinaran Budi". sksbrawang.blogspot.com. 2011. Dicapai pada 20 September 2022.
  5. ^ "Warta Kerajaan Persekutuan | Notis Mengenai Daerah Mengundi dan Pusat Mengundi bagi Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu" (PDF). Jabatan Peguam Negara Malaysia. 29 April 2016. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-03-28. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  6. ^ "Senarai Sekolah Rendah dan Menegah Mei 2019". Kementerian Pendidikan Malaysia. 17 Februari 2020. Dicapai pada 30 Disember 2021.
  7. ^ "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah Jun 2020". moe.gov.my. Kementerian Pendidikan Malaysia. Jun 2020. Diarkibkan daripada yang asal (XLXS) pada 10 Februari 2021.

Pautan luar sunting