Sekolah Kebangsaan Siong


Sekolah Kebangsaan Siong atau nama ringkasnya SK Siong, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kedah.[1]

Sekolah Kebangsaan Siong
Lokasi
Kampong Lalang, Baling, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan1934
Nombor sekolah04-4721258
Kod sekolahKBA0023
Guru besarEn. Mahali bin Mahat
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Rosli bin Shaari
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Ahmad Fuad b. Abdullah
Penolong Kanan KokurikulumEn. Wan Shaharuddin b. Wan Abdullah
Faks044732641
Laman sesawang
sekkebsiong@gmail.com
Map

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Siong (SKS) didirikan dalam tahun 1934 Masihi bersamaan 1 haribulan Syaaban 1353 Hijrah. SKS ini pada mulanya dirancang untuk didirikan di Kampung Becah Sawa tetapi oleh kerana beberapa hal yang tidak dielakkan, ia telah dipindahkan ke Kampung Lalang. Sekolah ini didirikan dengan daya usaha Tuan Haji Abdullah Bin Haji Banggul (Ketua), Tuan Penghulu Abu Bakar, Tuan Haji Ahmad Bin Abdul Rahman dengan bantuan, sokongan serta kerja gotong-royong daripada orang ramai, khasnya penduduk Mukim Siong.

Sekolah ini kemudiannya dikenali sebagai Sekolah Rakyat Siong, Baling, Kedah. Sebagai Sekolah Rakyat di peringkat awal penubuhannya, jumlah murid ketika itu ialah seramai 70 orang sahaja (yang terdiri daripada murid lelaki sahaja) dengan 3 orang tenaga pengajar. Mereka ialah Encik Mahmud Bin Haji Jusoh, Encik Yaakob Bin Mahmud dan Encik Musa Bin Ahmad. Pentadbiran sekolah ini diletakkan di bawah Pejabat Pelajaran Negeri Kedah dengan sistem pelajarannya mengikut sistem pelajaran British.

Pada 1 Disember 1950, Sekolah Rakyat Siong telah diambil alih oleh kerajaan dengan sepenuhnya. Nama sekolah ini ditukarkan nama kepada Sekolah Melayu Siong. Sejajar dengan perkembangan tersebut, guru-gurunya juga terdiri daripada guru-guru kerajaan yang berkelulusan SITC, YUOS dan kelulusan-kelulusan lain.

Pada 1 Januari 1959, sebuah bangunan tambahan berbentuk “L”, telah didirikan. Bangunan ini didirikan dengan daya usaha Ahli-ahli Lembaga Pengurus, iaitu Yang Berhormat Dato’Shafie Bin Haji Abdullah, Guru Besar dan sokongan serta kewangan daripada seluruh penduduk Mukim Siong. Jumlah kutipan yang dapat dipunggut ialah sebanyak $13,004.30 sen iaitu $2,004.30 sen daripada kutipan rakyat, $5,000.00 daripada bantuan Pejabat Pelajaran Kedah dan $6,000.00 daripada Loteri Kebajikan Masyarakat dengan jasa baik Encik Mohamed Khir Johari (bekas Menteri Pelajaran Malaysia). Bangunan ini telah dibuka dengan rasminya pada 23 Ogos 1959 oleh Ketua Pelajaran Kedah mewakili Menteri Pelajaran Tanah Melayu pada masa itu.

Pada awal tahun 1968, sekolah ini telah dipinjamkan untuk menempatkan pelajar-pelajar menengah rendah dari Sekolah Menengah Siong yang belajar pada sesi petang. Penggunaan ini berakhir pada tahun 1974 apabila terbinanya Sekolah Menengah Siong.

Pada tahun 1969, sebuah bangunan baru didirikan. Bangunan baru ini dikenali sebagai sekolah rendah gred A. Pada tahun 1974, sebuah lagi bangunan didirikan dengan 4 buah bilik darjah yang dikenali sebagai blok C di bawah Rancangan Malaysia kedua dengan jasa baik Yang Berhormat Dato’ Haji Shafie bin Haji Abdullah wakil rakyat ketika itu.

Pertambahan murid-murid telah menyebabkan persekolahan dijadikan 2 sesi, iaitu pagi dan petang. Pada tahun 1974, sebuah lagi bangunan 2 tingkat yang mengandungi 5 bilik darjah, sebuah pejabat, bilik Guru Besar, bilik guru, dan tandas didirikan dalam Rancangan Malaysia Ketiga. Bangunan ini mula digunakan pada tahun 1979. Pada akhir tahun 1977, pertambahan murid-murid telah menyebabkan arahan membuka sekolah cawangan dibuat oleh Pengelola Sekolah-sekolah Daerah Baling di Kampung Bandar bagi menampung murid-murid dari kampung-kampung berhampiran. Pada 1 Januari 1978, sekolah cawangan ini dibuka dengan 4 buah bilik untuk darjah 1 dan 2, seramai 111 orang murid bersama 4 orang tenaga pengajar di bawah penyeliaan Encik Abdullah bin Hassan.

Pada tahun 1983, sekolah cawangan ini ditadbir oleh pentadbiran baru dan dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Kampung Bandar, Baling. Sekolah Kebangsaan Siong tetap utuh berkembang dan melakar sejarahnya tersendiri hingga mengandungi darjah 6 dengan 18 aliran dan 24 orang tenaga pengajar berbilang bangsa dan 2 orang pegawai pekeranian dan 4 orang buruh dan seorang jaga.

Logo dan bendera sekolah sunting

Logo ini telah dicipta oleh salah seorang Guru Besar sekolah ini. Pada tahun 1985, logo ini telah diubah suai oleh Guru Besar sekolah yang bernama Encik Mahmud bin Saad bersama guru-guru dan pekerja untuk melambangkan identiti serta kemegahan sekolah ini.

Senarai nama Guru Besar Sekolah Kebangsaan Siong sunting

Bil Nama Guru Besar Tahun Pentadbiran

  1. Tn.Hj.Omar Bin Hj.Abu Bakar 01.02.1946 hingga 23.05.1950
  2. Tn.Hj.Abdullah Bin Yaakob 24.05.1950 hingga 1954
  3. Tn Hj.Basharuddin b Ariffin 1954 hingga1955
  4. Tn.Hj Mahmud b Arshad 1.1.1956 hingga 22.6.1978
  5. En.Mohd.Tahir b Hassan 23.6.78 hingga 31.12.1979
  6. En.Ramli b Salim 1.1.1980 hingga 31.5.1980
  7. Tn.Hj.Mohd.Nor b. Ambiah 13.5.1980 hingga 31.12.1980
  8. En.Ridzwan b Saidin 1.1.1981 hingga 31.7.1981
  9. En.Mohamad b Saad 1.3.1981hingga 1985
  10. En.Osman Bin Ali 16.05.1989 hingga 01.05.1991
  11. En.Abdullah Bin Shariff 01.05.1991 hingga 16.12.1991
  12. En.Saad bin Ahmad 16.12.1991 hingga 01.06.1992
  13. Pn.Faridah Bte Darus 01.03.1993 hingga 16.04.1994
  14. Tn.Hj.Fahmi bin Jamaluddin 16.04.1994 hingga 01.02.1999
  15. Tn.Hj.Shaari bin Awang 04.02.1999 hingga 16.03.2000
  16. Tn.Hj.Ismail bin Lazim 16.03.2000 hingga 16.03.2003
  17. Tn.Hj.Alwi bin Yaakob 16.03.2003 hingga 23.10.2005
  18. Tn.Hj Kamaludin bin Man 23.10.2005 hingga 16.08.2007
  19. En.Mahali bin Mahat 16.08.2007 hingga 01.10.2016
  20. En.Ahmad Bin Jusoh 01.10.2016 hingga sekarang

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Kampong Lalang,
Jalan Weng,
09100 Baling
Kedah Darulaman
Tel = 011-6573 5313

Rujukan sunting

Pautan luar sunting