Sekolah Kebangsaan Sitiawan

Sekolah Kebangsaan Sitiawan atau nama ringkasnya SK Sitiawan, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampong Sitiawan.

Sekolah Kebangsaan Sitiawan
Lokasi
 Malaysia Kampong Sitiawan, Manjung, Perak Darul Ridzuan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoUsaha Tangga jaya
Nombor sekolah6056923754
Kod sekolahABA1016
GPK Pentadbiran dan AkademikPN. LATUN ADIDA BT KAMARUDDIN
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPN. ROHADZA BT ABD HAMID
Penolong Kanan KokurikulumPN. NIZAWATI BT ABU BAKAR
Faks056928526
Laman sesawang


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sitiawan memiliki 166 pelajar lelaki dan 173 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 339 orang. Ia mempunyai seramai 31 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Sitiawan telah ditubuhkan pada tahun 1876 di Kampong Sitiawan. Sekolah bertiang batu ini mula membangun dan melahirkan seramai 25 orang pelajar dan seorang guru. Bilangan pelajar bertambah kepada 50 orang dan dua orang guru di sekitar tahun 1901-1916. Sekolah mendapat nama daripada nama Kampong Sitiawan.

Pada Tahun 1920, sebuah bangunan sementara beratap nipah telah didirikan. Bangunan kelas bertambah kepada 5 kelas iaitu darjah satu hingga darjah lima. Pada tahun 1935, sebuah sekolah telah didirikan untuk menggantikan sekolah beratap nipah. Pada tahun 1937, diwujudkan kelas darjah 6.

Bagi menampung keramaian pelajar, pada tahun 1949 bangunan mahkamah di pinggir sungai yang tidak digunakan lagi telah dijadikan sebagai cawangan.

Pada Januari 1980, pentadbiran dan pengurusan sekolah diambil alih oleh seorang guru besar iaitu Haji Shahar bin Yen. Semasa pentadbiran beliau, sebuah bangunan baru telah didirikan pada tahun 1981. Bangunan konkrit ini mengandungi 3 buah bilik darjah, sebuah bilik komputer, sebuah pejabat dan sebuah bilik guru. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak pada 21.7.1984.

Pada 16.1.1985 kawasan sekolah dipagar dan sebuah kantin telah didirikan. Bilangan murid bertambah kepada 157 orang, 12 orang guru dan seorang tukang kebun. Pada 26.9.1988 En.Shahar telah bersara. Tugas beliau telah diambil oleh En. Daud bin Kasim.

Mulai 27.1.1988 En.Daud telah berkhidmat sebagai guru besar di sekolah ini. Banyak perubahan dan kemudahan yang telah berlaku. Antaranya adalah dataran kejat, laluan pejalan kaki berbumbung,baik pulih kantin dan baik pulih bangunan sekolah. Beliau telah berkhidmat di sekolah ini sehingga bersara pada 18.2.2000.

Pada Tahun 2000 En. Ibrahim bin Md. Teridi telah dilantik menjadi guru besar di Sekolah ini. Kemudian pada tahun 2001, En. Kamaruzzaman bin Hasbullah pula menjadi guru besar sehingga 2003. Setelah En. Kamaruzzaman bin Hassbullah bertukar ke sekolah lain, Pn.Umi Kalthom Bt Abd.Rashid pula menerajui pentadbiran sekolah pada akhir tahun 2003 sehinggalah kini. Beliau merupakan guru besar wanita yang pertama di sekolah ini.

Pada tahun 2003 sebuah makmal komputer telah siap dan digunakan sepenuhnya. Pada tahun 2004 pula, kelas Prasekolah pula telah diwujudkan. Bilik-bilik darjah yang lain terus beroperasi di satu blok bangunan lama dan dua blok bangunan baru yang lengkap dengan Pusat sumber, bilik kemahiran hidup, dan bilik sains. Bilik-bilik di pejabat juga telah dinaikkan taraf pada akhir tahun 2006. Pada 31.7.2007, Pusat Akses Sekolah telah mula beroperasi untuk kemudahan guru, murid dan masyarakat sekitar mengakses internet. Mulai tahun 2008, kelas pendidikan khas pula telah dibuka.

Pada akhir Oktober 2008, bangunan sekolah lama telah diruntuhkan untuk membina Pusat Kegiatan Guru (PKG) Ayer Tawar. PKG Ayer Tawar telah mula beroperasi pada awal tahun 2009. Manakala bangunan baru  untuk menggantikan bilik guru yang uzur telah dibina pada awal tahun 2011 di bawah program NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia. Bangunan moden yang serba lengkap ini telah dinamakan sebagai Pejabat Guru dan mula beroperasi pada awal tahun 2013.

Pada 1 Ogos 2012, Pn. Hajah Rosni bt Abu Bakar menjadi Guru Besar SK Sitiawan bagi menggantikan Pn. Hajah Umi Kalthom yang bertukar ke SK Seri Sitiawan. Beliau melakukan beberapa perubahan seperti menukar pentas ucapan di tapak perhimpunan dan menjadikan pentas lama sebagai pondok menunggu untuk murid menunggu ibu bapa mengambil selepas balik sekolah. Semasa beliau juga, bilik guru lama yang telah dijadikan dewan telah dapat digunakan. Pada bulan Mac 2013, sekolah menerima menara pemancar internet 1Bris untuk pencapaian kelajuan internet yang lebih baik.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Sitiawan
Kampong Sitiawan
32000, Sitiawan
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6056923754
Fax = 6056928526

Pautan luar sunting