Sekolah Kebangsaan Sri Jerai

Sekolah Kebangsaan Sri Jerai ialah sebuah sekolah kebangsaan di Gurun, Kedah, Malaysia.

SK Sri Jerai
Alamat
08300 GURUN KEDAH DARULAMAN
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSEKOLAH RENDAH
MotoTUNTUTLAH ILMU DAN AMALKAN
Autoriti pendidikanKUALA MUDA YAN
SesiSESI PAGI
Nombor sekolah04-4686293
Kod sekolahKBA3011
Map


Sejarah sunting

Sejarah SK Sri Jerai (SKSJ) bermula sebaik sahaja SK Gurun Pusat (SKGP) yang merupakan satu-satunya sekolah kebangsaan yang ada di kawasan Gurun telah melakukan pembaikpulihan dan pembinaan bangunan baru pada tahun 1981. Maka dengan itu, semua pelajar yang berada di sekolah berkenaan telah dipindahkan ke sekolah yang baru dibina ini. Walau bagaimanapun, ia masih berada di bawah satu pentadbiran yang sama dengan SKGP. Guru Besar pertama yang ditugaskan di sekolah baru ini ialah Encik Abd. Rahman.

Mengikut sejarah, nama SKSJ diambil sempena nama Gunung Jerai yang tersergam indah yang mana gunung ini merupakan mercu tanda kebanggaan bagi penduduk sekitar Gurun.

Bangunan pertama sekolah ini ialah bangunan 3 tingkat yang mula didirikan pada tahun 1981 (Blok A). Di situlah terletaknya bangunan pentadbiran dan bilik-bilik darjah. Oleh kerana pertambahan jumlah pelajar, maka sebuah lagi bangunan dibina (1990 – Blok B).

SKSJ menunjukkan perkembangan yang memberansangkan dari hari ke hari dengan melakukan pelbagai perubahan dari segala aspek meliputi pengurusan dan pentadbiran, kecemerlangan akademik dan ko-kurikulum pelajar. Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan umumnya dan Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya dalam melahirkan insan yang cemerlang dan seimbang dari segi rohani dan jasmani serta intelek.

Barisan Pentadbir Sekolah Sri Jerai sunting

GURU BESAR : PN. NOR HASHIMAH BINTI AHMAD

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN : EN. MD NOOR BIN ABDUL RAHMAN

PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID : PN. AMELIA BINTI ABDULLAH

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM : PN. SUZANA BINTI MAT ISA

Galeri Sekolah Kebangsaan Sri Jerai sunting

Logo Sekolah sunting

Obor : Lambang kemenangan dan kegemilangan

Tangan : Lambang permuafakatan warga sekolah

Gandar : Lambang era teknologi dan wawasan


Warna biru: Lambang kedamaian dan ketenangan jiwa

Warna hijau: Lambang keheningan persekitaran

Warna merah: Lambang iltizam dan kekuatan yang tinggi

Alamat Sekolah sunting

Sekolah Kebangsaan Sri Jerai

08300 Gurun,

Kedah Darulaman.

No. Tel & Faks :04-4686293

Email :Kba3011@moe.edu.my

Pautan Luar sunting

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1442H| SK SRI JERAI 2021 - YouTube |https://www.youtube.com/watch?v=lR9G1SO6mCY

Taklimat Waris Sk Sri Jerai | https://anyflip.com/afctn/vkxo/

Tatacara Ke Sekolah Sk Sri Jerai | https://anyflip.com/afctn/rbgh/

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1442H | SK SRI JERAI 2021 | https://www.youtube.com/watch?v=ccf39YmJ96c

Ihya Ramadhan 1442H | SK SRI JERAI 2021 - https://www.youtube.com/watch?v=GODPwKBBA9M