Sekolah Kebangsaan Sri Kelana

Sekolah Kebangsaan Sri Kelana مدرسة سري كيلانا الوطنية atau nama ringkasnya SK Sri Kelana, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Ss 5B/3 Petaling Jaya. Sekolah ini merupakan kemudahan untuk ke sekolah bagi murid - murid yang tinggal berdekatan dengan sekolah

Sekolah Kebangsaan Sri Kelana
Lokasi
Jalan Ss 5B/3 Petaling Jaya, PETALING JAYA, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBERUSAHA UNTUK BERJAYA
Nombor sekolah03-7876-8604
Kod sekolahBBA8221
Pengerusi PIBGEncik Shaedin bin Wahab
PengetuaPuan Zainah binti Mohd Lip
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Nordaizah binti Derani
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Marwan bin Mansor
Penolong Kanan KokurikulumEncik Mohammad Izaham bin Mohamad Noor
Faks0378770947
Laman sesawang


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sri Kelana memiliki 446 pelajar lelaki dan 307 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 753 orang. Ia mempunyai seramai 60 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah ini dibina pada tahun 1986.Guru besar pertama sekolah ini ialah Encik Saw Ah Bah. Pada tahun 1986, sekolah ini mempunyai 2 buah blok bangunan kemudian dibina satu blok lagi pada tahun 1993 bagi memenuhi murid-murid yang ramai. Pada tahun 2015,satu bangunan telah dibina bagi murid PPKI (PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI).

Pencapaian sunting

  • JOHAN KATEGORI BOWL Kejohanan ragbi MSSD Petaling Utama,bertempat di SK Lembah Subang.6 - 9 Februari 2018
  • Pasukan Bola Sepak Sekolah Kebangsaan Sri Kelana telah memenagi Piala Sumbangsih pada tahun 2017.
  • Haibatul Hannan Rizal merupakan murid yang mahir dalam permainan catur. Beliau mula mewakili SK Sri Kelana Kejohanan Catur MSSD Petaling Utama (PU) sejak beliau dalam tahun satu pada tahun 2012. Kemuncak kejayaan SK Sri Kelana dalamacara catur MSSD PU ialah apabila meraih juara keseluruhan sekolah rendah pada tahun 2015. Pada tahun tersebut, Haibatul Hannan telah diperkuatkan oleh adik-adiknya, Aqil Fahmi Rizal dan Muhammad Mustaqim Rizal. Haibatul Hannan juga telah mewakili negara untuk pertandingan catur " World School, di Iasi, Romania pada tahun 2017.
  • "Kejohanan Bola Sepak MSSD Petaling Utama 2017" Perlawanan Akhir SK Sri Kelana (1) vs SK Petaling Jaya (1) SK Sri Kelana tewas melalui sepakan penalti. Keputusan : NAIB JOHAN # dua tahun berturut-turut SKSK di Final # 2016 SKSK Johan # 2017 SKSK Naib Johan
  • JOHAN Kategori Lelaki Bawah 11 Tahun. SK Sri Kelana Turut menyertai kejohanan Pembangunan Catur PPD Petaling Utama Tahun 2017
  • Karnival Tunas Mini Olimpik 2017 Ragbi Sentuh 7's PPD Petaling Utama Pasukan U10 SK Sri kelana, Tempat KETIGA Kategori Plate
  • Kejohanan Bola Sepak Olimpik Muda (KATMO) 2017 MSSD Petaling Utama. Keputusan; Bawah 11 Tahun - Tempat Ke-5 Bawah 10 Tahun - Tempat Ke-6
  • Pasukan bola sepak SK Sri Kelana telah menyertai Paertandingan Liga 7 Sebelah KPM-YBR 2017 Peringkat Negeri Selangor. Tempat perlawanan di Padang Awam Kg. Sungai Buaya, Banting KEPUTUSAN:KETIGA : SK SRI KELANA.
  • Kejohanan Ragbi Terbuka BU7's Peringkat Kebangsaan. Keputusan Tempat Ketiga Kategori Plate
  • "Kejohanan Taekwando Antara Sekolah-sekolah Daerah Petaling, 2017" Tempat Ketiga Acara Sparring Lelaki Umur 9 - 12 Tahun
  • Pasukan bola sepak sekolah ini memenangi tempat kedua dalam Piala anjuran Bank Rakyat pada tahun 2018.

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Sri Kelana
Jalan SS5B/3 47301 Petaling Jaya
Selangor, Malaysia
Telefon = 03-7876-8604
Fax = 0378770947
Email = skelana@tm.net.my


Pautan luar sunting