Sekolah Kebangsaan Sri Mahawangsa


Sekolah Kebangsaan Sri Mahawangsa atau nama ringkasnya SK Sri Mahawangsa, merupakan sekolah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kedah.

Sekolah Kebangsaan Sri Mahawangsa
Lokasi
Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
Map


Sejarah sunting

ASAL USUL PENUBUHAN

Sekolah Kebangsaan Sri Mahawangsa asalnya merupakan Sekolah Rakyat yang diasaskan pada 1 Januari 1954. Bangunan sekolah ini hanya menumpang Rumah Kastam yang ditinggalkan. Pengasas sekolah ini dikenali sebagai Tuan Haji Abdullah bin Yaakob bersama penduduk setempat. Segala perbelanjaan sekolah dan pembayaran gaji guru-guru adalah ditanggung oleh waris para pelajar.

Perkembangan sunting

Pada tahun 1956, terdapat 3 orang guru dan 95 orang murid dan mula diberi bantuan separuh oleh kerajaan. Pada 1963 sekolah ini diambil alih oleh kerajaan Negeri Kedah dan diberi bantuan sepenuhnya. Guru Besar terlatih yang pertama bertugas di sekolah ini ialah Encik Shuib bin Shawal. Ahli Lembaga Pengurus Sekolah pertama telah dibentuk pada tahun 1970 dan dipengerusikan oleh Tuan Haji Ahmad bin Derani.

Selama 20 tahun sekolah ini menumppang di rumah Kastam dan dewan orang ramai sehinggalah pada penggal kedua tahun 1974 secara rasminya sekolah ini telah berpindah ke bangunan sekolah sampai ke hari ini. Bangunan yang terdiri daripada 6 bilik darjah, pejabat, kantin dan bilik air itu berharga RM 140,000.00

Ahli Lembaga Pengurus dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta penduduk di sini telah bersetuju untuk menukarkan nama sekolah ini kepada SEKOLAH KEBANGSAAN SRI MAHAWANGSA. pilihan nama ini adalah berasaskan kepada kisah Hikayat Merong Mahawangsa yang menyebut dengan jelas suatu tempat bernama 'Sungai Sala' dalam Bab XII. Mahawangsa diambil sempena nama Raja Pra Ong Mahawangsa yang memerintah Negeri Kedah di zaman itu. Nama baginda telah ditukar menjadi Sultan Mudzalfal Shah setelah kedatangan Islam yang dibawa oleh Tuan Sheikh Abdullah Yamanai. Dengan sebab itu, Ahli Lembaga Pengurus dan Persatuan Ibu Bapa sekolah ini telah memilih nama baginda untuk diabdikan sebagai nama rasmi sekolah ini. SEKOLAH KEBANGSAAN SRI MAHAWANGSA. Sekolah ini telah dirasmikan pada 12 Oktober 1975 oleh Dr. Mahathir Mohamad, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu.

Alamat sunting

[[1]]== Pautan luar ==