Sekolah Kebangsaan Sri Pantai

Sekolah Kebangsaan Sri Pantai atau nama ringkasnya SK Sri Pantai, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 60684.

Sekolah Kebangsaan Sri Pantai
Lokasi
Peti Surat 60684, 91116, Lahad Datu,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6089816202
Kod sekolahXBA3139
FaksTIADA
Loaksi di Peta Google


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sri Pantai memiliki 124 pelajar lelaki dan 121 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 245 orang. Ia mempunyai seramai 19 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Sri Pantai mula dibuka pada Januari 1979 atas nama SRK Makuou. Pembinaan sekolah ini dimulakan pada 1978 dan antara pekerja yang terlibat dalam pembinaannya ialah Pakcik Gulam yang kini menjadi Imam Kariah di Kg. Sibural, Jalan Tungku Lahad Datu. SRK Makuou terletak kira-kira 33 batu dari pekan Lahad Datu.

Guru Besar pertama SRK Makuou ialah Cikgu Hashim Hj. Zainuddin berbangsa Bajau, yang kini sudah bersara. Cikgu Hashim mengendalikan SRK Makuou seorang diri selama satu tahun satu penggal, apabila dua orang guru tambahan yang dilantik secara Guru Sandaran melapor diri untuk bertugas pada penggal kedua sesi persekolahan 1980. Selama satu tahun satu penggal itulah, iaitu dari Januari 1979 hingga Mac 1980, Cikgu Hashim bukan sahaja memikul tugas dan tanggungjawab sebagai Guru Besar, tetapi beliau juga menjadi guru yang mengajar semua subjek, menjadi Ketua Kerani dan Kerani sekolah, Penasihat dan Setiausaha Kerja PIBAGU (PIBG) serta tukang kebun. Mungkin ramai yang tidak percaya tetapi itulah hakikatnya.

Dua orang guru tambahan pertama ialah Cikgu Annie berbangsa Bajau dari Kg. Bangingud, Tungku, Lahad Datu, dan Cikgu Datu Mohd Shah bin Datu Parail berbangsa Idahan dari Kg. Sapagaya, Lahad Datu.

Pada 1981, beberapa orang guru terlatih telah ditempatkan di SRK Makuou selepas mereka menamatkan pengajian dari maktab perguruan. Mereka adalah Cikgu Salleh bin Musa (Maktab Perguruan Sandakan), berbangsa Bajau berasal dari Semporna, Cikgu Mat Juni (Maktab Perguruan Sandakan), berbangsa Bajau juga berasal dari Semporna dan Cikgu Juprin Imig (Maktab Perguruan Kent) berbangsa Kadazan berasal dari Papar. Selepas itu pada 1982, menyusul Cikgu Norin berbangsa Kadazan juga berasal dari Papar dan merupakan isteri kepada Cikgu Juprin dan Cikgu Yunus yang berasal dari Beaufort.

Guru Besar SRK Makuou telah bertukar pada 1983 apabila Cikgu Kassim bin Tahi yang sebelum itu bertugas di SRK Sri Darun, Tungku dilantik menjadi Guru Besar SRK Makuou yang baru manakala Cikgu Hashim Hj. Zainuddin ditukarkan ke SRK Binuang, Jalan Tengah Nipah Lahad Datu.

Murid-murid SRK makuou pertama kali mengikuti peperiksaan Penilaian Darjah Lima pada 1982. Penerbit laman web ini adalah pelajar cemerlang dengan pencapaian 5A sekaligus menjulang nama SRK Makuou sebagai antara sekolah luar bandar terbaik daerah Lahad Datu pada 1982. Murid-murid lain yang turut mencatatkan keputusan cemerlang ialah Ladja bin Datu Teng (kini guru), Sargia dan Fatimah bt Maklarin.

Nota: Peperiksaan Penilaian Darjah Lima adalah peperiksaan kerajaan yang kemudian digantikan dengan UPSR dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah KBSR.

Pada 9 Januari 2010, Sekolah Kebangsaan Sri Pantai mengalami kebakaran yang memusnahkan sebuah blok bangunan yang menempatkan dua bilik asrama serta bilik warden.[1]

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Sri Pantai, Tungku
Peti Surat 60684
91116, Lahad Datu
Sabah, Malaysia
Telefon = TIADA
Fax = TIADA

Rujukan sunting

Pautan luar sunting