Sekolah Kebangsaan Sri Skudai

Sekolah Kebangsaan Sri Skudai atau nama ringkasnya SK Sri Skudai, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Taman Sri Skudai,.

Sekolah Kebangsaan Sri Skudai
Lokasi
Taman Sri SK udai,, 81300, Skudai,, Johor Darul Takzim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6075562533
Kod sekolahJBA1036
Guru besarROSMAWATI BINTI MOHAMED [1]
Faks6075562533


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sri Skudai memiliki 414 pelajar lelaki dan 412 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 826 orang. Ia mempunyai seramai 62 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Sri Skudai terletak di persimpangan Jalan Pontian ke Johor Bahru berhampiran dengan Sekolah Menengah Skudai dan kira-kira 4 kilometer dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Bangunan ini dibina dalam tahun 1982. Penyerahan rasmi bangunan tersebut dari Jabatan Kerja Raya Daerah Johor Bahru ke Jabatan Pendidikan Negeri Johor dilakukan pada 4 Mei, 1983.

Pada 8 Mei, 1983, Pejabat Pelajaran Johor Bahru, ketika itu Encik Nordin bin Ahmad mengarah memulakan penggunaan bangunan ini sebagai institusi pendidikan di bawah nama “ SEKOLAH KEBANGSAAN SRI SKUDAI “. Pada awalnya segala urusan sekolah ini diletakkan di bawah pengurusan dan pentadbiran Guru Besar SK Sekudai Batu 10, iaitu Tuan Haji Mustapha bin Mohamed dengan dibantu 2 orang pekerja.

SK Sri Skudai mendapat nama berdasarkan kedudukan dalam Taman Sri Skudai, Johor Bahru. Pada awalny sekolah ini mempunyai 12 bilik darjah, sebuah pejabat, sebuah Pusat Sumber Sekolah, sebuah bilik sembahyang, sebuah bilik pemulihan, sebuah bilik rawatan, sebuah kantin dan bilik air guru dan murid. Sekolah ini mula digunakan sepenuhnya pada 1 Januari, 1984 dengan kemasukan murid-murid dari tahun 1 hingga 6 yang berjumlah 552 orang. Murid-murid ini ditempatkan dalam 13 buah kelas iaitu 5 kelas KBSR dan 8 kelas biasa. Guru besar yang pertama ialah Encik Lim Kwee Soon yang mula bertugas pada 13 Disember, 1983 dengan dibantu oleh 15 orang guru.

Satu program gotong royong membersih dan menceriakan kawasan sekolah dan padang telah dilaksanakan dengan bantuan penduduk tempatan, Pertubuhan Sukarela dan Majlis Daerah Johor Bahru Tengah (MPJBT) telah diadakan pada 11 Februari, 1984. Encik Lim Kwee Soon telah berjaya mentadbirkan Sekolah Kebangsaan Sri Skudai sehingga 15 Ogos, 1984.

Dari 16 Ogos, 1984 hingga 15 Oktober, 1984 setelah Encik Lim Kwee Soon diarah bertukar ke SMK Dato’ Abdul Rahman Yasin, Tampoi, pentadbiran sekolah ini telah dipertanggungjawabkan kepada Encik Othman bin Abu Bakar iaitu guru kanan si sekolah ini sehingga jawatan Guru Besar diisi.

Pada Januari, 1985 bilangan urid berjumlah kepada 716 orang (18 kelas) dan sekolah terpaksa mewujudkan 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Guru Besar ketika itu ialah Cik Ng Chin Chin yang mula bertugas pada 16 Oktober, 1984. Beliau dibantu oleh 25 orang guru dan seorang seorang kerani iaitu Puan Tan Shook Nah dan seorang jaga pendidikan iaitu Encik Mohammad bin Abd. Rahman yang mula bertugas pada 1 Disember, 1984.

35

-

Pada tahun 1986 sebuah lagi bangunan baru satu blok 3 tingkat yang mengandungi 12 bilik darjah telah dibina bersebelahan bangunan Blok A yang kemudiannya dinamakan Blok B. Pada Januari, 1987 bilangan murid telah meningkat kepada 1050 orang (24 kelas) dan guru seramai 37 orang. Di samping itu ada 5 orang kakitangan bukan akademik. Pada tahun 1988 SK Sri Skudai telah dinaikkan ke taraf gred A.

Pada pertengahan tahun 1992, sebuah bangunan baru satu tingkat yang mengandungi 4 bilik darjah telah dibina bersebelahan dengan bangunan Blok A dan telah digunakan pada 1 Disember, 1992.Pada Disember, 1992 ketiga-tiga blok A, B dan C Sk Sri Skudai dapat menampung seramai 2561 orang murid (57 kelas) bagi sesi pagi dan petang. Seramai 89 orang guru dan 8 orang kakitangan bukan akademik telah ditugaskan di sekolah ini.

Pada tahun 2001 sebuah lagi bangunan baru 4 tingkat telah dibina bersebelahan dengan Blok B. Bangunan ini mula beroperasi pada awal tahun 2002 yang menempatkan sebuah makmal sains, sebuah bilik kemahiran hidup, perpustakaan & bilik tayang, bilik mesyuarat, bilik muzik dan 5 buah bilik darjah.

Pada tahun 2004 SK Sri Skudai telah mendapat kemudahan makmal komputer 2 tingkat yang boleh menempatkan sebanyak 40 unit komputer. Pada tahun 2008 pihak sekolah juga mendapat kemudahan sebuah bangunan setingkat bagi menempatkan murid-murid prasekolah. Pada awal tahun 2009 SK Sri Skudai dapat myediakan kemudahan P & P untuk 3 buah kelas prasekolah.

Pada tahun 2009 sekolah mendapat sebuah lagi blok tambahan 4 tingkat. Bangunan ini mula beroperasi pada September 2010. Bangunan baru ini menyediakan kemudahan seperti surau, bilik j-QAF, bilik muzik, bilik SALC dan 2 buah bilik darjah.


Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Sri Skudai
Taman Sri SK udai,
81300, Skudai
Johor, Malaysia
Telefon = 6075562533
Fax = 6075562533

Lagu sekolah sunting

Kami murid Sekolah Sri Skudai,

Berikrar dan berjanji,

Belajar dan berdikari,

Untuk cita diri…..

Guru dan kawanku semua,

Menjadi pemimpinku,

Saling bantu membantu,

Hidup bersatu padu…..

Kami murid Sekolah Sri Skudai,

Tetap bersedia,

Berusaha dan berjaya,

Untuk kemajuan nusa dan Negara…..

Marilah kita bersama-sama,

Berusaha dan berjaya,

Sekolah yang kucintai,

Majulah setiap masa…..

Pautan luar sunting