Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung

Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung atau nama ringkasnya SK Sri Tanjung, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Hutton.

Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung
Lokasi
 Malaysia Jalan Hutton, 10050, Georgetown,, Mutiara Timur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6042262661
Kod sekolahPBA1008
Faks6042262661


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung memiliki 34 pelajar lelaki dan 26 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 60 orang. Ia mempunyai seramai 13 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Melayu Chowrasta adalah nama asal bagi Sekolah Kebangsaan Sri Tanjong. Sekolah Melayu Chowrasta ini ditubuhkan pada tahun 1878 dengan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar pada ketika itu.. Ia adalah diantara sekolah Melayu tertua di Pulau Pinang. Tapak asal Sekolah Melayu Chowrasta ini adalah terletak di persimpangan Jalan Transfer dan Jalan Phee Choon (kini tapak Ibupejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang – Headquarters).

Di bawah pentadbiran Guru Besar yang dikenali dengan nama Pak Hitam, Sekolah Melayu Chowrasta mula mengorak langkah dalam meneruskan pendidikan pada masa tersebut. Pelajaran yang diajar hanya melibatkan kemahiran membaca, menulis, mengira dan juga sedikit pelajaran mengenai hal ehwal tempatan yang digabungkan dengan pelajaran Ilmu Alam.

Pada tahun 1928, Cikgu Mustafa Arshad (Guru Besar pada ketika itu) telah mula mengharumkan nama Sekolah Melayu Chowrasta dan memperkenalkannya ke seluruh pelusuk negara. Diantara tokoh yang dilahirkan di Sekolah Melayu Chowrasta ini ialah Allahyarhan Doktor Aziz Omar (doktor Melayu yang menempah nama di negeri Kelantan), Allahyarhan Tuan Haji S.M. Zainul Abidin (B.A. London), Tuan Haji Yusoff Bin Ghulam Mydin, Tuan Haji Yusoff Rawa (seorang ulama terkenal), Yang Berbahagia Dato’ Haji Khalid Ahmad Bin Sulaiman (seorang peguam dan Ahli EXCO Kerajaan Negeri) dan juga Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Yusoff Latiff (Pengerusi Persatuan Melayu Pulau Pinang – PEMENANG)

Pada tahun 1936, bangunan Sekolah Melayu Chowrasta ini telah diubah lokasinya ke Jalan Hutton, Pulau Pinang. Satu bangunan yang termoden pada masa itu dibina melibatkan tiga tingkat yang memuatkan sepuluh bilik darjah, bilik mesyuarat, bilik Guru Besar dan sebuah bilik khas untuk mempelajari urusan rumahtangga. Terdapat juga sebuah padang bola yang bersaiz sederhana bagi tujuan bermain.

Syarikat Guru-Guru dan Persatuan Guru-Guru Melayu mempunyai sebuah pejabat menjalankan urusannya di Sekolah Melayu Chowrasta ini. Disamping itu, Sekolah Melayu Chowrasta berperanan sebagai sekolah Pusat bagi Sekolah-Sekolah Melayu sekitar Pulau Pinang selepas Perang Dunia Kedua,1941.

Pada tahun 1966, empat buah bilik darjah untuk kanak-kanak cacat pendengaran telah dibuka. Kelas-kelas telah diletak di bawah pentadbiran Sekolah Melayu Chowrasta ini.Pada tahun 1970, Sekolah Melayu Chowrasta telah ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Sri Tanjong, Jalan Hatin,Pulau Pinang. Yang Berbahagia Allahyarham Tan Sri Haji Hamdan Bin Sheikh Tahir (Ketua Pengarah Pelajaran pada ketika itu) merasmikan penukaran nama tersebut.

Ogos 1987 menyaksikan Sekolah Kanak-Kanak Cacat Pendengaran telah dipisahkan pengurusan dan pentadbirannya. Kementerian Pendidikan telah meluluskan projek pengubahsuaian untuk sekolah ini. Daripada sinilah wujudnya bilik-bilik khas seperti Bilik Sains, Bilik Kemahiran Hidup, Pusat Sumber Sekolah, Bilik PJK, Stor, Dewan dan lain-lain lagi. edited by Zambri Yusof ex student S.K Sri Tanjong

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung
Jalan Hutton
10050, Georgetown
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6042262661
Fax = 6042262661

Pautan luar sunting