Sekolah Kebangsaan Sultan Sir Ibrahim

Sekolah Kebangsaan Sultan Sir Ibrahim atau nama ringkasnya SK Sultan Sir Ibrahim, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kem Batu 3, Jalan Mersing.

Sekolah Kebangsaan Sultan Sir Ibrahim
Lokasi
 Malaysia Kem Batu 3, Jalan Mersing, 86000, Kluang,, Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6077760593
Kod sekolahJBA2032
Faks67760593


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sultan Sir Ibrahim memiliki 135 pelajar lelaki dan 106 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 241 orang. Ia mempunyai seramai 24 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Sultan Sir Ibrahim, Kluang telah ditubuhkan pada tahun 1956. Bangunan sekolah ini dibina bersama-sama dengan bangunan lain dalam kawasan Kem Batu Tiga, Jalan Mersing, Kluang, Johor oleh Kementerian Pertahanan Malaysia (ketika itu Persekutuan Tanah Melayu). Unit pertama yang menduduki Kem Batu Tiga ini ialah Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD). Anak-anak dari anggota ini adalah merupakan kumpulan pertama belajar di sekolah ini iaitu berjumlah 100 orang.

Pada bulan Februari tahun 1956, Sekolah Sultan Sir Ibrahim , Kluang telah dibuka dengan rasminya oleh DYMM Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Sir Ibrahim (ketika itu DYMM Sultan Ismail masih lagi Tengku Mahkota Johor).

Dalam tahun 1960, sekolah ini ditutup sementara kerana Batalion Kelima RAMD berpindah ke negeri Pahang dan Kem Batu Tiga ini diduduki oleh tentera Gurkha. Setahun kemudian iaitu 1961, Batalion Keenam pula menduduki Kem Batu Tiga ini dan sekolah dibuka semula.

Dalam tahun 1980, Kementerian Pertahanan mendirikan sebuah bangunan kantin untuk kegunaan sekolah. Dalam tahun 1987, Batalion Ketiga Belas telah berpindah ke Sarawak dan diambil alih oleh Batalion Ke Lima RAMD, dengan ini bilangan murid bertambah dari 250 orang ke 330 orang. Dengan pertambahan bilangan murid ini, bilangan bilik darjah tidak mencukupi dan Batalion Kelima RAMD telah memberi pinjam sebuah bangunan sementara. Namun begitu pihak sekolah telah memohon bangunan tambahan dari Kementerian Pendidikan dan telah diluluskan pembinaannya dalam Rancangan Malaysia ke – 6 pada tahun 1992. Pada tahun 1995, bangunan baru ini telah pun dibuka untuk penambahan kelas dan makmal sains.

Pada tahun 2001, Kementerian Pertahanan telah memberi bantuan kemudahan kepada pihak sekolah dengan membina sebuah astaka, sebuah balai bacaan dan melaksanakan projek naik taraf bagi pembangunan sekolah ini serta membekalkan peralatan-peralatan harta modal untuk kegunaan pembelajaran.

Pembangunan sekolah semakin berkembang di mana pada akhir tahun 2001, Kementerian Pendidikan Malaysia telah meluluskan pembinaan sebuah makmal komputer serta memperbaiki sebuah bilik darjah untuk kegunaan Pra Sekolah yang mula beroperasi pada awal tahun 2002.

Sebuah surau juga telah dibina pada tahun 2006 dan telah dirasmikan oleh Pegawai Memerintah 5 RAMD pada tahun berikutnya. Bermula penghujung tahun 2007, satu lagi pembinaan bangunan empat tingkat telah giat dijalankan berserta pengubahsuaian Dewan Bestari Sekolah dan gelanggang 'indoor hockey'.

Pada tahun 2009, bangunan sekolah setinggi empat tingkat telah siap dibina dan diserahkan kepada pentadbiran sekolah pada tahun yang sama. Pada tahun 2010 sekolah telah mendapat projek pertambahan kelas Prasekolah dan kerja-kerja pembinaan bangunan kelas Pra sekola h telah dimulakan pada penghujung tahun 2010 dan dijangka siap sepenuhnya pada Jun 2011. Dengan ini diharap dapat menampung keperluan pendidikan awal kanak-kanak selaras dengan hasrat negara melalui program NKRA.

Pada hari ini Sekolah Kebangsaan Sultan Sir Ibrahim merupakan sebuah institusi pendidikan rendah yang sedang menerima pertambahan prasarana dan berusaha ke arah peningkatan kecemerlangan pendidikan.

Almuni terkenal sunting

  • Aznah Hamid - Pelakon, Pelakon Pembantu, Penampilan Khas, Pelakon Undangan

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Sultan Sir Ibrahim
Kem Batu 3, Jalan Mersing
86000, Kluang
Johor, Malaysia
Telefon = 6077760593
Fax = 67760593

Pautan luar sunting