Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 2
Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman II | |
---|---|
Alamat | Malaysia Jalan Batas Baru, , Kuala Terengganu , Terengganu Darul Iman, Malaysia |
Telefon | 96221915 |
Faksimili | 96312348 |
Klasifikasi | Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan |
Moto | Belajar Bertambah Mutu |
Slogan | SS II “D ❤️” |
Kod Sekolah | TBB3089 |
Guru Besar | SABRI BIN YUSOF |
Penolong Kanan Pentadbiran | MOHD SUHAIMI BIN SAMAT |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | SYEERI SYAHIDA BINTI MOHAMMAD |
Penolong Kanan Kokurikulum | ADIL FATHI BIN SALLEH |
Tahun dirasmikan | 10 Mei 1975 oleh Mahathir Mohamad |
Sejarah sunting
Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 2 diasaskan pada tahun 1960 iaitu pecahan dari sekolah asalnya Sekolah Rendah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu yang dipecahkan menjadi 2 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 dan Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 2 .
Pada mulanya sekolah ini berkongsi bangunan yang sama dengan Sekolah Rendah Sultan Sulaiman 1, sekarang dinamakan Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 belajar di sebelah pagi manakala Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 2 di sebelah petang. Mulai tahun 1965 telah dipersetujui sesi persekolahan digilirkan setahun sekali. Dengan itu, mulai tahun 1965 Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 2 belajar di sebelah pagi.
Pada tahun 1974, Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 2 telah mendapat sebuah bangunan sendiri yang mempunyai 17 buah bilik darjah yang dibina dalam kawasan yang sama dengan Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1. Bangunan ini telah dibuka dengan rasminya pada 10 Mei 1975 oleh Mahathir Mohamad, Menteri Pendidikan Malaysia pada masa itu.
Pada pertengahan tahun 1993 sekolah ini mendapat sebuah lagi bangunan baru (tambahan) yang mengandungi 7 buah bilik darjah, bilik sumber, bilik perpustakaan dan sebuah bilik manipulatif yang siap pada bulan Julai 1994. Dari semenjak itu, sekolah ini mempunyai 2 sesi – pagi dan petang sehinggalah tahun 2002 sekolah ini berjalan dengan satu sesi setelah 2 bangunan baru siap dibina pada penghujung tahun 2001.
Sekolah ini terus membesar hinggalah sekarang mempunyai 4 blok bangunan yang dapat menampung 33 buah kelas, 1 pejabat, 1 bilik guru, 2 buah makmal sains, 1 bilik pendidikan seni, 1 buah bilik muzik, 1 buah bengkel kemahiran hidup, sebuah perpustakaan, bilik sumber serta sebuah kantin dan sebuah musalla, sumbangan Persatuan Ibu Bapa Guru Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 2.
Misi sunting
Memberi pendidikan yang berkualiti kepada semua murid berasaskan falsafah pendidikan kebangsaan.
Visi sunting
Menjadikan SKSS2 sekolah kluster menjelang 2015.
Matlamat dan objektif sunting
Berusaha mempertingkatkan pengetahuan dan keberkesanan pelaksanaan aktiviti pendidikan agar melahirkan pelajar-pelajar yang :-
- Berilmu pengetahuan dan berkemahiran.
- Cemerlang dalam pelajaran.
- Kesihatan dalam jasmani.
- Bersifat progresif kreatif dan produktif.
- Bekerjasama dan berbakti kepada masyarakat dan negara.
- Memberi peluang kepada guru-guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan.
- Mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat dalam dan luar sekolah.
Keterangan Lencana sunting
- Pelita
- Pendidikan/Guru – sumber penyampai ilmu
- Buku
- Sumber ilmu yang boleh diperolehi
- Gelang Berwarna
- Melambang rumah-rumah sukan dan Kegiatan Kokurikulum
- Jalur Kuning
- Melambangkan warna kebesaran Diraja (Sempena nama sekolah)
- Jalur Biru
- Sekolah rendah serta keutuhan warga Sekolah
- Jalur Merah
- Melambangkan jati diri pelajar-pelajar serta tenaga pengajar
Alamat sunting
Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 2 Jalan Batas Baru, 20300 , Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia Telefon = 96221915 Fax = 96312348
Pautan Luar sunting
Blog [1] Facebook [2] Twitter [3] Foursquare [4] Google+ [5]