Sekolah Kebangsaan Sung Siew

Sekolah Rendah Di Sabah

Sekolah Rendah Kebangsaan Sung Siew atau nama ringkasnya SRK Sung Siew, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Cecily North Batu 4, Sandakan.

Sekolah Rendah Kebangsaan Sung Siew
Lokasi
Jalan Cecily North, Batu 4,, 90000 Sandakan,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Bantuan Kerajaan
MotoCemerlang dan Prihatin
Nombor sekolah089213423
Kod sekolahXCA2053
Guru besarChin Shoon Yuen
GPK Pentadbiran dan AkademikTan Boon Yew
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridJosephine Jumpa
Penolong Kanan KokurikulumGodfrey Chu Sim Tsin
Faks089213423


Pada 2017, SRK Sung Siew memiliki 420 pelajar lelaki dan 385 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 805 orang. Ia mempunyai seramai 53 orang guru.2009

Sejarah sunting

Bangunan Lama Sekolah

Sekolah Sung Siew merupakan sebahagian daripada Gereja Basel Malaysia. Sung Siew mula berakar umbi pada tahun 1907 yang telah diasaskan oleh Rev. Yap Hyen Moo. Nama Sung Siew telah wujud berdasarkan kepada gabungan dua bahasa iaitu Cina dan English yang membawa maksud “ Dwipendidikan” iaitu gabungan pendidikan Cina dan English.

Namun kini Sung Siew sudah menjadi sebuah sekolah harapan ekoran daripada kecemerlangan– kecemerlangan yang telah ditunjukkan sama ada dari segi akademik mahupun kokurikulum. Sung Siew merupakan sebuah sekolah yang mampu menyediakan pendidikan yang bermutu kepada generasi yang akan datang.

Bangunan Baharu Sekolah

Bangunan baharu SRK Sung Siew terletak di batu 4, Jalan Cecily Sandakan. Bangunan ini mula digunakan pada tahun 2006 yang terdiri daripada tiga blok bangunan. SRK Sung Siew merupakan salah satu sekolah yang tertua di daerah Sandakan. Pembinaan bangunan sekolah baru ini membolehkan pihak sekolah memberikan pendidikan yang lebih baik dan bermutu.

Bangunan sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti perpustakaan, makmal sains, kantin, bilik akses IT, mini teater serta kemudahan-kemudahan yang lengkap untuk proses pengajaran dan pembelajaran semua murid. Buat masa ini pihak sekolah sedang menaik tarafkan pelbagai kemudahan bagi tujuan keselesaan murid-murid yang sedang belajar di sekolah ini. 

Visi sunting

Penyayang, Berilmu, Berakhlak, Berwawasan

Misi sunting

Membina Insan dan Alam Sekitar Cemerlang

Guru-Guru Besar sunting

Bil. Nama Tahun Berkhidmat
1. Rev. Yap Hyen Moo 1907-1909
2. Rev. Shuele 1910-1912
3. Rev. F. Fritze 1912-1914
4. Mr. Chong Fui Cho 1920'
5. Mr. A Alexander
6. Mr. Anthony Chan
7. Mr. Lim Ben Koon
8. Mr. Pang Chong Lin
9. Mr. Wong Ken Khiam 1940'
10. Rev. Floyd E. Johnson 1951-1955
11. Mr. Liu Wai Man 1955
12. Rev. Kenneth Dugan 1955-1959
13. Mr. Lee Syn Ken 1960
14. Mr. Jauss 1960-1961
15. Rev. Willard Albertson 1961-1964
16. Mr. Chin Vui Hien 1965-1980
17. Mr. Lim Thau Ken 1980-1988
18. Mr. Wong Hock Phin 1988-2000
19. Mr. Peter Wong Chen Kong 2001-2002
20. Mdm. Chooi Yu Wen 2001-2002
21. Mr. Muniandy Kalimuthu 2002-2004
22. Mr. James Yap 2004-2006
23. Mdm. Florence Chong Mee Fook 2006-2015
24. Mdm. Chin Shoon Yuen 2016-sekarang

Pencapaian sunting

1.   Anugerah Sekolah Bertaraf 3 Bintang 2002 - PPB Sandakan

2.   Anugerah Sekolah Bertaraf 3 Bintang 2004 - PPB Sandakan

3.   Tempat ke-3 Sekolah Harapan Negara (Kat.Sek.Ren.Bandar) 2007  - JPN Sabah

4.   Pengiktirafan Sijil Tanpa Teguran Audit 2010 - JPN Sabah

5.   Anugerah Pengurusan Kewangan dan Audit Sekolah 2008 - 2010 - JPN Sabah

6.   Anugerah Sekolah Cemerlang Kokurikulum (Kat.Sek.Ren.Bandar) Daerah Sandakan 2011 - PPD Sandakan

7.   Anugerah Pengurusan Kewangan Sekolah 2010 - PPD Sandakan

8.   Sekolah Cemerlang Kokurikulum (Sek.Ren) 2012 - JPN Sabah

9.   Naib Johan Pertandingan Tandas Bersih Peringkat Negeri Sabah 2012 - JPN Sabah

10. Anugerah Sekolah Rakan Alam Sekitar 2012 (Kat. Tandas Bersih & Ceria) - Jab.Alam Sekitar

11. Wira Harapan SERASI Kategori Sekolah Rendah (2013/2014) - KPM

12. Anugerah Pusat Sumber Cemerlang. (2013) - PPD Sandakan

13. Anugerah Kokurikulum Cemerlang (kat. Sek. Ren.) Peringkat Kebangsaan (2014)

14. Anugerah Tandas Berkualiti (kat. Sek. Ren.) (2014) PPD Sandakan

15. Anugerah Audit Tanpa Teguran - Pengurusan Kewangan Cemerlang (2014)

16. Anugerah Ikon Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) Daerah - Bidang Pembangunan Kokurikulum (2015)

17. Anugerah Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) (Kat. Sek. Ren.) Peringkat Negeri Sabah (2015)

18. Anugerah Kokurikulum Cemerlang (Kat. Sek. Ren.) Peringkat Kebangsaan (2016)

19. Anugerah Pusat Sumber Akses Cemerlang Peringkat Bahagian Sandakan (2017)

Lagu Sekolah sunting

'Onward, Sung Siew Students'

Onward, Sung Siew students,

Armed with faith and zeal,

Grow in knowledge and skill,

To serve God and man.

Strive to gain excellence,

Let God lead the way,

Go forward and follow,

The path of success.

Onward, Sung Siew students,

Sing the victory song,

Glory, loud and honour,

To almighty god.

Onward, Sung Siew students,

Stand up for what's right,

And with a thankful hearts,

March to victory.

Ready, sure and steadfast,

Trained to be upright,

Strong in body and mind,

Grow spiritually.

Onward, Sung Siew students,

Sing the victory song,

Glory, loud and honour,

To almighty God.

Alamat sunting

Sekolah Rendah Kebangsaan Sung Siew,
P.P.M. 250 Elopura,
Jalan Cecily North, Batu 4,
90000 Sandakan,
Sabah,   Malaysia
Telefon = 089213423
Fax = 089213423

Pautan luar sunting

SM Sung Siew, Sandakan