Sekolah Kebangsaan Sungai Lalang

Sekolah Kebangsaan Sungai Lalang atau nama ringkasnya SK Sungai Lalang, merupakan sekolah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kedah.

Sekolah Kebangsaan Sungai Lalang
Lokasi
Sungai Lalang,, Bedong,, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan (1969-01-05) 5 Januari 1969 (umur 55)
Nombor sekolah044582218
Kod sekolahKBA3016
Guru besarEn Rosli bin Saman @ Mohamad Zaman
GPK Pentadbiran dan AkademikPn Muaini bt Abdul Rasib
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn Zamri bin Jusoh
Penolong Kanan KokurikulumEn Nazri bin Hassan
Faks044582219
Laman sesawang
Map
Sekolah Kebangsaan Sungai Lalang


Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Sungai Lalang mula beroperasi pada 05 haribulan Januari 1969 dengan menumpang bangunan kelab belia tempatan yang terletak di pinggir jalan utama Sungai Petani - Alor Setar. Ketika itu bilangan murid seramai 29 orang dengan 2 orang tenaga pengajar sahaja. Guru Besar yang pertama ialah Encik Yaacub bin Othman. Pada 2 haribulan Januari 1972, Sekolah Kebangsaan Sungai Lalang berpindah ke lokasi yang ada sekarang dengan jumlah murid seramai 109 orang dan 6 orang guru. Pada peringkat awalnya sekolah ini mempunyai satu blok bangunan 2 tingkat yang menempatkan pejabat dan 4 buah bilik darjah. Sekolah Kebangsaan Sungai Lalang telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Abdul Rahman bin Haji Arshad, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada tanggal 20 haribulan Julai 1976.

Pembangunan pesat dengan pembinaan taman-taman perumahan di kawasan sekitar menyebabkan pertambahan penduduk dan bilangan murid kian bertambah. Atas dasar inilah, maka kerajaan telah membina beberapa buah bangunan tambahan bagi menampung keperluan pada masa itu. Oleh kerana keadaan yang mendesak, bangunan tambahan pertama dibina pada tahun 1980 secara 'pasang siap' dengan menggunakan papan lapis dimana struktur bangunan dibawa dari luar. Bangunan ini menempatkan 2 buah bilik darjah. Bangunan ini masih lagi diguna pakai sehingga sekarang dan dijadikan Pusat Sumber Sekolah dan Kedai Buku Sekolah. Bangunan ini dinamakan Bangunan Burhanuddin.

Pada tahun 1990 atas inisiatif kerajaan pusat, sebidang tanah berhampiran seluas 0.4948 hektar yang dipunyai oleh Majlis Daerah Sungai Petani telah dibeli untuk dijadikan padang sekolah bagi memudahkan aktiviti yang melibatkan permainan. Seterusnya dalam tahun 1993 beberapa blok tambahan termasuk sebuah blok 3 tingkat yang menempatkan 12 bilik darjah dibina. Bangunan-bangunan ini dinamakan sempena peminpin negara iaitu, Bangunan Tunku Abdul Rahman, Bangunan Tun Abdul Razak dan Bangunan Mahathir.

Dalam tahun 2001 sebuah blok tambahan 3 tingkat didirikan yang menempatkan dewan terbuka, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Sains, Bilik Pemulihan, Bilik Mesyarat serta 6 buah bilik darjah. Sebuah Makmal Komputer (ICT) 2 tingkat telah dibina dalam tahun 2003 dan akhirnya dalam tahun 2006 sebuah prasekolah telah dibina di kawasan berhampiran. Tidak ketinggalan sebuah surau juga dapat dibina dengan kerjasama Persatuan Ibubapa dan Guru dan pendudukan tempatan.

Kantin sekolah yang telah dibina dalam tahun 1972 masih lagi digunakan sehingga sekarang. Kantin ini hanya boleh menampung 200 orang murid setiap kali rehat. Oleh kerana pertambahan murid berlaku pada setiap tahun , maka kantin ini tidak lagi mampu untuk menampung sejumalh 500 orang murid setiap kali rehat. Justeru pada awal tahun 2013 sebuah "porch" telah dibina di atas tar yang sedia ada bagi menampung keperluan murid yang terus meningkat. Di sini dapat dimuatkan 8 buah meja makan berserta bangkunya.

Seramai 9 orang Guru Besar telah menerajui Sekolah Kebangsaan Sungai Lalang dari tahun 1969 hingga tahun 2010. Kini Sekolah Kebangsaan Sungai Lalang merupakan sekolah 2 sesi dengan jumlah murid seramai 1,400 orang dengan 81 orang guru dan dibantu oleh 6 orang staf sokongan pejabat dan seorang Pembantu Pengurusan Murid. Manakala kerja-kerja pembersihan dilaksanakan oleh 6 orang pekerja syarikat yang diambil secara kontrak. Sekolah kebangsaan Sungai Lalang juga mempunyai 4 orang pengawal keselamatan dari syarikat yang dikontrakkan yang bertugas siang dan malam.

Sekolah Kebangsaan Sungai Lalang telah dikategorikan sebagai sekolah gred A dengan keluasan 4 ekar tanah dengan mempunyai 9 blok bangunan. Berbagai kemudahan fizikal dan prasarana sekolah yang kondusif didirikan untuk menarik minat murid-murid dan warga sekolah.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Sungai Lalang

08100 Bedong
Kedah
  Malaysia
Telefon = 044582218
Faks = 044582219

Pautan luar sunting