Sekolah Kebangsaan Sungai Lokan

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LOKAN sunting

W.D.T. 58, sunting

90200 KOTA KINABATANGAN, SABAH, MALAYSIA. sunting

Sekolah Kebangsaan Sungai Lokan
Lokasi
  Malaysia WDT 58, 90200, Kota Kinabatangan, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBERILMU DAN BERAKHLAK
Ditubuhkan28 JANUARI 1974
Autoriti pendidikanKinabatangan
SesiPAGI SAHAJA
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahXBA2219
Pengerusi PIBGEN. YASNI BIN YAAKUB
Guru besarTN. MESDOR@MASDOR BIN MALDE
Tenaga pengajar9 ORANG
Jumlah penuntut63 ORANG
SloganSK SUNGAI LOKAN ATIGI' KII
LaguSK Sungai Lokan,

Megah teguh berdiri, Penuh giat berbakti, Walau sering tersisih, Penduduk dan pendidik, Bersatu dan berpadu, Demi satu harapan, Lahirkan insan berilmu, Mari rakan semua, Menyahut seruan, Jangan lalai dan leka, Kita kan ketinggalan, Wawasan negara, agama dan bangsa kita sambut segera, Insan berilmu berakhlak mulia pasti menjadi nyata,

Pasti menjadi nyata..
GPK Pentadbiran dan AkademikEN. NAJME BIN NASIR
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEN. MUSTAPA BIN YUSOP
Penolong Kanan KokurikulumEN. HAFIZUL BIN JALPAH
FaksTIADA
Laman sesawang

Sekolah Kebangsaan Sungai Lokan adalah lanjutan dari sekolah rendah di Kampung Pintasan yang dibuka buat pertama kalinya pada tahun 1949 di bawah kelolaan Native Volunteer School (NVS). Guru Besar pada masa itu ialah Encik Yunus. Walau bagaimanapun, NVS di Kampung Pintasan ini telah ditutup pada tahun 1952 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pada tahun 1961, sebuah sekolah rendah telah ditubuhkan semula di Kampung Pintasan yang pada masa itu disebut sebagai Government Primary School (GPS) bagi menggantikan NVS yang telah ditutup. GPS Kampung Pintasan ini kemudian ditukar nama menjadi SRK. Pintasan pada akhir tahun 1960an.

Pada November 1973, SRK. Pintasan telah ditutup kerana perpindahan penduduk Kampung Pintasan ke Kampung Bukit Garam dan Kampung Sungai Lokan. Ketiadaan sekolah rendah di Kampung Pintasan menjadi masalah kepada penduduk di Kampung Sungai Lokan yang sebelum itu menghantar anak-anak mereka bersekolah di SRK. Pintasan. Menyedari hakikat ini, penduduk Kampung Sungai Lokan melalui wakil rakyat mereka musim itu telah merayu kepada Jabatan Pendidikan Sabah agar sebuah sekolah dapat diwujudkan dengan segera di Kampung Sungai Lokan. Memandangkan masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung Sungai Lokan ini, Jabatan Pendidikan Sabah telah mengambil tindakan segera menubuhkan sebuah sekolah rendah di kampung ini, kesinambungan dari SRK. Pintasan.

Pada 28 haribulan Januari 1974, Sekolah Kebangsaan Sungai Lokan telah ditubuhkan. Buat permulaanya bangunan Balai Raya Kampung Sungai Lokan telah digunakan sebagai bangunan sementara. Sementara sebuah rumah guru dipinjam oleh Jabatan Pendidikan Sabah dari Jabatan Pertanian. Sebuah rumah guru juga telah dibina hasil gotong-royong penduduk Kampung Sungai Lokan. Segala kemudahan sekolah seperti meja dan bangku murid, almari dan alat-alat lain diambil dari SRK. Pintasan. Bilangan kakitangan sekolah yang bertugas masa itu empat orang, seorang Guru Besar dan tiga orang guru penolong. Walaupun pada peringkat permulaannya, Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Lokan masih menghadapi masalah kekurangan peralatan-peralatan sekolah, tetapi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik.

Dalam rancangan pembangunan pendidikan di kampung ini, pihak Jabatan Pendidikan Sabah telah meluluskan satu projek bangunan sekolah yang dibiayai oleh Bank Dunia berjumlah RM 120, 000.00 (Seratus Dua Puluh Ribu Ringgit). Projek tersebut mengandungi sebuah bangunan sekolah yang terdiri daripada dua buah bilik darjah dan sebuah bilik gerakan guru. Sebuah rumah guru juga termasuk dalam projek ini.

Bangunan ini siap dibina pada tahun 1980 dan digunakan sebagai bangunan sekolah pada tahun itu juga. Dengan adanya bangunan bergeraklah setapak lagi kemajuan pembangunan pendidikan di kampung ini.

Walau bagaimanapun, bangunan baharu sekolah ini tidaklah dapat menampung sepenuhnya keperluan pendidikan di kampung ini yang pada musim itu mengandungi 105 orang murid. Kesesakan bilik darjah dan kekurangan alat pengajaran dan pembelajaran adalah masalah yang utama. Walau bagaimanapun hal ini tidaklah berlarutan. Hasil rayuan PIBG kampung ini, bantuan Jabatan Pendidikan Sabah merupakan satu projek kilat berjumlah RM 94, 000.00 (Sembilan Puluh Empat Ribu Ringgit) telah diluluskan untuk membina bangunan tambahan Sekolah Kebangsaan Sungai Lokan. Projek ini mengandungi satu bangunan sekolah yang terdiri dari empat bilik darjah, sebuah bilik gerakan guru, sebuah pejabat dan sebuah bilik guru besar. Sebuah rumah guru yang mengandungi dua unit juga telah dibina untuk menampung kekurangan rumah guru. Begitu juga alat-alat sekolah dan rumah guru telah dibekalkan. Dengan ini masalah-masalah pendidikan di kampung ini telah dapat dikurangkan.

Hari ini (Berdasarkan catatan pada ketika itu), Sekolah Kebangsaan Sungai Lokan telah mempunyai dua buah bangunan yang mengandungi enam bilik darjah, sebuah bilik gerakan guru, sebuah ruang pejabat, sebuah bilik Guru Besar, sebuah bilik perpustakaan yang tlah diubahsuai serta tiga unit rumah guru.

Detik bersejarah yang menjadi catatan kenangan di sekolah ini ialah apabila Timbalan Pengarah Pendidikan Sabah, Encik Alwi Hj. Ahmad datang merasmikan sekolah ini pada 08 haribulan Oktober 1986. Dengan ini, bertambahlah era kemajuan pendidikan di Sekolah Kebangsaan Sungai Lokan.

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Sungai Lokan atau nama ringkasnya SK Sungai Lokan, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Wdt 58.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sungai Lokan memiliki 24 pelajar lelaki dan 22 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 46 orang. Ia mempunyai seramai 8 orang guru.2009

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Sungai Lokan
W.D.T. 58,
90200 Kota Kinabatangan,
Sabah, Malaysia
Telefon = TIADA
Fax = TIADA

Pautan luar sunting