Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam, Perak


Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam atau nama ringkasnya SK Sungai Pergam, SKSP, SK Super, SUPER (bermula 2018 akronim SUPER digunapakai secara rasmi hasil ilham GB Puan Hajah Normah), merupakan sebuah Sekolah kebangsaan dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang terletak di Parit 5, Kampung Sungai Pergam dalam daerah Bagan Datuk, negeri Perak Darul Ridzuan, MALAYSIA.

Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam
Lokasi
Parit 5, Kampung Sungai Pergam, 36100, Bagan Datuk, Perak Darul Ridzuan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoILMU PANDUAN HIDUP : ASAS (Anak Sukses Aspirasi SUPER)
Autoriti pendidikanPPD Bagan Datuk
Nombor sekolah056466259
Kod sekolahABAB021
Pengerusi PIBGTuan Haji Hairul Anuar bin Ramlan
Guru besarCikgu Muhammad Azwand bin Mokhtar
GPK Pentadbiran dan AkademikUstaz Mohd Noor Khamis bin A.B.Razak
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridUstazah Qurratul Ain binti Mohd Nasir
Penolong Kanan KokurikulumCikgu Mohamad Aiyad bin Ramli
Faks056466253
Laman sesawang

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam telah didirikan pada 10.10.1949 dengan nama asal Sekolah Melayu Sungai Pergam. Allahyarham Tok Sidang Encik Sariman bin Marijo telah mengetuai usaha penduduk untuk menubuhkan sekolah ini bagi memastikan penduduk Kampung Sungai Pergam tidak tertinggal dari arus pendidikan negara.

Pada awal 1950, sekolah ini dibuka secara rasmi oleh Pegawai Pelajaran Telok Anson (kini Teluk Intan). Guru Besar terawal di sekolah ini ialah Allahyarham Tuan Haji Mohd Khan bin Jamal. Jumlah murid pada ketika itu ialah 72 orang dan gurunya pula ialah 2 orang sahaja.

Pada 1955, sekolah ini telah dilanda ribut dan muridnya ditumpangkan secara sementara di Sekolah Agama Rakyat Parit Tiga, Kampung Sungai Pergam. Pada 1956, Pejabat Pelajaran Daerah telah mendirikan bangunan baru berukuran 120 x 20 kaki yang mengandungi 4 bilik darjah tanpa pejabat. Murid pada waktu itu berjumlah 145 orang dalam 6 aliran dan beroperasi selama 25 tahun dengan 6 orang guru besar.

Pada permulaannya tapak cadangan SK Sungai Pergam adalah di tepi jalan utama menghala ke Tanah Lalang, namun setelah perbincangan diadakan dengan mengambil kira kepadatan penduduk adalah di sekitar parit 3 hingga 7, maka lokasi di yang ideal untuk dibina sekolah adalah di tengah-tengah Kg. Sg. Pergam iaitu di Parit 5. Kemudian, penduduk kampung telah memohon kepada kerajaan persekutuan supaya membina bangunan kekal di atas tanah ladang yang dipohon seluas 6 ekar. Lokasinya ialan 200 meter dari tapak asal sekolah lama (iaitu lokasi sekolah kini). Bangunan dua tingkat ini berukuran 144 x 36 kaki. Ianya dapat memuatkan 6 bilik darjah, pejabat dan sebuah bangunan kantin berukuan 100 x 50 kaki. Pada Julai 1981, bangunan ini mula digunakan secara rasmi.

Bangunan ini telah dirasmikan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia sewaktu itu iaitu Allahyarham Tun Ghafar bin Baba pada 10.10.1987. Pada 1996, bangunan ini dilengkapkan dengan bekalan elektrik 24 jam oleh KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia).

 
Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Allahyarham Tun Ghafar bin Baba merasmikan bangunan baru SK Sungai Pergam di tapak baru sekolah (tapak kini) pada 10.10.1987
 
Potret Guru SUPER 2023-2024 (kemaskini Mac 2023)

SK Sungai Pergam pernah mencatat jumlah enrolmen tertinggi murid melebihi 200 orang untuk satu-satu masa. Namun kini setelah arus permodenan semakin pesat, kewujudan pelbagai sekolah-sekolah baru berdekatan, kemudahan jalanraya yang baik serta faktor penghijrahan golongan muda keluar dari Kampung Sungai Pergam menyebabkan enrolmen murid semakin menurun.

 
Lencana SK Sungai Pergam (SUPER)
 
Logo Motto SUPER. Logo kali pertama diilhamkan oleh GB Pn. Hjh. Nor Azaliah Binti Dahari dan logo kali kedua diilhamkan oleh GB Cikgu Muhammad Azwand.

Maklumat Terkini sunting

Pada sesi persekolahan 2009, Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam memiliki 18 orang pelajar lelaki dan 14 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 32 orang. Ia mempunyai seramai 8 orang guru.2009

Pada sesi persekolahan 2015, Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam memiliki 17 orang murid lelaki dan 15 orang murid perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 32 orang. Ia mempunyai seramai 13 orang guru.2015

Pada sesi persekolahan 2017, Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam memiliki 21 orang murid lelaki dan 18 orang murid perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 39 orang. Ia mempunyai seramai 10 orang guru termasuk guru besar dan 1 orang staf sokongan. sekolah juga mempunyai kakitangan swasta pembersihan seramai 3 orang dan 4 orang pengawal keselamatan. 2017

Pada sesi persekolahan 2018, Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam (SUPER) memiliki 20 orang pelajar lelaki dan 17 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 37 orang. SKSP mempunyai seramai 10 orang guru (waran perjawatan yang ditetapkan ialah 11 orang guru)

Pada sesi persekolahan 2020 (kemaskini ogos 2020), Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam (SUPER) memiliki enrolmen murid keseluruhannya seramai 36 orang (23 lelaki dan 13 perempuan). Manakala guru seramai 11 orang termasuk pentadbir.

Pada sesi persekolahan 2021 (kemaskini disember 2021), Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam (SUPER) memiliki enrolmen murid keseluruhannya seramai 36 orang (20 lelaki dan 16 perempuan). Manakala guru seramai 9 orang termasuk pentadbir.

Pada sesi persekolahan 2022/2023 (kemaskini Jun 2022), Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam (SUPER) memiliki enrolmen murid keseluruhannya seramai 33 orang (16 lelaki dan 17 perempuan). Manakala guru seramai 10 orang termasuk pentadbir Guru Besar, seorang AKP (PT), 2 orang pekerja pembersihan swasta dan 2 orang pengawal keselamatan.

Pada sesi persekolahan 2023/2024 (kemaskini Sept 2023), Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam (SUPER) memiliki enrolmen murid keseluruhannya seramai 38 orang (17 lelaki dan 21 perempuan). Manakala guru seramai 10 orang termasuk pentadbir Guru Besar, seorang AKP (PT), 2 orang pekerja pembersihan swasta dan 2 orang pengawal keselamatan serta seorang peniaga kantin.

Pada 26 Jun 2023 (Isnin), SK Sungai Pergam telah secara rasmi ditawarkan oleh pihak JPN Perak untuk menjalankan program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) kohort 8/2023. Semoga dengan penarafan ini akan menjadikan SUPER lebih berdaya saing dan meneruskan kecemerlangan dan kemenjadian murid yang jitu. TAHNIAH.

Pencapaian & Kejayaan sunting

 
Gambar potret kelas SUPER : 1 Sinar, 2 Unggul, 3 Pintar, 4 Etika, 5 Rajin, 6 Super.

2016

1. Naib Johan PSS Cemerlang kategori SKM Peringkat Daerah/PPD Hilir Perak

2. Mewakili kelompok 8 ke pertandingan catur peringkat daerah Hilir Perak.

3. Mewakili daerah Bagan Datuk ke kejohanan gimnastik artistik peringkat negeri perak.

4. Mewakili kelompok 8 ke pertandingan catur peringkat daerah Bagan Datuk

2017

1. Naib Johan PSS Cemerlang kategori SKM Peringkat Daerah/PPD Bagan Datuk

2. Anugerah SSQS 5 Bintang peringkat Negeri Perak

3. Juara Catur P12 peringkat daerah Bagan Datuk.

4. Mewakili daerah Bagan Datuk ke pertandingan catur peringkat negeri Perak.

 
Sarjan TKRS Muhammad Azfar Hamka telah tersenarai sebagai salah seorang kadet TKRS dari negeri Perak yang berjaya melepasi Kursus Kenaikan Pangkat Sarjan TKRS Peringkat Kebangsaan tahun 2023. TAHNIAH diucapkan kepada Hamka.

5. Mewakili daerah Bagan Datuk ke kejohanan gimnastik artistik peringkat negeri perak.

6. Mewakili kelompok 8 ke pertandingan bolasepak peringkat daerah Bagan Datuk.

7. Mewakili kelompok 8 ke pertandingan catur peringkat daerah Bagan Datuk

2018

1. Pingat Emas acara lontar peluru kategori P11 kejohanan olahraga peringkat daerah Bagan Datuk. (adik Syafiqah)

2. Johan kategori P11 Pertandingan Catur peringkat daerah Bagan Datuk.

3. Johan PSS Cemerlang Kategori SKM Peringkat Daerah/PPD Bagan Datuk.

4. Wakil daerah Bagan Datuk ke pertandingan PSS Cemerlang kategori SKM Peringkat Negeri Perak.

5. Penarafan 5 Bintang SSQS 2018.

6. Penyertaan Hour of Code peringkat antarabangsa

7. Penyertaan Digital Competency Standard (DCS) peringkat kebangsaan

2019

1. Naib Johan Badminton SR Peringkat Daerah Bagan Datuk. (adik Nasrullah)

2. Wakil Daerah Bagan Datuk ke Kejohanan Badminton Peringkat Negeri Perak.

3. Naib Johan Bola Baling Peringkat Daerah Bagan Datuk.

 
TAHNIAH, adik Nur Hanie Batrisha binti Mohd Abdillah diatas kejayaan merangkul NAIB JOHAN Cabaran Sukan Sekolah Prihatin 1M1S Peringkat Negeri Perak dan sekaligus layak mewakili negeri Perak ke peringkat Kebangsaan pada 16 Jan 2023 bertempat di Pusat Sukan JPN Perak Ipoh. Semoga kejayaan anda menjadi pemangkin dan galakan kepada kecemerlangan sukan di masa hadapan. TAHNIAH.

4. Wakil Daerah Bagan Datuk ke Kejohanan Bola Baling Peringkat Negeri Perak.

5. Pingat Emas Acara Lontar Peluru P12 Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah Bagan Datuk. (adik syafiqah)

6. Wakil Daerah Bagan Datuk ke Kejohanan Olahraga Peringkat Negeri Perak 2019.

7. Naib Johan Pesta Pantun Sekolah Rendah Daerah Bagan Datuk.

8. Johan Catur kategori Perempuan 12 peringkat BD

9. Naib Johan Daerah Frogchampionship Round 2

10. Penarafan 5 Bintang SSQS 2019.

11. Penyertaan Hour of Code peringkat antarabangsa

12. Penyertaan Digital Competency Standard (DCS) peringkat kebangsaan

2020

1. Anugerah Pengekalan 100% UPSR untuk 2 tahun berturut-turut oleh PPD Bagan Datuk.

2. Pingat Perak acara lompat tinggi kategori P11 di Kejohanan Olahraga daerah Bagan Datuk. (adik Qalesya)

3. Naib Johan Pertandingan Badminton peringkat daerah Bagan Datuk. (adik Nasrullah)

4. Wakil daerah Bagan Datuk ke Kejohanan Badminton peringkat negeri.

5. Tempat Ketiga PSS Cemerlang kategori SKM Peringkat PPD Bagan Datuk.

6. Tempat kelima Sayembara Baca & Kongsi peringkat PPD Bagan Datuk. (adik Adilla)

7. Penarafan 5 Bintang SSQS 2020.

8. Penyertaan Digital Competency Standard (DCS) peringkat kebangsaan

9. Penyertaan Kuiz Online BSN-KPM Peringkat Kebangsaan.

10. Penyertaan Kuiz Pasukan Badan Beruniform (PBB) peringkat negeri Perak

2021 / 2022

1. Johan Pertandingan Bicara Buku Bahasa Inggeris SR Peringkat PPD Bagan Datuk. (adik Amni Nur Imanina)

2. Tempat ke-8 Pertandingan Bicara Buku Bahasa Inggeris SR Peringkat negeri Perak. (adik Amni Nur Imanina)

3. Penyertaan Cabaran Siber TKRS peringkat daerah Bagan Datuk. (kategori azan & nyanyian lagu patriotik)

4. Penyertaan Pertandingan poster digital & peta i-think STEM peringkat daerah Bagan Datuk

5. Penyertaan Pertandingan Adab & Nilai / Mahrajan Al-Quran peringkat daerah Bagan Datuk

6. Tempat ke-4 Pertandingan Fotografi Karnival Dekad Membaca Peringkat Daerah BD (adik Amni Nur Imanina)

7. Tempat ke-4 Pertandingan Baca Petikan Bahasa Inggeris Karnival Dekad Membaca Peringkat Daerah BD (adik Amni Nur Imanina)

 
Sijil Penarafan SSQS 5 Bintang 2019 & 2020 oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

8. Penyertaan Pertandingan Baca Petikan Bahasa Melayu Karnival Dekad Membaca Peringkat Daerah BD (adik Muhammad Zafry)

9. Penyertaan Digital Competency Standard (DCS)

10. Penyertaan Kuiz Online BSN-KPM Peringkat Kebangsaan.

2022 / 2023

1. Naib Johan Cabaran Sukan Sekolah Prihatin Peringkat Negeri Perak kategori perempuan

2. Penyertaan Cabaran Sukan Sekolah Prihatin Peringkat Kebangsaan kategori perempuan

3. Penyertaan Pertandingan eSukan Pendidikan Peringkat Kebangsaan sempena SAMNOVA 2022

4. Penyertaan Kejohanan Merentas Desa Peringkat MSSD Badan Datuk 2022 di SMK Ulu Bernam

5. Penyertaan Kejohanan Olahraga Peringkat MSSD Bagan Datuk 2022 di Kompleks Sukan Bagan Datuk

6. Penyertaan Kejohanan Badminton MSSD Bagan Datuk 2022 di Anson Sport Center Teluk Intan

7. Penyertaan Pertandingan Scrabble English peringkat daerah Bagan Datuk di PLC SK Hutan Melintang

 
Sukan Memanah : Sukan terbaru yang diceburi oleh atlet SUPER bermula tahun 2023. Gambar menunjukkan Nur Hanie Batrisha, Norfarhana Amira, Muhammad Aniq Miqdad & Muhammad Adi Nazmi yang terlibat dalam Kejohanan Memanah MSSD/Terbuka Bagan Datuk 2023.

8. Penyertaan Pertandingan Catur MSSD Bagan Datuk di SMA Al-Ulum As-Syariah

9. Penyertaan Pertandingan Kuiz Digital Kempen Bulan Membaca peringkat negeri Perak

10. Penyertaan Pertandingan Swafoto Kempen Bulan Membaca peringkat negeri Perak

11. Penyertaan Pertandingan Bicara Buku Bahasa Inggeris peringkat daerah Bagan Datuk

12. Penyertaan Eco-Schools Virtual Run 2022 Perak Chapter (3km) peringkat negeri Perak

13. Penyertaan Pertandingan Poetry Recitation Karnival Bahasa Inggeris peringkat daerah Bagan Datuk

14. Penyertaan Larian Merdeka 2022 di SK Simpang Tiga peringkat daerah Bagan Datuk

15. Penyertaan Mukhayyam Bahasa Arab Peringkat Perak di Taiping

16. KETIGA Penulisan Kreatif Bahasa Inggeris : Poetry Writing peringkat daerah Bagan Datuk

17. JOHAN Penulisan Kreatif Bahasa Inggeris : Essay Writing peirngkat daerah Bagan Datuk

18. Penyertaan Digital Competency Standard (DCS) KPM

2023 / 2024

1. Penyertaan Program E-Activ Ramadan 1M1S JPN Perak (Muhammad Al Fateh)

2. Sarjan TKRS Peringkat negeri Perak. (Sarjan TKRS Farhana)

3. Sarjan TKRS Peringkat Kebangsaan. (Sarjan TKRS Muhammad Azfar Hamka)

4. Lans Koperal TKRS Peringkat Daerah Bagan Datuk. (Lans Koperal Iqlish & Lans Koperal Amni)

5. Naib Johan Kategori P12 Kejohanan Catur Zon TBD1 (Nur Ainin Batrisha)

6. Ketiga Kategori L12 Kejohanan Catur Zon TBD1 (Muhammad Al-Fateh)

7. Naib Johan kategori L12 Kejohanan Badminton Zon TBD1 (Zufar Izzaq)

8. Ketiga Kategori P12 Kejohanan Merentas Desa Peringkat Zon TBD1 (Nur Hanie)

9. Johan Pertandingan Bridge Building Karnival STEM Bagan Datuk 2023 (Haawa, Amni, Hamka)

10. Saguhati Kateogri P12 Kejohanan Merentas Desa Peringkat Zon. (Nur Ainin)

11. Penyertaan Pertandingan Bridge Building Karnival STEM Negeri Perak 2023 (Haawa, Amni, Hamka)

12. Penyertaan Kejohanan Merentas Desa MSSD Bagan Datuk (Ainin, Hanie, Dalia, Miqdad, Haqqim)

13. Penyertaan Kejohanan Memanah MSSD/Terbuka Bagan Datuk. (Hanie, Farhana, Adi, MIqdad)

14. Tempat Ketiga Kejohanan Badminton L12 MSSD Bagan Datuk (Zufar Izzaq)

15. Penyertaan Kejohanan Badminton L12 MSSPk Negeri Perak (Zufar Izzaq)

16. Penyertaan Pertandingan Penulisan Khat PADNI daerah Bagan Datuk. (Miqdad & Ainin)

17. Penyertaan Pertandingan Tilawah PADNI daerah Bagan Datuk (Fateh & Haawa)

18. Penyertaan Kejohanan Olahraga MSSD Bagan Datuk.

19. Penyertaan Pertandingan English Scrabble Daerah Bagan Datuk (Fateh, Aidil)

20. Penyertaan Pertandingan Karnival BM Daerah Bagan Datuk (Aidil, Haawa, Iqlish)

21. Penyertaan Pertandingan Mewarna Merdeka Daerah Bagan Datuk (Amni, Damia)

22. Penyertaan Pertandingan Azan Program Kesenian Islam Daerah Bagan Datuk (Adi Nazmi & Sifful)

23. Penyertaan Kuiz Digital Peringkat Kebangsaan 2023 (Aidil Rifqie)

Senarai Guru Besar SK SUPER sunting

 
Barisan Guru Besar Pernah & Sedang Berkhidmat di SUPER

Cikgu Abdul Rashid bin Harun (1973-1978)

Cikgu Ahmad Masri bin Sahlan

Cikgu Harun bin Abdul Rahman

Cikgu Mhd Suhaimi bin Zawawi (1 Jun 1996-11 Nov 2002)

Cikgu Ibrahim bin Leman (Nov 2002-Dis 2004)

Cikgu Hambali bin Bahari (22 Dis 2004 - 20 Apr 2011)

Cikgu Ahmad bin Osman (28 Julai 2011 - 28 Feb 2016)

Cikgu Normah binti Harun (Julai 2016 - 6 Julai 2018)

Cikgu Azaliah binti Dahari (13 Ogos 2018 - 10 Jun 2022)

Cikgu Muhammad Azwand bin Mokhtar (11 Jun 2022 - kini)

*Pihak SUPER masih dalam proses cuba melengkapkan nama Guru Besar yang pernah berkhidmat di SK Sungai Pergam.

Maklumat SUPER sunting

 
Panorama SK Sungai Pergam (SUPER)
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PERGAM (ABAB021) - SUPER
Parit 5, Kampung Sungai Pergam,
36100, Bagan Datuk,
Perak Darul Ridzuan,
Malaysia.
Telefon : 05-6466 259
Faks : 05-6466 253
E-mel :
abab021@moe.edu.my (emel rasmi)
sekolah-534@moe-dl.edu.my (emel Delima KPM)
Google Site : LAMAN RASMI SK SUPER
FB Page : SK SUNGAI PERGAM - RASMI (JOM like page FB)
Youtube Channel : TV PSS SUNGAI PERGAM (JOM subscribe dan tekan notification)
Tiktok : SK Sungai Pergam - Rasmi (JOM follow akaun tiktok kami)
Peta Google : https://www.google.com/maps/place/SK+SUNGAI+PERGAM/@3.9600537,100.8058319,15z/data=!4m5!3m4!1s0x0:0x433b9dc2d8470237!8m2!3d3.9600537!4d100.8058319

Pautan luar sunting