Sekolah Kebangsaan Sungai Ramai

Sekolah Kebangsaan Sungai Ramai atau nama ringkasnya SK Sungai Ramai, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampong Sungai Ramai.

Sekolah Kebangsaan Sungai Ramai
Lokasi
Kampong Sungai Ramai, 32400, Ayer Tawar,, Perak Darul Ridzuan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan1948
Nombor sekolah6056721259
Kod sekolahABA1013
Guru besarKomander Kehormat Hashim Bin Adnan, KAT, PPA, MBA
Faks6056721259
Map


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sungai Ramai memiliki 20 pelajar lelaki dan 16 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 36 orang. Ia mempunyai seramai 8 orang guru.2009

Sejarah sunting

Bangunan pertama sekolah ini dinamakan Sekolah Melayu Ayer Tawar Estate didirikan dalam tahun 1948. Bumbung bangunan ini dibuat daripada atap nipah dan berdinding papan. Tiangnya daripada kayu bulat. Bangunan ini hanya memiliki dua bilik darjah sahaja yang dibangunkan atas tapak kepunyaan Ayer Tawar Estate. Di Sekeliling bangunan ini terdapat pokok-pokok getah milik Ayer Tawar Estate. Tuan punya ladang ini ialah seorang Inggeris.

Pada masa sekolah ini dibuka terdapat seramai 43 orang murid, iaitu 25 orang murid lelaki dan 18 orang murid perempuan. Guru Besar yang pertama sekolah ini ialah Cikgu Ahmad b. Abdullah yang telah ditukarkan dari Sekolah Melayu Tualang Selekoh, Malim Nawar, Perak pada 31.10.1948.

Dalam tahun 1965 penggal pertama, Sekolah Melayu Ayer Tawar Estate ke bangunan baru. Bangunan baru ini ialah sebuah bangunan papan berbumbung asbestos yang telah didirikan di atas tapak yang dibeli daripada Ayer Tawar Estate. Bangunan ini mempunyai 4 buah bilik darjah dan sebuah setor.

Luas kawasan untuk sekolah ini ialah 3.26 ekar. Selain dari bangunan sekolah terdapat juga sebuah rumah guru dan bangsal basikal. Sekolah baru ini diberi nama ’SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RAMAI’. Kawasan sekolah ini terletak di dalam Kampung Sungai Ramai, Ayer Tawar. Sekolah baru ini telah di rasmikan pembukaan oleh Y.B En. Khir b. Johari, Menteri Pelajaran pada 8 Julai 1968.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Sungai Ramai
Kampong Sungai Ramai
32400, Ayer Tawar
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6056721259
Fax = 6056721259

Pautan luar sunting