Sekolah Kebangsaan Sungkap Para

Sekolah Kebangsaan Sungkap Para atau nama ringkasnya SK Sungkap Para, merupakan sekolah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kedah.

Sekolah Kebangsaan Sungkap Para
Lokasi
Sg Petani, Kuala Muda Yan, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
MotoBELAJAR DAN BERBAKTI
Ditubuhkan1951
Nombor sekolah04-4193790
Kod sekolahKBA3017
Guru besarEn. Muhammad Abdah bin Abd Rahman
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Fakhruradzi Bin Hj Hamid
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Ahmad Tajudin Bin Mt Zin
Penolong Kanan KokurikulumEn. Akashah bin Merra Hussain
Faks04-4193790
Map
Sekolah Kebangsaan Sungkap Para


Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Sungkap Para telah ditubuhkan pada tahun 1951. Ini adalah berasaskan daripada pendaftaran pelajar pertama iaitu pada tahun 1951. Sekolah Kebangsaan Sungkap Para telah ditubuhkan oleh kerajaan dengan kebenaran daripada pihak berkuasa Estate Sungkap Para yang dipunyai oleh pihak Inggeris. Sekolah ini didirikan khas untuk anak-anak pekerja ladang Sungkap Para. Mengikut buku pendaftaran murid yang tercatat pada tahun 1951 hanya terdapat seorang murid sahaja yang berdaftar. Pada tahun 1952 bilangannya bertambah menjadi 3 orang murid. Bilangan tersebut menjadi semakin bertambah ramai dengan adanya penghijrahan penduduk persekitaran seperti Mukim Merbok, Mukim Bujang, Mukim Semeling, dan penempatan – penempatan yang berhampiran untuk memulakan kehidupan sebagai pekerja di ladang ini.

Sekitar tahun 1956 dan 1957 pertambahan murid begitu ketara. Bermula daripada satu blok kayu, stor sukan, berdindingkan buluh, kini sekolah ini telah berubah. Sekolah Kebangsaan Sungkap Para dikategorikan sebagai “ Sekolah Luar Bandar ” dan “Sekolah Kurang Murid ” ( SKM ). Sekolah ini jauhnya kira-kira 20 km dari Bandar Sungai Petani. Sekolah ini hanya boleh dihubungi dengan kereta sewa atau kenderaan persendirian kerana tiada kemudahan perkhidmatan bas atau teksi. Keadaan ini terjadi kerana sekolah ini terletak di dalam kawasan ladang getah yang hanya boleh dilalui oleh motosikal, kereta dan lori kecil sahaja. Suatu ketika dahulu jalannya adalah jalan tanah merah yang berdebu pada musim kemarau dan berselut pada musim hujan. Jalan ini telah diturap pada hujung tahun 2000 (jalan mini tar) kira-kira 3.5 meter.

Pada ketika itu, tiada kemudahan air paip yang dibekalkan oleh kerajaan. Air dipam dari tiub yang dimasukkan kedalam tanah. Pam ini digerakkan menggunakan tenaga elektrik. Sekolah ini mempunyai 11 orang guru termasuk Guru Besar yang semuanya adalah lelaki manakala murid-muridnya pula seramai 124 orang. Hitung panjang bilangan murid bagi setiap kelas ialah 21 orang.

Keluasan sekolah ini ialah 7.258 ekar. Separuh sahaja yang dipagar dan yang selebihnya telah didirikan rumah oleh orang-orang kampung. Kawasan sekolah adalah jenis tanah berbatu.

Kini, sekolah ini terdiri daripada tiga buah bangunan utama, iaitu:

  • Bangunan A : Pejabat, bilik guru dan pusat sumber sekolah
  • Bangunan B : Bilik Sains, 2 bilik darjah, 1 kedai koperasi dan bilik pemulihan.
  • Bangunan C : 3 bilik darjah, setor sukan, bilik kemahiran hidup dan bilik percetakan.
  • Tandas guru dan tandas murid dibina berasingan dari bangunan utama.

90% penduduk di Kampung Sungkap Para dan Ladang Thye Seng adalah penoreh getah, manakala 10% lagi bekerja di kilang-kilang di sekitar Bandar Sungai Petani. Kini murid Sekolah Kebangsaan Sungkap Para ialah seramai 100 orang. 90 peratus adalah anak penduduk yang masih bekerja disini dan selebihnya anak–anak pekerja kilang disekitar kawasan Sungai Petani yang ibu bapa mereka menetap disini. Sekolah ini mempunyai 12 orang guru yang 10 orang adalah lelaki dan 2 orang adalah wanita. Selain itu terdapat 4 orang staf sokongan di sekolah ini. Kekuatan sekolah ini juga bertunjangkan PIBG.


Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah : Sekolah Kebangsaan Sungkap Para
Sungai Lalang,
08000 Sg Petani,
Kedah Darul Aman
No.Telefon : 04-4193790
No.Faks : 04-4193790

Pautan luar sunting