Sekolah Kebangsaan Sura


Sekolah Kebangsaan Sura merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Sekolah Sura , Dungun , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Sekolah Kebangsaan Sura
Lokasi
Jalan Sekolah Sura, Kampung Sura,, 23000 Kuala Dungun, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Ditubuhkan1951
Nombor sekolah6098481000
Kod sekolahTBA1009
PengetuaEn M.Rosdey b Othman
Faks6098483000
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sura memiliki 761 pelajar lelaki dan 780 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1541 orang. Ia mempunyai seramai 89 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Sura bermula apabila Tn. Hj. Ahmad b. Mahmud, Penolong Ketua Kampong Baru Sura Dungun telah mendapat kebenaran Tn. Hj. Dol b. Abdullah (Pegawai Daerah Dungun ketika itu) untuk mendirikan sebuah sekolah di atas Lot 309 milik Kerajaan Persekutuan di Kampung Baru Sura. Keluasan tanah yang diperuntukkan ialah 8.92 ekar. Jawatankuasa Kerja Pelaksanaan Projek ini telah dibentuk dan diketuai oleh Tn. Hj. Ahmad sendiri. Beliau dibantu oleh En. Wan Abdullah b. Ngah (tukang), En. Abdullah b. A. Kadir (bahagian bumbung), En. Mat Zain b. Ismail (peralatan) serta penduduk Kampong Baru Sura telah mendirikan bangunan belajar pada tahun 1951.

Hasil gotong-royong dan kerjasama penduduk Kampung Baru Sura, sebuah bangunan (bangsal) kayu hutan yang beratapkan daun kelapa, berlantaikan pasir dan berdinding separuh papan telah berjaya didirikan. Perabot yang ada ketika itu hanyalah 24 buah bangku mati. Tiada kemudahan tandas, telaga mahupun kantin. Sekolah ini di beri nama sebagai Sekolah Rakyat Kampong Baru Sura.

Pada tahun 1952, nama Sekolah Rakyat Kampong Baru Sura, Dungun telah ditukar kepada Sekolah Umum Kampong Sura, Dungun. Sekolah ini mendapat bangunan baru pada tahun 1965 dan pembukaan rasmi Bangunan P.W.D. 227 dilakukan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato' Ibrahim bin Fikri pada 3 Oktober 1965.

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Sura
Jalan Sekolah Sura, Kampung Sura,
23000 Kuala Dungun
Terengganu Darul Iman,
Malaysia
Telefon = 6098481000
Fax = 6098483000

Pautan luar sunting