Sekolah Kebangsaan Taman Jana

Sekolah Kebangsaan Taman Jana merupakan sebuah sekolah di Kamunting, Perak.

Sejarah sekolah sunting

Peningkatan penduduk dan pertambahan kawasan perumahan di kawasan Kamunting mendesak kerajaan untuk membina sebuah sekolah rendah. Pada tahun 1999 Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah mengenalpasti sebuah tapak seluas enam ekar di kawasan perumahan Taman Jana untuk tujuan tersebut. Projek pembinaan bermula pada tahun 2000 dan siap pada awal 2002.

Sekolah ini yang diberi nama Sekolah Kebangsaan Taman Jana, Kamunting mempunyai enam blok bangunan iaitu blok pentadbiran, bilik guru, pusat sumber dan 2 makmal komputer berhawa dingin sepenuhnya, tiga blok untuk 30 bilik darjah, bilik sakit, bilik persalinan, stor, tandas, padang, gelanggang permainan serta kantin.

Pada 15 Januari 2002 pihak Jabatan Pelajaran Perak telah menghantar En. Mohd. Tahir b. Lokman bertugas sebagai penjaga sekolah. Pada 4 Julai 2002 sekolah telah dibuka untuk 420 orang murid, 25 orang guru dan 3 orang staf sokongan. Pada 1 September 2002, En. Ahmad Khusyairi b. Alias telah dilantik sebagai Guru Besar pertama. Guru Besar kedua Pn. Hjh. Siti Rokiah bt. Hj. Ahmad masuk bertugas mulai 16 Disember 2003 hingga Jun 2006. Sehingga kini terdapat 7 orang Guru Besar yang telah memimpin sekolah ini. iaitu ketiga Cik Alimaton Binti Limat, keempat ialah Puan Jamilah binti Abd Malek, kelima ialah Pn Hjh. Rahinah binti Ramli, keenam ialah Tn. Hj. Meor Ahmad bin Aziz dan yang masih berkhidmat ialah En. Kamaruddin bin Hamid mulai Oktober 2021 hingga kini.

SK Taman Jana ditadbir oleh 3 orang Guru-Guru Kanan iaitu Puan Fazni binti Zani sebagai Guru Kanan Pentadbiran, Pn. Fairus binti Mohd Long sebagai Guru Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) dan Tn Hj. Ali Ahmad bin Yusof sebagai Guru Kanan Kokurikulum (Koku). Selain daripada itu, SK Taman Jana juga dibantu oleh 66 orang guru, 7 orang staf sokongan, 6 orang pekerja pembersihan swasta dan 3 orang jaga swasta. Jumlah murid di SK Taman Jana ialah sekitar 1035 orang murid pada tahun 2022 yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Logo sekolah sunting

 
Logo SK Taman Jana
 
Logo SK Taman Jana

Visi sunting

Menjadikan Sekolah Kebangsaan Taman Jana antara sekolah terbilang di dalam daerah Larut, Matang dan Selama menjelang tahun 2030

Misi sunting

  • Memimpin, menguruskan dan mentadbir sekolah dengan berkesan
  • Menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam kurikulum
  • Melahirkan pelajar yang hebat dalam kokurikulum
  • Melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah mulia
  • Mewujudkan prasarana yang selamat, kondusif dan ceria

Moto sekolah sunting

  1. Murid Cemerlang, Guru Gemilang, SK Taman Jana Terbilang
  2. Penjana Minda Bestari

Kejayaan sekolah sunting

  • 2005 - SIJIL PENGHARGAAN MAJLIS PERBANDARAN TAIPING (SUMBANGAN KHIDMAT BAKTI, KOMITMEN DAN KERJASAMA DALAM PROGRAM LOCAL AGENDA 21 TAIPING )
  • 2006 - ANUGERAH SEKOLAH LIMA BINTANG (SEKOLAH RENDAH)
  • 2007 - TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN JALUR GEMILANG DAN LANSKAP HARI KEBANGSAAN KE-50


http://relaxjom.blogspot.com/

Pautan luar sunting