Sekolah Kebangsaan Taman Klang Jaya

Sekolah Kebangsaan Taman Klang Jaya atau nama ringkasnya SK Taman Klang Jaya, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Seruling 56, Off Jalan Langat.

Sekolah Kebangsaan Taman Klang Jaya
Lokasi
 Malaysia Jalan Seruling 56, Off Jalan Langat, 41200, KLANG, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoSKTKJ SEJAYA
Nombor sekolah333237837
Kod sekolahBBA0023
Pengerusi PIBGTn. Syed Faisal bin Hj. Syed Ahmad
Guru besarEn. Mohd Jazid Bin Iman
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Rosmawati binti Mior Adlan
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Zahrotulaili binti Kosnon
Penolong Kanan KokurikulumEn. Zaihan bin Mat Naim
Faks333230741


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Taman Klang Jaya memiliki 725 pelajar lelaki dan 593 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1318 orang. Ia mempunyai seramai 85 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Taman Goowood telah dibina pada tahun 1980 dan telah dibuka sepenuhnya pada 1.1.1982. Lokasinya lebih kurang 5 kilometer dari bandar Klang. Pada asalnya kawasan ini adalah ladang getah kemudian dibangunkan menjadi kawasan perumahan lalu dibina sekolah untuk memenuhi infrastruktur rakyat setempat.

Bertapak dibumi seluas 5 ekar, terbina dengan gahnya sebuah bangunan dua tingkat dan sebuah kantin dengan menerima murid seramai 400 orang bersama tenaga pendidiknya 13 orang dan 6 orang pekerja. SK Taman Goodwood sentiasa melahirkan generasi yang berilmu.

Sejarah sekali lagi terukir apabila tanggal 2 Julai 1983, Majlis Perbandaran Klang telah meluluskan pertukaran nama Sek. Keb. Taman Goodwood kepada SEK. KEB. TAMAN KLANG JAYA.

Sejajar dengan arus pemodenan, kini SKTKJ mempunyai 2 bangunan 3 tingkat, 2 bangunan 2 tingkat dan 2 bangunan setingkat yang menampung murid seramai 1350 orang dari pelbagai kaum dan agama serta dididik oleh 89 orang guru yang berdedikasi serta dibantu oleh 6 orang staf.

Demi memartabatkan profesion pendidikan, kelas pendidikan khas dan kelas pra pendidikan khas diwujudkan untuk kanak-kanak istimewa dan dilengkapi dengan wujudnya kelas pemulihan untuk murid yang lemah bagi melahirkan generasi berilmu dari rebungnya, maka diwujudkan Pra Sekolah.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Taman Klang Jaya
Jalan Seruling 56, Off Jalan Langat
Selangor, Malaysia
Telefon = 333237837
Fax = 333230741

Pautan luar sunting