Sekolah Kebangsaan Taman Kosas

Sekolah Kebangsaan Taman Kosas atau nama ringkasnya SK Taman Kosas, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Kosas 3/9, Taman Kosas.

Sekolah Kebangsaan Taman Kosas
Logo SK Taman Kosas, Ampang.
Lokasi
 Malaysia Jalan Kosas 3/9, Taman Kosas, AMPANG, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah342934089
Kod sekolahBBA4030
Faks342934089


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Taman Kosas memiliki 935 pelajar lelaki dan 844 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1779 orang. Ia mempunyai seramai 91 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Taman Kosas (SKTK) Perkataan KOSAS diambil sempena nama pemaju yang membangunkan kawasan ini iaitu "Koperasi Anak-Anak Selangor". Terletak di kawasan seluas 3 ekar. Sekolah ini didirikan di tengah-tengah kawasan perumahan yang sedang berkembang pesat. Pada peringkat penubuhannya, sekolah ini menampung seramai 967 orang murid dengan tenaga pengajar 34 orang guru dan seorang Guru Besar. Kini, sekolah ini telah berkembang pesat sejajar dengan pembangunan di kawasan sekeliling. Wujudnya kawasan-kawasan perumahan seperti Taman Bukit Indah, Taman Ampang Indah dan Taman Rasmi Jaya secara tidak langsung bilangan murid turut mengalami perubahan yang begitu drastik. Beberapa blok bangunan baru telah dibina demi menampung kebanjiran murid-murid yang tinggal di kawasan berhampiran. Beberapa kemudahan pembelajaran telah disediakan seperti Makmal Sains, Makmal Komputer dan Bengkel Kemahiran Hidup.

Di samping itu, wujudnya beberapa Pondok Bacaan hasil sumbangan masyarakat setempat turut mewarnai proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini.

Profil sunting

Visi sunting

SKTK sebuah institusi pendidikan yang unggul bagi melahirkan insan yang cemerlang dari segi Kurikulum, kokurikulum, sahsiah serta celik IT selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Misi sunting

  • Menyediakan kemudahan dan suasana pembelajaran yang kondusif
  • Menjalankan pengajaran dan pembelajaran terancang dan berkesan
  • Melaksanakan pembelajaran berbantukan komputer
  • Menyediakan kemudahan Pembelajaran Kendiri yang lengkap dan bermaklumat
  • Meningkatkan sahsiah murid melalui program nilai murni yang berterusan
  • Memberi peluang kepada murid-murid mengikuti aktiviti kokuriklum berterusan mengikut kebolehan dan potensi murid.

Moto sunting

Guru Cemerlang, Sekolah Gemilang, Warga Terbilang

sunting

Logo SKTK membawa pengertian yang berikut:

HIJAU (Peka pada nilai-nilai murni serta perpaduan)

KUNING (Lambang Bendera Negeri Selangor dan menunjukkan sentiasa taat kepada Pemimpin)

BUKU (Lambang sumber ilmu pengetahuan)

OBOR (Cahaya yang akan menerangi kehidupan di masa hadapan)

BULAN DAN BINTANG (Kebesaran Allah dan lambang kesedaran dan keinsafan dalam hidup ini membawa Kebahagiaan dan kemajuan di dunia dan akhirat)

Alamat sunting

SK Taman Kosas,
Jalan Kosas 3/9, Taman Kosas,
68000, Ampang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia

Tel (Pejabat) : +60342934089
Faks (Pejabat): +60342934089
E-Mail  : bba4030@gmail.com

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Taman Kosas
Jalan Kosas 3/9, Taman Kosas
Selangor, Malaysia
Telefon = 60342934089
Fax = 60342934089

Pautan luar sunting