Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Perintis 1

Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Perintis atau nama ringkasnya SK Taman Nusa Perintis, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Pesiaran Nusa Perintis 1.

Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Perintis
Lokasi
Jalan Pesiaran Nusa Perintis 1, 81550, Gelang Patah,, Johor Darul Takzim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6075852441
Kod sekolahJBA1111
Guru besarEn Pa'ahat bin Poto
GPK Pentadbiran dan AkademikPn Normah Tan Bt Abdullah
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn Shamilah binti Shamsudin
Penolong Kanan KokurikulumEn Amran Bin Musa
Faks6075313822


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Perintis memiliki 282 pelajar lelaki dan 300 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 582 orang. Ia mempunyai seramai 35 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Perintis terletak di bandar Nusa Jaya, Gelang Patah lebih kurang 32 kilometer dari Bandaraya Johor Bahru. Majlis penyerahan watikah pembukaan sekolah telah disempurnakan pada 3hbJanuari 2003 oleh Tuan Haji Miad Bin Haji Anuar, Ketua Unit Sekolah Rendah mewakili Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Sekolah ini dibangunkan di atas tanah seluas 4 hektar yang dirizabkan sebagai tapak sekolah rendah daripada kerajaan oleh pemaju perumahan Taman Nusa Perintis. Projek pembangunan yang bermula dari tahun 2001 berjaya disempurnakan pembinaannya pada Disember dengan kos perbelanjaan berjumlah RM 7.8 juta.

Selain daripada 30 buah bilik darjah, sekolah ini juga dilengkapi dengan Bilik Kemahiran Manipulatif, Dewan kecil, Bilik Muzik, Bilik Komputer, Bilik Bimbingan dan Kaunseling, Bilik Pengembangan Staf, 2 buah Bilik Guru, Pejabat Pentadbiran, Bilik Pengurusan Kokurikulum, Bilik Pengurusan Hal Ehwal Murid, Bilik Pengurusan dan Stor Sukan, Bilik Persalinan, Klinik Rawatan Kesihatan dan Pergigian, Perpustakaan, Kantin, Medan

Terbuka, Gelanggang Sepak Takraw, Gelanggang Badminton, Padang Serbaguna, Kedai Buku, Bilik Tayang, Bilik Surau dan Pendidikan Islam dan sebuah tapas perhimpunan yang terletak di bahagian tengah blok bangunan ini.

Murid- murid yang belajar di sekolah ini tinggal berhampiran di sekitar kawasan sekolah dan kampung-kampung yang berhampiran. Pada awal pembukaannya sekolah ini menampung sejumlah 282 orang murid tahun 1 hingga ke tahun 5. Jumlah murid-murid di sekolah ini dijangka bertambah dari semasa ke semasa dengan pesat berikutan pembinaan Bandar Nusa Jaya di Tebing Runtuh dan kepesatan pembangunan di Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Sehingga tahun 2008, bilangan murid sekolah ini seramai 541 orang. Bilangan kelas sebanyak 16 buah (tahun 1 hingga 6 dan 2 buah Pra Sekolah) dengan tenaga pengajarnya seramai 35 orang.

Objektif sunting

  • Peratus kelulusan semua peperiksaan mencapai 80%
  • Mencapai Kedudukan sekurang-kurangnya tempat ketiga dalam semua pertandingan disertai pada peringkat zon
  • Membimbing murid ke arah sahsiah dan disiplin yang cemerlang


Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Perintis
Jalan Pesiaran Nusa Perintis 1
81550, Gelang Patah
Johor, Malaysia
Telefon = 6075852441
Fax = 6075313822

Pautan luar sunting