Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 2


Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 2 atau nama ringkasnya SK Taman Putra Perdana 2, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di JALAN PUTRA PERDANA 6, TAMAN PUTRA PERDANA, 41730 Puchong.

Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 2
Lokasi
Puchong, Sepang, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah0383184011
Kod sekolahBBA9228
Guru besarEn. Sukimin bin Juki
Faks0383184014
Laman sesawang

Sejarah sunting

SK Taman Putra Perdana 2 (SKTPP2) dibina bagi menampung kepesatan penduduk di sekitar Taman Putra Perdana, Puchong. SKTPP2 mula dibuka pada tanggal 4 Januari 2010. Memulakan operasi dengan menumpang di SMK Putra Perdana sehingga 3 Jun 2010. Premis sekolah siap sepenuhnya pada 21 Jun 2010. Bermula dari tarikh ini sesi persekolahan telah berpindah ke bangunan baharu yang terletak di Jalan PP6 Taman Putra Perdana, Puchong. Merintis perjalanan SKTPP2, En. Mohd Zohri bin Saluki selaku guru besar pertama bersama dengan seramai 46 orang guru mula mengorak langkah dengan menerima seramai 766 orang murid. Generasi pertama ini terdiri daripada murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 5 yang ditempatkan di 20 buah kelas. Bermula dari itu SKTPP2 terus berdiri gagah meniti hari mengecapi kejayaan dan kegemilangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.

Pencapaian sunting

Pada tahun 2019, sekolah ini mencipta rekod baru apabila 10 orang pelajarnya mendapat 6A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Kesemua 10 orang pelajar-pelajar ini telah diraikan dalam hari anugerah yang sederhana dan gambar mereka diabadikan dalam bentuk poster dan ditampal di dewan terbuka sekolah untuk dijadikan inspirasi kepada pelajar-pelajar yang lain. Kebanyakan daripada mereka telah pun mendapat tempat di MRSM atau pun SBP dan ada segelintir yang memilih untuk meneruskan pembelajaran di sekolah menengah harian biasa.

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 2
JALAN PUTRA PERDANA 6, TAMAN PUTRA PERDANA, Pucung
Selangor,   Malaysia
Telefon : 0383184011
Faksimili:0383184014

Pautan luar sunting