Sekolah Kebangsaan Taman Ria Sungai Petani


Sekolah Kebangsaan Taman Ria Sungai Petani atau nama ringkasnya SK Taman Ria Sungai Petani, merupakan sekolah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kedah.

Sekolah Kebangsaan Taman Ria Sungai Petani
Sekolah Kebangsaan Taman Ria Sungai Petani.jpg
Lokasi
Jalan Ria 4, Taman Ria, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
MotoBERILMU BERWAWASAN
Ditubuhkan1994
Kod sekolahKBA3044


SejarahSunting

Sekolah Kebangsaan Taman Ria ini ditubuhkan pada tahun 1998 ini adalah sebuah sekolah gred A, yang terletak di kawasan perumahan Taman Ria, Sungai Petani, Kedah. Sekolah ini dibangunkan di atas keluasan tanah7.7 ekar dan dikategorikan sebagai sekolah dalam bandar. Selain daripada Taman Ria, ianya dikelilingi taman perumahan lain serta pembangunan bandar Sungai Petani seperti Taman Ria Jaya, Flat Paya Nahu, Taman Peruda, Lagenda Height, Bandar Aman Jaya dan lain-lain.

Oleh kerana terletak di dalam bandar Sungai Petani, sekolah ini berhampiran dengan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda / Yan, Ibu Pejabat Polis Daerah, Institut Kemahiran Mara, Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, dan lain-lain jabatan kerajaan dan swasta serta gedung perniagaan dan hotel.

Meskipun dikategorikan sebagai sekolah dalam bandar, tetapi latar belakang keluarga murid masih lagi bercampur antara 10 peratus golongan elit, 60 peratus pertengahan dan 30peratus golongan biasa. Namun demikian, pecahan bangsa murid daripada 1807 orang murid hanya terdapat 4.5 peratus sahaja berbangsa India dan selebihnya Melayu.

Dilihat kepada pencapaian dalam akademik khususnya peperiksaan awam UPSR, SK Taman Ria menunjukkan peningkatan yang baik dari awal penubuhannya. Bermula dengan hanya kelulusan 32.90peratus pada tahun 1995, meningkat hampir 100% menjelang tahun 2000 iaitu 62.3 peratus. Pada tahun 2005, sekolah ini telah mencatat sejarah, apabila mencapai peratus kelulusan paling tinggi iaitu 73.89 peratus.

PencapaianSunting

AlamatSunting

Sekolah Kebangsaan Taman Ria
Jalan Ria 4, Taman Ria
08000 Sungai Petani
Kedah Darul Aman
Malaysia
Telefon : 044484141
Fax  : 044484144

Pautan luarSunting