Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi

Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi atau nama ringkasnya SK Taman Seri Pagi, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Taman Seri Pagi.

Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi
Lokasi
Taman Seri Pagi, 70450, Seremban,, Negeri Sembilan Darul Khusus
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6066779348
Kod sekolahNBA4044
Faks6066772362
Map


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi memiliki 941 pelajar lelaki dan 901 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1842 orang. Ia mempunyai seramai 96 orang guru.2009

Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi ditubuhkan pada tahun 2000. Pada masa itu, sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Senawang ( Cawangan ) di bawah penyelia Guru Besar Sekolah Kebangsaan senawang, Cik Saliha Bt. Yahya dengan jumlah guru 13 orang dan murid 323 orang dan beroperasi secara menumpang di bangunan Sekolah Menengah Kenbagsaan Senawang 2.

Pada 1 januari 2001 nama sekolah ini bertukar kepada sekolah kebangsaan senawang 2. sebagai permulaan, sekolah ini telah menerima pelajar tahap satu iaitu 1 dan 2, jumlah murid adalah seramai 22 orang yang diketuai oleh En. Zakaria bin Abd Hamid sebagai Guru Besar yang pertama.

Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi telah berjaya menubuhkan Badan Penaja Persatuan Ibu Bapa dan Guru pada tanggal 27 februari 2000. Persatuan ini telah dianggotai oleh seramai 15 orang ahli jawatankuasa dan En. Shafie bin mohd Nor sebagai Pengerusi Penaja PIBG. Semasa mesyuarat PIBG yang pertama, En. Mustaffa bin Katim telah berjaya terpilih menjadi yang dipertua PIBG dan En. Shafie bin mohd Nor pula sebagai Naib yang Dipertua PIBG.

Impian untuk berpindah ke bangunan sendiri terlaksana juga apabila bangunan sekolah ini siap sepenuhnya dengan usaha pihak sekolah dan PIBG akhirnya pihak pendaftaran telah meluluskan pertukaran nama sekolah ini dengan nama Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi pada tahun 2002.

Pada tahun 2002 seramai 87 orang murid tahun 6 menduduki peperiksaan UPSR menandakan bermulalah sejarah persekolahan tahun pertama peperiksaan UPSR di sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi.

Kini, sebuah makmal komputer, dan sebuah bangunan prasekolah telah siap dibina dan bermula beroperasi dengan gahnya dan juga dikelilingi dengan pemandangan yang sungguh indah. Antara tarikan yang boleh dilihat di sekolah ini ialah sepanjang laluan masuk ke sekolah ini dihiasi dengan landskap yang menarik dan mempersonakan. sesuai dengan perkembangan masa dan pertambahan penduduk yang agak pesat, sekolah ini sekarang mempunyai murid seramai 1820 orng dengan 53 buah kelas yang beroperasi, 103 orang guru dan 12 orang kakitangan sokongan.

Pencapaian sunting

surau siti Aisyah mendapat tempat ketiga

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi
Taman Seri Pagi
70450, Seremban
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6066779348
Fax = 6066772362

Pautan luar sunting