Sekolah Kebangsaan Taman Seri Wang


Sekolah Kebangsaan Taman Seri Wang atau nama ringkasnya SK Taman Seri Wang, merupakan sekolah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kedah.

Sekolah Kebangsaan Taman Seri Wang
Lokasi
Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6044223150
Kod sekolahKBA3048
Faks6044221810
Map


Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Taman Seri Wang ditubuhkan pada 01 Januari 2002. Ianya dibina ekoran pertambahan murid Sekolah Kebangsaan Petani Jaya yang mencecah melebihi 2000 orang murid. Oleh itu pada awal tahun 2002 sebahagian dari murid Sekolah Kebangsaan Petani Jaya iaitu berjumlah 1022 orang telah memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Wang. Pada ketika itu terdapat 42 orang guru di sekolah ini untuk mengajar 24 kelas dengan setiap aliran tahun 1 hingga 6 mempunyai 4 kelas. Guru Besar pertama sekolah ini adalah Pn. Hajjah Rodziah binti Ismail.

Murid-murid di sekolah ini datang dari latarbelakang yang berbeza seperti kakitangan kerajaan, pekerja swasta, pekerja kilang,peniaga, pekebun dan bekerja sendiri. Mereka tinggal di taman-taman perumahan berdekatan dengan sekolah seperti Taman Seri wang, Taman Keladi, Taman Berangan, Bandar Perdana, Bandar Puteri Jaya, Taman Cendana, Kampong Pengkalan Lebai Man dan tempat lain yang berdekatan.

Sekolah ini adalah sekolah Gred B. Rekabentuk bangunannya moden dan unik dengan segala kemudahan disediakan seperti sebuah bilik komputer, 2 buah bilik sains, sebuah bilik surau, sebuah bilik rawatan, sebuah bilik muzik, sebuah bilik kemahiran hidup, 2 buah bilik persalinan sukan, sebuah bilik jQaf, sebuah bilik bimbingan dan kaunseling, sebuah bilik pemulihan, sebuah bilik buku teks (BOSS), dewan terbuka,pusat sumber sekolah, sebuah bilik tayangan, sebuah bilik SAL, bilik mesyuarat, bilik guru dan kantin. Pada awal tahun 2008 bangunan Prasekolah telah dibina untuk pendidikan pra di sekolah ini.

Pencapaian sunting

  • Sekolah Kebangsaan Taman Seri Wang (SKTSW) dinobatkan juara Kejohanan Bola Jaring Pusat Kegiatan Guru (PKG) Sungai Petani 2015 [1]

Alamat sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting