Sekolah Kebangsaan Taman Sri Mawar

Sekolah Kebangsaan Taman Sri Mawar atau nama ringkasnya SK Taman Sri Mawar, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Sri Mawar 1, Taman Sri Mawar, Senawang.

Sekolah Kebangsaan Taman Sri Mawar
Lokasi
 Malaysia Jalan Sri Mawar 1, Taman Sri Mawar, Senawang, 70450, Seremban,, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6066783514
Kod sekolahNBA4036
Faks6066783514
Map


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Taman Sri Mawar memiliki 324 pelajar lelaki dan 327 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 651 orang. Ia mempunyai seramai 52 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sejarah SK Taman Sri Mawar:

Sekolah Kebangsaan Taman Seri Mawar telah dibuka

pada 1 Disember 1993. Pembukaan sekolah ini pada awalnya adalah bertujuan menampung peningkatan pelajar di sekitar kawasan Senawang berikutan pembukaan taman – taman perumahan baru di sekitarnya. Antara taman – taman tersebut adalah Taman Tuanku Jaafar, Taman Seremban Jaya dan Taman Tuanku Najihah.

Sebelum mempunyai bangunan sendiri, Sekolah Kebangsaan Taman Seri Mawar pada awalnya beroperasi secara menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Senawang sehingga 26 Jun 1994. Pada tanggal 27 Jun 1994 dengan rasminya Sekolah Kebangsaan Taman Sri Mawar berpindah ke tapak sekarang iaitu di Taman Sri Mawar. Dengan mempunyai bangunan dan kemudahan sendiri maka pengurusan serta proses pengajaran dan pembelajaran adalah lebih teratur.

Tanggal 26 Mac 1994, Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) telah ditubuhkan dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Shamsul Bahari. Bermula dari sini maka Sekolah Kebangsaan Taman Seri Mawar telah mengorak langkah lebih jauh dengan perasmian Makmal komputernya iaitu mawar.com pada 24 Mac 2005 oleh YAB Dato’ Seri Utama Tan Sri Haji Isa B. Samad, Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu.

Seperti sekolah – sekolah lain, Sekolah Kebangsaan Taman Seri Mawar juga di lengkapi dengan makmal sains, bengkel Kemahiran Hidup, surau, bilik rawatan pergigian dan kesihatan dan Bilik Pemulihan Khas yang lebih dikenali dengan Kelas Maju. Di samping itu juga sekolah ini mempunyai Kelas Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran ( 2001 ) dan mulai 2005 sekolah ini juga telah mempunyai 2 buah Kelas Prasekolah bagi kemudahan penduduk setempat.

Sekolah Kebangsaan Taman Seri Mawar juga telah menumpangkan 2 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar ( 1998 – 2001 ) dan Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya ( Jan 2004 – Julai 2004 ). Dengan pembinaan kedua – dua buah sekolah itu, maka jumlah murid bagi sekolah ini telah semakin berkurangan.

Pencapaian sunting

2013 - Naib Juara Pertandingan Action Song peringkat Daerah

Pertandingan Kuiz(ISWAHYU) Peringkat Daerah(Penyertaan)

2014 - Juara Pertandingan Kuiz (ISWAHYU) Peringkat Daerah

Naib Juara Pertandingan Kuiz (ISWAHYU) Peringkat Negeri

Tempat ke-3 Pertandingan Kalam Jamaie Peringkat Daerah

Choral Speaking(Penyertaan)Peringkat Daerah

Penyertaan "Bazar Industri Kreatif Seni Budaya Zon Selatan"

2015-Naib Juara Pertandingan Kraf Anyaman Putri Islam

Tempat Ke-3 Hidangan minum Petang

Tempat ke-5 Action Song peringkat Daerah Spell-it-right (Penyertaan)

Tempat ke-5 pertandingan Koir Peringkat Daerah

Mewakili Malaysia ke Festival Gamelan & Caklempong Antarabangsa

Kejohanan Bola Tampar Peringkat Daerah(Penyertaan)

2016-Tempat Ke-3 Pertandingan Kalam Jamaie Peringkat Daerah

Pertandingan Bercerita(Penyertaan)

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Taman Sri Mawar
Jalan Sri Mawar 1, Taman Sri Mawar, Senawang
70450, Seremban
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6066783514
Fax = 6066783514

Pautan luar sunting