Sekolah Kebangsaan Taman Tun Aminah


Sekolah Kebangsaan Taman Tun Aminah (SKTTA) telah dibuka pada 1 Ogos 1987 dan merupakan sekolah kebangsaan perintis di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai Johor Bahru. SK. Taman Tun Aminah mengambil nama sempena nama taman di mana sekolah ini terletak. Taman perumahan ini pula mengambil sempena nama Alhamhumah Sultanah Johor Ke-2, Ungku Tun Aminah.

Sekolah Kebangsaan Taman Tun Aminah
Lokasi
 Malaysia Jln Pahlawan 4, Taman Ungku Tun Aminah, 81300, Skudai,, Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6075570484
Kod sekolahJBA1060
Guru besarROSELAWATI BINTI MOHD SUHOOT [1]
Faks6075583757


Sekolah ini mempunyai 9 orang tenaga pengajar ketika itu dengan jumlah murid seramai lebih kurang 220 orang. Pentadbiran sekolah diterajui oleh Tuan Hj. Mahbub Bin Abdul Rahman yang merupakan guru besar pertama di sekolah ini. Wujud enam aliran di mana setiap aliran hanya terdiri daripada sebuah kelas sahaja. Oleh itu, purata murid bagi setiap kelas seramai 35 orang.

SKTTA mengamalkan sistem persekolahan satu sesi ketika itu, di mana semua murid belajar pada sesi pagi sahaja. Dua blok bangunan tiga tingkat telah didirikan bagi menampung kesemua murid yang berkenaan. Majoriti murid-murid sekolah menetap disekitar kawasan perumahan Taman Ungku Tun Aminah.

SKTTA pernah menjalani sistem persekolahan dua sesi, iaitu pagi dan petang dengan enrolmen murid yang mencecah ke angka 2192 pada tahun 1994. Keadaan ini berubah apabila banyak taman perumahan baru dibina di sekitar Taman Ungku Tun Aminah dan sekaligus terbinalah sekolah- sekolah baru. Faktor ini menyebabkan enrolmen murid sktta berkurangan kerana penghijrahan mereka ke sekolah-sekolah yang berhampiran dengan kediaman masing-masing.

Kini SKTTA kembali asal dengan sistem persekolahan satu sesi tetapi telahpun mempunyai tujuh blok bangunan iaitu 3 blok bangunan 3 tingkat yang menempatkan bilik-bilik darjah, 1 blok bangunan 2 tingkat bagi menempatkan makmal sains, bilik muzik, bilik sukan dan bilik kemahiran hidup. Selain itu, terdapat, 1 blok bangunan 1 tingkat bagi menempatkan Pra Sekolah Muzafar dan Mahathir serta 1 blok bangunan 2 tingkat iaitu makmal komputer dan sebuah surau.

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Taman Tun Aminah
Jln Pahlawan 4, Taman Ungku Tun Aminah
81300, Skudai
Johor, Malaysia
Telefon = 6075570484
Fax = 6075583757

Pautan luar sunting