Sekolah Kebangsaan Tasek, Perak

Sekolah Kebangsaan Tasek atau nama ringkasnya SK Tasek, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Sultan Azlan Shah Utara.

Sekolah Kebangsaan Tasek
Lokasi
Jalan Sultan Azlan Shah Utara, 31400, Ipoh,, Perak Darul Ridzuan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6055464913
Kod sekolahABA2006
Faks6055464913


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Tasek memiliki 221 pelajar lelaki dan 229 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 450 orang. Ia mempunyai seramai 30 orang guru.2009

Pada tahun 2022, SK Tasek mempunyai lebih dari 200 orang murid dan telah berjaya melahirkan ramai murid yang berani dan aktif dalam menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum dan sukan. SK Tasek juga berjaya melahirkan ramai murid yang cemerlang dalam bidang akademik.

Selain itu, SK Tasek juga mempunyai guru-guru yang sangat berinovatif dan kreatif dalam mempelbagaikan cara pembelajaran yang efektif dan efisien. Lebih-lebih lagi sewaktu perintah kawalan pergerakan (PKP) pada tahun 2020 dan 2021 yang lalu, SK Tasek berjaya memastikan murid-murid mereka dapat terus mengikuti pembelajaran dengan baik dan lancar.

Disamping itu, SK Tasek juga mempunyai guru-guru yang berkemahiran tinggi dan berinovasi dalam bidang teknikal dan IT selaras dengan Transformasi Sekolah 2025 (TS25).

Lagu Sekolah sunting

HIDUP BERJASA DAN BERILMU

TAAT SETIA PADA RAJA

RUKUN NEGARA PANDUAN KITA

MENJADI RAKYAT BERGUNA

PELAJARAN KAMI TIDAK LUPAKAN

AGAMA MENJADI PEGANGAN HIDUP

MENGHORMATI GURU-GURU KAMI SENTIASA

MENJALANKAN TUGAS DENGAN IKHLAS


MARILAH LENGKAPKAN HIDUP KITA

KEBERSIHAN DIUTAMAKAN

SEMOGA KAMI SELALU KENANGKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK IPOH

Sejarah sunting

Sebelum kedatangan orang-orang Jepun,penduduk di Kampung Tasek menghantar anak-anak mereka bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tembok iaitu kira-kira 5km dari Kampong Tasek.Semasa pemerintahan Jepun,sebahagian daripada kanak-kanak di Kampung Tasek tidak bersekolah kerana kemelesetan. Selepas perang iaitu kira-kira dalam tahun 1945,pengganas komunis mengancam keselamatan penduduk di Kampung Tasek,menyebabkan sebahagian besar daripada anak-anak kampung ini tidak bersekolah.


Dalam pada itu penduduk Kampung Tasek telah berusaha mendapatkan sekolah untuk anak-anak mereka.Rayuan penduduk Kampung Tasek telah mendapat perhatian kerajaan.Pada masa yang sama seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat,Puan Hajah Mariam binti Sulaiman telah berusaha mendapatkan sekolah untuk kanak-kanak Kampung Tasek.Akhirnya pihak kerajaan telah memberikan kebenaran agar sebuah sekolah diwujudkan di Kampung Tasek.Pihak kereta api tanah Melayu telah membenarkan Stesen Kereta api Tasek dijadikan sekolah dengan sewaan RM10.00.Dengan ini mulai 13 Ogos 1949 anak-anak penduduk Kampung Tasek telah bersekolah di sekolah yang dinamakan Sekolah Melayu Tasek dengan bilangan muridnya seramai 32 orang.Persekolahan di Stesen Kereta Api Tasek ini berjalan kira-kira 23 tahun.Oleh kerana muridnya bertambah khasnya selepas merdeka,maka bangunan kereta api tersebut tidak lagi sesuai dan tidak boleh menampung bilangan murid di samping gangguan serta membahayakan keselamatan murid.

SEKOLAH BARU

Lagi sekali penduduk Kampung Tasek telah merayu kepada pihak kerajaan bagi mendapatkan bangunan baru untuk Sekolah Kebangsaan Tasek.Dengan usaha penduduk-penduduk Kampung Tasek dan setelah mendapat tanah untuk tapak sekolah,akhirnya kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan untuk Sekolah Kebangsaan Tasek di tapak yang ada sekarang.Bangunan baru telah mula digunakan pada 16 Julai 1972 dan dirasmikan oleh YAB Datuk Hussein Onn selaku Menteri Pelajaran Malaysia pada hari Jumaat 6 Julai 1973.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Tasek
Jalan Sultan Azlan Shah Utara
31400, Ipoh
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6055464913
Fax = 6055464913

Pautan luar sunting