Sekolah Kebangsaan Telok Ayer Tawar

Sekolah Kebangsaan Telok Ayer Tawar atau nama ringkasnya SK Telok Ayer Tawar, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Telok Ayer Tawar.

Sekolah Kebangsaan Telok Ayer Tawar
Lokasi
 Malaysia Telok Ayer Tawar, 13050, Butterworth,, Mutiara Timur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6043512534
Kod sekolahPBA2027
PengetuaEncik Asri Bin Majlan
Faks6043512897
Laman sesawang


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Telok Ayer Tawar memiliki 493 pelajar lelaki dan 447 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 940 orang. Ia mempunyai seramai 57 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Telok Ayer Tawar adalah antara sekolah tertua di daerah Seberang Perai Utara. Sekolah ini didirikan pada tahun 1898 dengan nama Sekolah Melayu Telok Ayer Tawar. Lokasi awal sekolah ini ialah di simpang tiga berhadapan dengan Balai Polis Teluk Air Tawar. Ketika itu, bangunan sekolah merupakan bangunan setingkat yang diperbuat daripada papan. Terdapat tiga bilik darjah dengan bilangan pelajar lebih kurang 100 orang. Lima orang guru termasuk guru besar bertugas di sekolah tersebut.

Guru besar asal tidak diketahui dan hanya direkodkan Encik Ismail Bin Puteh memegang jawatan tersebut dari tahun 1926 – 1927. Pada tahun 1912, telah didirikan rumah guru untuk kemudahan guru-guru. Apabila bilangan murid semakin bertambah, bangunan baru didirikan di satu tapak baru iaitu tapak sekolah sekarang. Sementara itu, bangunan lama tetap digunakan sehingga tahun-tahun 1970-an. Pada masa itu, semua mata pelajaran diajar oleh guru yang ditugaskan kecuali bagi mata pelajaran Agama Islam. Agama Islam diajar oleh guru khas.

Pada 08 Disember 1941, negeri-negeri utara Tanah Melayu telah diserang oleh tentera Jepun. Teluk Air Tawar telah menjadi medan pertempuran antara Jepun dengan tentera Berikat (gabungan tentera British, Amerika Syarikat, Belanda dan Perancis). Justeru, Sekolah Melayu Telok Ayer Tawar terpaksa dututup. Sekolah dibuka semula pada Februari 1942 dengan menggunakan Bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar. Cikgu Bahaudin Hasan berkhidmat sebagai guru besar ketika itu sehingga 1955.

Pada Januari 1945, Sekolah Melayu Telok Ayer Tawar terpaksa ditutup semula atas arahan tentera Jepun. Malahan, penduduk setempat turut diminta berpindah. Ini kerana tentera Jepun diserang oleh tentera Berikat. Pada Februari 1946, sekolah dibuka semula oleh pihak British. Cikgu Haji Shariff merupakan orang yang bertanggungjawab mengumpul murid-murid untuk bersekolah semula. Ketika itu, mata pelajaran yang diajar ialah Ilmu Kejadian, Tawarikh (Sejarah), dan Ilmu Alam (Geografi). Agama Islam tidak diajar tetapi pelajaran lebih bertumpu kepada penulisan jawi dan rumi.

Pada tahun 1963, tapak bangunan baru dua tingkat (Bangunan A) telah didirikan bagi menampung bilangan murid yang ramai. Lantaran jumlah murid yang semakin bertambah, pada tahun 1982, bangunan tambahan tiga tingkat (Bangunan B) pula didirikan. Pihak Kementerian Pendidikan seterusnya mengambil langkah mendirikan bangunan tambahan empat tingkat (Bangunan C) pada tahun 1987. Kini, SK Telok Ayer Tawar mempunyai satu lagi bangunan baru (Bangunan D). Bangunan ini siap dibina pada tahun 2000. Sementara itu, kelas Prasekolah SK Telok Ayer Tawar telah dibuka pada tahun 2006. Lokasi kelas prasekolah ialah di tingkat bawah Blok A. Guru Prasekolah yang pertama ialah Pn. Robiah Binti Abdul Rashid. Pada tahun berikutnya, sebuah lagi kelas prasekolah dibuka bagi menampung jumlah murid yang semakin bertambah.

Kini, usia SK Telok Ayer Tawar telah menjangkau 111 tahun. SK Telok Ayer Tawar telah menyambut ‘Perayaan Seratus tahun’ pada 1998.

Antara Guru Besar yang pernah berkhidmat di sekolah ini ialah;

  1. En.Ismail Bin Puteh 1926 – 1927
  2. En.Wahab Bin Ibrahim 1927 – 1929
  3. En. Embi Bin Md. Yusuf 1930 – 1932
  4. En. Mansur Bin Hassan 1932 – 1934
  5. En. Sidek Bin Kasim 1935 – 1937
  6. En. IhsanBin Sulaiman 1937 – 1941
  7. En.Bahaudin Bin Hasan 1941 – 1946
  8. En.Abdullah Bin Hasan 1947 – 1949
  9. En. Othman Bin Maaruf 1949 – 1952
  10. En. Bahaudin Bin Hasan 1953 – 1955
  11. En. Hanafi Bin Awang 1956 – 1957
  12. En. Din Bin Puteh 1958 – 1972
  13. En. Jaafar Bin Hj.Zakaria 1973 – 1978
  14. En. Ibrahim Bin Md.Zain 1978 – 1979
  15. Tn. Hj. Husain Bin Chik 1979 – 1980
  16. En. Mohd Noor Bin Ayob 1980 – 1984
  17. En. Yahaya Bin Din 1984 – 1985
  18. En. Idris Bin Din 1985 – 1989
  19. En. Sirajuddin Bin Mustafa 1990 – 1992
  20. En. Mat Radzi Bin Habib 1992 – 1997
  21. En. Nasrun Bin Johari 1997 – 1999
  22. Hj. Md. Akhir Bin Mahmud 2000 – 2003
  23. En. Othman Bin Md. Desa 2004 – 2005
  24. Hj. Ramli Bin Hj. Awang 2006 – 2008
  25. En. Kamaruzaman Bin Salim -PJK 2008 - 2011
  26. En. Asri Bin Majlan 2012 - Sekarang

Visi & Misi sunting

Misi

MEWUJUDKAN IKLIM, BUDAYA DAN WATAK SEKOLAH YANG DITERIMA SEMUA MELALUI PROSES PENGURUSAN BERKESAN, PENGUASAAN ILMU DAN PENGAMALAN ADAB OLEH WARGA SEKOLAH MELIPUTI ASPEK AKADEMIK, SAHSIAH, KOKURIKULUM DAN PENGURUSAN INSTITUSI.

Visi

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK AYER TAWAR MENCAPAI TAHAP CEMERLANG AKADEMIK, GEMILANG MODAL INSAN DAN TERBILANG SUKAN DI PERINGKAT KELOMPOK, ZON DAN DAERAH MENJELANG 2012

Piagam Sekolah sunting

S SENTIASA DAN SEDIA MEMBERIKAN KOMITMEN YANG TERBAIK

K KESEIMBANGAN DAN KESAKSAMAAN PELUANG MELALUI KHIDMAT KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH DAN KOMUNITI

T TELUS, TULUS DAN CEKAP MEMBERIKAN KHIDMAT BAKTI

A AMALAN PROFESIONALISMA MERENTASI AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB

T TEKAD DAN TEKUN KE ARAH KECEMERLANGAN

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Telok Ayer Tawar
Telok Ayer Tawar
13050, Butterworth
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6043512534
Fax = 6043512897

Pautan luar sunting