Sekolah Kebangsaan Telok Pulai

Sekolah Kebangsaan Telok Pulai atau nama ringkasnya SK Telok Pulai, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Taman Bertek.

Sekolah Kebangsaan Telok Pulai
Lokasi
 Malaysia Taman Bertek, KLANG, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah333720516
Kod sekolahBBA0025
Faks333743043


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Telok Pulai memiliki 800 pelajar lelaki dan 706 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1506 orang. Ia mempunyai seramai 72 orang guru.2009

Sejarah sunting

SK Telok Pulai telah dibuka pada 4 Jun1987 dengan nama asal Sekolah Kebangsaan Sungai Bertek. Sekolah ini terletak 5km dari Bandar Klang. Di awalnya, sekolah ini hanya mempunyai seramai 224 orang murid dan 9 orang guru. Sekolah ini dirasmikan pada 15 September1990 oleh YAB Tan Sri Dato Hj Muhammad Bin Mohd Taib, Menteri Besar Selangor. Sekolah ini pernah dinobatkan sebagai Sekolah Harapan Negara kategori luar bandar pada tahun 1991. Bermula dari era itu, sekolah ini telah menjadi tumpuan pelawat dari dalam dan luar bandar. Sekolah ini telah dinaik taraf ke sekolah Gred A pada 1 November 1993. Tahun bersilih ganti, SK Telok Pulai terus mengorak beberapa perubahan. Pada tahun 1994, bangunan Blok C telah dibina bagi menampung pertambahan murid di sekolah ini. Manakala dua buah makmal ICT telah dibangunkan sekitar tahun 2001. Surau Al-Falah juga telah dinaik taraf dan serentak dengan itu, Dewan Terbuka Syed Putera telah dirasmikan pada tahun 2007.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Telok Pulai
Taman Bertek
Selangor, Malaysia
Telefon = 333720516
Fax = 333743043

Pautan luar sunting