Sekolah Kebangsaan Tengkawang


Sekolah Kebangsaan Tengkawang merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kampung Tengkawang, Jalan Sungai Tong , Kuala Berang , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Sekolah Kebangsaan Tengkawang
Lokasi
Kampung Tengkawang, Jalan Sungai Tong,, Kuala Berang, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan, sekolah berasrama
Nombor sekolah6096818963
Kod sekolahTBA5013
Pengerusi PIBGENCIK SAIFUL NADIA BIN BIDIN
Guru besarCIKGU MOHAMAD SABRI BIN ABU BAKAR
GPK Pentadbiran dan AkademikCIKGU MOHD HISYAM BIN MUHAMMAD
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridCIKGU RAPIAH BINTI YUSOF
Penolong Kanan KokurikulumCIKGU AMRAN BIN ISMAIL
Faks6096818962
Laman sesawang

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Tengkawang memiliki 182 pelajar lelaki dan 149 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 331 orang. Ia mempunyai seramai 28 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Tengkawang telah ditubuhkan bermula pada tahun 1948, sebagai sekolah rakyat. Ia dibina di tepi Sungai Telemong. Pengasasnya ialah Ahmad Bin Taha yang berasal dari negeri Pahang.

Bangunan awal sekolah ini dibina secara gotong-royong oleh penduduk kampung berasaskan buluh beratapkan daun rumbia. Kerusi dan meja diperbuat daripada kayu dan buluh. Manakala alat tulis pula terdiri dari papan batu atau papan selit.

Pelajar rata-ratanya adalah dari penduduk setempat, iaitu dari Kampung Tengkawang, Kampung Padang Setar dan Kampung Hulu Sat. Pada permulaan sekolah di buka, bilangan murid hanyalah berjumlah seramai 20 orang. Pada tahun 1975 sekolah ini berpindah ke tapak yang ada sekarang. Bangunan sekolah masih lagi diperbuat daripada buluh dan kayu.

Peningkatan dari jumlah bilangan murid ketara dari 20 ke 30 orang dan ditambah dengan adanya 3 orang guru. Selang 2 tahun kemudian sekolah telah dinaiktaraf menjadi bangunan batu dengan keramaian murid berjumlah 86 orang dan guru 6 orang.

Pada tahun 1977 jumlah murid bertambah lagi kepada 100 orang dan blok baru telah dibina untuk menampung jumlah murid yang ramai itu. Pada tahun 1988 penambahan sebuah kantin dan dua unit rumah guru dibina bagi melengkapkan bangunan baru SK Tengkawang.

Dua blok asrama dan sebuah dewan makan untuk kemudahan murid dan ditambah dengan dua blok bangunan kilat untuk menampung kekurangan bilik darjah. Di sini bermulanya Sekolah Kebangsaan Tengkawang sebagai satu-satunya sekolah berasrama di daerah Hulu Terengganu.

Pada bulan Mac 2011 bangunan baru bertingkat mula beroperasi yang kebanyakannya kelas dan bilik-bilik utama dipindahkan ke bangunan ini.

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Tengkawang
Kampung Tengkawang,
Jalan Sungai Tong ,
Kuala Berang ,
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096818963
Fax = 6096818962

Pautan luar sunting