Sekolah Kebangsaan Terusan

Sekolah Kebangsaan Terusan atau nama ringkasnya SK Terusan, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 61484.

Sekolah Kebangsaan Terusan
Lokasi
Peti Surat 61484, 91123, Lahad Datu,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6089821713
Kod sekolahXBA3142
Faks6089821713


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Terusan memiliki 73 pelajar lelaki dan 55 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 128 orang. Ia mempunyai seramai 17 orang guru.2009

Sejarah sunting

SK TERUSAN

Agenda untuk memastikan anak-anak Kampung Terusan berpeluang mendapatkan pendidikan telah bermula sejak dari zaman kepimpinan KK Haji Lagundi Bin Imam Hok sebagai ketua kampung sepanjangtempoh pentadbiran beliau bermula tahun 1964 hingga tahun 1975. Usaha awal beliau dimulakan dengan membuat permohonan tanah seluas 5 ekar pada tahun 1965 untuk dijadikantapak pembinaan sekolah di kampung tersebut. Namun, permohonan tersebut dibatalkan oleh Jabatan Tanah Lahad Datu dan ini menyebabkan penubuhan sekolah pada ketika itu tidak dapat dilaksanakan.

 Usaha agar sebuah sekolah didirikan di Kampung Terusan diteruskan pada zaman pentadbiran KK Haji Tatan Bin Embai pada tahun 1976. Beliau telah membuat permohonan semula kepada Jabatan Tanah Daerah Lahad Datu berhubung tanah seluas 5 ekar yang pernah dipohon oleh KK Haji Lagundi agar tanah tersebut dapat dijadikan tapak pembinaan sekolah.
   Kegagalan demi kegagalan yang telah dihadapi oleh ketua kampung sebelumnya dalam mendapatkan kelulusan permohonan tanah bagi pembinaan sekolah, tidak menjadi batu penghalang kepada ketua kampung seterusnya.KK Haji Jamal BinImam Haji Musah yang telah dipilih sebagai Ketua Kampung Terusan pada tahun 1986  telah meneruskan perjuangan tersebut. Beliau yang mendapat bantuan dan nasihat daripada Cikgu Mohamad Yusoff Bin Kapar telah mengemukakan semula permohonan kepada Pejabat Pendidikan Lahad Datu agar sebuah sekolah dapat ditubuhkan di Kampung Terusan dan hasilnya, kelulusan telah diberikan terhadap permohonan tersebut.Beliau juga turut membuat permohonan semula tapak tanah yang telah dibatalkan sebelum ini bagi tujuan pembinaan sekolah pada tahun 1988.
 Bangunan sekolah yang pada masa itu hanya mempunyai tiga buah bilik darjah dan sebuah bilik guru yang sempit telah mula beroperasi pada 11 Disember 1989 dengan bilangan murid seramai 54 orang murid dan 5 orang tenaga pengajar yang terlatih.Pada awal pengoperasian sekolah ini, Cikgu Mohamad Yussoff Bin Kapar telah mendapat mandat daripada Pejabat Pelajaran Daerah Lahad Datu untuk menjalankan tugas sebagai memangku Guru Besar.Walaupun pihak sekolah menghadapi cabaran dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang kondusif disebabkan kekangan bilangan bilik darjah yang agak terhad. 
 Pada tahun 1991, atas kesedaran perlunya ruang bilik guru yang sesuai untuk melaksanakan kerja-kerja hakiki lain selain daripada melaksanakan sesi pengajaran kepada murid, Encik Babul Shariat Bin Hindustan telah memberikan sumbangan peribadi untuk menambah baik kemudahan fizikal bilik guru dengan menambah keluasan bilik tersebut sebanyak 15 kaki lebar dan 20 kaki panjang. Komitmen yang tinggi dan tindakan proaktif Encik Babul Shariat sebagai pengerusi PIBG dalam hubungan kerjasama dengan pihak sekolah membolehkan prasana Sekolah Kebangsaan Terusan dapat ditambah dari tahun ke tahun. 
 Selepas beberapa tahun beroperasi, akhirnya status permohonan tapak tanah yang dijadikan tempat pembinaan sekolah ini telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Tanah dan Ukur Kota Kinabalu pada tarikh 01 Januari 1993.Kini, Sekolah Kebangsaan Terusan telah berdiri megah dan menjadi nadi kepada perkembangan ilmu hingga ke hari.                          Pertambahan murid yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Terusan semakin bertambah dari tahun ke tahun menyebabkan bangunan bilik darjah sedia ada tidak dapat menampung keperluan  semasa.Maka pada tahun 1998, peruntukan untuk membina sebuah lagi blok bangunanbagi menempatkan ruang kelas bagi murid tahun satu, tahun dua dan tahun tiga serta pejabat guru telah diturunkan.Pertambahan bilangan blok bangunan ini sedikit sebanyak telah dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam melaksanakan aktiviti pendidikan. 

Encik Babul Shariat Bin KK Haji Hindustan selaku Pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan Terusan mengenai peri pentingnya penerapan ilmu agama seperti menunaikan solat dan belajar Al-Quran dalam diri murid-murid sekolah ini, maka bangunan yang dinamakan Surau An-Najah telah didirikan bagi tujuan tersebut. Bermula dari sebuah blok bangunan yang usang dan kecil, kini sekolah ini akhirnya telah dilengkapi dengan beberapa blok bangunan seperti blok bangunan blik darjah, bilik guru, kantin sekolah, bilik pusat sumber dan lain-lain.Perubahan yang di kecapi dalam aspek pembangunan fizikal sekolah dapat direalisasikan hasil usaha dan kerjasama daripada semua pihak termasuklah guru besar dan guru-guru yang pernah berkhidmat di sekolah ini, ketua-ketua kampung, pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK), pengerusi PIBG dan juga penduduk kampung. Kerjasama yang padu dan jitu inilah yang menjadikan Sekolah Kebangsaan Terusan pesat membangun dan menjadi nadi kepada perkembangan ilmu di kawasan tersebut.

Pencapaian sunting

Pengumpulan maklumat dan suntinganpenulisan mengenai penubuhan awal Sekolah Kebangsaan Terusan Lahad Datu adalah hasil kerjasama antara Encik Jamil Bin Haji Tagu(Guru Besar Sekolah Kebangsaan Terusan)bersamaTuan Haji Babul Shariat Bin Haji Hindustan.

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Terusan
Peti Surat 61484
91123, Lahad Datu
Sabah, Malaysia
Telefon = 6089821713
Fax = 6089821713

Pautan luar sunting