Sekolah Kebangsaan Trosor

SEKOLAH KEBANGSAAN TROSOR
Lokasi
 Malaysia Kampung Trosor, 31100 SUNGAI SIPUT (U), Perak Darul Ridzuan
Malaysia
Maklumat
Nama lainSK TROSOR UNGGUL JAUHAR ULUNG
MotoILMU PANDUAN HIDUP
Afiliasi agamaISLAM
Autoriti pendidikanPEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR
SesiPAGI
Nombor sekolah6055975597
Kod sekolahABA4033
Pengerusi PIBGIMAM AHMAD SHAHRIL BIN SENAJUDIN
Guru besarMOHAMMAD NIZAM BIN HASHIM
Tenaga pengajar18
Jumlah penuntut134
Kelas6
Bahasa pengantarBAHASA MELAYU
SloganILMU PANDUAN HIDUP
LaguWARGA TROSOR TERCINTA
GPK Pentadbiran dan AkademikENCIK ROHIZAT BIN AHMAD
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridENCIK MOHD BADRUL HISAM BIN HAMIDI
Penolong Kanan KokurikulumENCIK ZULKIFLI BIN MOHD ZAINI
Faks6055971597


Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Trosor telah mula dibina pada tahun 1904 di atas sebidang tanah yang merupakan bekas tapak rumah Penghulu Mukim Kemiri. Bagunan didaftarkan dengan nombor P.W.D 37. Tuan Haji Abdul Hamid adalah merupakan satu-satunya guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Trosor pada ketika itu. Bilangan pelajarnya seramai 30 orang dan kesemuanya adalah pelajar lelaki.

Pada tahun 1906 sebuah bangunan baru telah dibina. Untuk mewujudkan beberapa buah kelas, bangunan ini telah dibina sekatan. Pada tahun yang sama, sebuah rumah guru telah didirikan (P.W.D 38). Ketika ini bilangan pelajarnya telah bertambah.

Pada tahun 1907, terdapat dua orang tenaga penxzgajar di Sekolah Kebangsaan Trosor. Mereka adalah En Mat Yet sebagai Guru Besar dan En Md Dahan sebagai guru Penolong. Pada tahun yang sama, En Mohd Yusof telah dilantik sebagai Guru Besar bagi menggantikan En Mat Yet.

Sebuah bangunan tambahan telah didirikan pada tahun 1952. Bangunan ini didirikan secara goromg-royong oleh penduduk kampong. Guru Besar pada masa itu ialah En Maad. Pembinaan bangunan tambahan ini adalah untuk menampung jumlah murid yang begitu ramai yang belajar di sekolah ini.

En Yeob Abu Bakar telah menjadi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Trosor pada tahun 1954. Pertambahan murid yang amat ketara pada tahun 1955, sebuah rumah kedai telah disewa untuk dijadikan bilik darjah tambahan. Bilangan murid pada ketika itu ialah seramai 208 orang (109 murid lelaki dan 99 orang murid perempuan). Bilangan guru juga telah meningkat seramai 6 orang iaitu 3 orang guru berkelulusan Maktab (SITC), seorang TUOS dan 2 orang lagi guru tanpa latihan. Pada tahun ini juga seorang tukang kebun telah dilantik bagi menjaga kebersihan sekolah yang mempunyai keluasan 1 ekar, 0 rod, 19 pol. Pada 1 April 1965, sebuah lagi rumah guru (JKR 327) telah dibina oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Untuk menampung jumlah murid seramai 246 orang, pada tahun 1967 sebuah bangunan sekolah (JKR 350) telah didirikan. Bangunan ini mengandungi sebuah bilik darjah dan sebuah pejabat. Bangunan ini telah mula digunakan pada Januari 1968 dan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Mohd Khir Johari, Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu. Pada tahun 1968 sekolah ini telah mempunyai seramai 13 orang guru iaitu termasuk seorang Guru Agama. Pada tahun yang sama seorang kerani sambilan iaitu Encik Abdul Majid B Abdul Rahman telah ditempatkan di sekolah ini. Encik Basharuddin Uda Tonik telah bersara setelah berkhidmat sebagai Guru Besar selama 14 tahun. Pada tahun 1973, En Basharuddin Uda Tonik telah bersara dan Tuan Haji Mohd Ali B Abdul Wahab telah dilantik menjadi Guru Besar. Pertambahan murid telah menyebabkan dewan orang ramai Kampung Trosor dan Madrasah telah digunakan sebagai bilik darjah.

Pada tahun 1981, sebuah bangunan telah dibina yang mengandungi 3 buah bilik darjah dan tandas. Sebuah bangunan kantin juga telah didirikan pada tahun yang sama. Bangunan baru ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’Seri Ramli Ngah Talib, Menteri Besar Perak pada 10 Oktober 1985.

Pada tahun 2008 Kementerian Pendidikan Malaysia telah meluluskan pembinaan SK Trosor di tapak yang baru tidak jauh dari lokasi sekolah yang asal. Kerja-kerja pembinaan berlangsung selama 2 tahun dan akhirnya pada bulan Ogos 2012 SK Trosor telah beroperasi di lokasi baru dengan kemudahan dan prasarana yang lengkap.

Lagu Sekolah sunting

“ Wahai rakan mari semua

Warga SK Trosor tercinta

Tekun belajar gigih usaha

Bimbingan guru bersama

Hadapi cabaran di hari muka

Bersemangat berhati waja

Agar menjadi insan berguna

Itu wawasan semua

SK Trosor sekolahku tercinta

Ingati sepanjang masa

Tingkatkan kecemerlangan sentiasa

Direstui maha esa

Ilmu panduan hidup

Penyuluh kegelapan

Ilmu panduan hidup

Cemerlang masa hadapan “

Pencapaian sunting

Bil Program / Aktiviti Tarikh Peringkat Pencapaian Jumlah murid
1.      Tilawah Siber Daerah Johan
2.      Tilawah Siber Negeri Kelima
3.      Kem bina juara Negeri Johan
4.      E challenge (kriket) Negeri Kelima
5.      E challenge (kriket) Negeri Penyertaan 7
6.      Stem (poster) Daerah Penyertaan 1
7.      Bacaan Yassin perdana Negeri Penyertaan 10
8.      Mobile legend sk rendah Negeri Penyertaan 8
9.      Padni Daerah Penyertaan 6
10.   Ko akademik BM Daerah Penyertaan 4
11.   Ko akademik BM Daerah Penyertaan 2
12.   Cabaran siber KRS Daerah Penyertaan 1
13.   Hari bumi 2021 Daerah Penyertaan 20
14.   Video pendek patriotik Daerah Penyertaan 2
15.   Video pendek patriotik Daerah Kelima
16.   Pertandingan video ucapan

si cilik sempena hari keputeraan

Negeri Johan
17.   Pertandingan video ucapan

si cilik sempena hari keputeraan

Negeri Penyertaan 1
18.   Program Pembangunan Kriket Adiwira Kebangsaan Penyertaan 32
19. Merentas Desa MSSD K.Kangsar 16 Jun 2022 Daerah Ke 7 & 29 4 Lelaki 4 Perempuan


Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Trosor
Kampung Trosor
31100, Sungai Siput (U)
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6055975597
Fax = 6055971597

Pautan luar sunting

https://www.facebook.com/sktrosor.unggul/