Sekolah Kebangsaan Tun Syed Ahmad Shahabudin

Sekolah Kebangsaan Tun Syed Ahmad Shahabudin atau nama ringkasnya SK Tun Syed Ahmad Shahabudin, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Melaka.

Sekolah Kebangsaan Tun Syed Ahmad Shahabudin
Lokasi
Hang Tuah Jaya, 75450 Air Keroh, Melaka
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan



Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Tun Syed Ahmad Shahabudin (SK Tun SAS), telah memulakan operasinya pada 1 Januari 2011. Sekolah ini dibangunkan dengan fizikal bangunan serba moden di kawasan berkeluasan 3.5 hektar di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka. Bangunan utamanya terdiri daripada 5 buah blok bersambung membentuk rajah segi empat beserta sebuah bangunan prasekolah yang dibina berasingan. Selain memiliki 24 buah bilik darjah, sekolah ini turut diperlengkapkan dengan kemudahan bilik-bilik khas seperti makmal sains, bilik mesyuarat, makmal komputer, bilik kemahiran hidup, pusat sumber, bilik bimbingan, bilik muzik, bilik pengawas, bilik keselamatan, bilik rawatan, kedai buku, surau, bilik pemulihan dan bilik operasi SPBT. Turut disediakan adalah sebuah kantin, dewan terbuka dan sebuah padang untuk aktiviti sukan serta permainan bagi kegunaan murid-murid.


Guru besar pertama SK Tun Syed Ahmad Shahabudin ialah arwah Tn Hj Safiee bin Jaafar. Majlis Perasmian SK Tun Syed Ahmad Shahabudin telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam , Ketua Menteri Melaka pada hari ini 6 April 2013. Majlis juga diserikan dengan kehadiran Tuan Pengarah Pelajaran Melaka, Tuan Haji Kasim bin Mohamad, Pegawai Pelajaran Daerah Melaka Tengah,En. Osman bin Sagap dan wakil Ketua Sektor dari Jabatan Pelajaran Melaka. Sehingga kini terdapat tiga orang guru besar telah menabur bakti di SK Tun Syed Ahmad Shahabudin. Guru besar kedua, Tn Hj Adam bin Mohammad dan guru besar terkini iaitu En Azman bin Janudin.

Nama sekolah diambil sempena nama Tuan Yang Terutama Negeri Melaka iaitu Yang Amat Berbahagia Tun Datuk Seri Utama Syed Ahmad Al Haj bin Syed Mahmud Shahabudin. Beliau merupakan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka yang kelima, Beliau telah menjadi Tuan Yang Terutama Negeri Melaka pada tahun 1989 hinggalah 2004. Beliau meninggal dunia akibat sakit tua pada usia beliau 83 tahun pada 7 Julai 2008 dan disemadikan di Makam Pahlawan Melaka di Masjid Al-Azim, Bukit Palah, Melaka.



Walaupun baru lima tahun beroperasi, pencapaian cemerlang SK Tun SAS menerusi komitmen serta kerjasama semua pihak ternyata telah membuahkan hasil di luar jangkaan. Buktinya, sekolah ini telahpun meraih penganugerahan sebagai sekolah Band 1, pencapaian skor GPS 1.75, Anugerah Tawaran Baru Guru Besar (Bai’ah) serta berjaya menempatkan kedudukan antara 10 buah sekolah terbaik di negeri Melaka. Menifestasi kejayaan yang diraih ini bukan sahaja membanggakan seluruh warganya, malah impaknya telah menyebabkan sekolah ini menjadi rebutan para ibu bapa untuk mendaftarkan anak masing-masing di sini. Justeru, pertambahan ketara terhadap jumlah bilangan pelajar adalah sesuatu yang tidak dapat dihalang. Sehingga kini, jumlah murid SK Tun SAS telahpun menghampiri ke angka maksimum seramai 1200 murid.



Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Tun Syed Ahmad Shahabudin
Hang Tuah Jaya
75450 Air Keroh
Melaka, Malaysia
Telefon = 06-2322984
Fax =

Pautan luar sunting