Sekolah Kebangsaan USJ 2


Sekolah Kebangsaan USJ 2 atau nama ringkasnya SK USJ 2, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Usj 2/3. Pada 2017, Sekolah Kebangsaan USJ 2 memiliki 240 pelajar lelaki dan 237 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 477 orang. Ia mempunyai seramai 54 orang guru dan 11 orang kakitangan sokongan.

Sekolah Kebangsaan USJ 2
Lokasi
 Malaysia Jalan Usj 2/3, SUBANG JAYA, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah356389741
Kod sekolahBBA8247
Pengerusi PIBGPn. Intan Shariza bt. Abdul Rahim
Guru besarEn. Razman bin Baai
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Halimah bt. Ahamad
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Suria bt Kechik
Penolong Kanan KokurikulumEn Mohammad Mahizam bin Mohamad Toha
Faks356389741
Lokasi Sekolah Kebangsaan USJ 2 di Peta Google

Sekolah Kebangsaan USJ 2 terletak di Jalan USJ 2/3, dalam kawasan taman perumahan USJ 2. Lokasi sekolah adalah di tengah-tengah bandar Subang Jaya dan berhadapan dengan lebuh raya. Sekolah ini juga berada berhampiran dengan sebuah sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield.

Sejarah sunting

Sekolah ini telah dibuka pada 2 Januari 1999. Pada ketika itu nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Serdang Raya. Seramai 635 orang murid menjadi perintis sekolah ini. Guru Besar yang pertama ialah Encik Imam Maskor bin Sahuji. Seterusnya pula Puan Raja Akmal binti Raja Kamal bertugas sebagai Guru Besar kedua bermula pada tahun 2000. Disebabkan kedudukan sekolah ini terletak di kawasan perumahan USJ 2 maka nama sekolah ini telah ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan USJ 2 mulai April 2002. Setelah berkhidmat di SK USJ 2 selama hampir 11 tahun, Puan Raja Akmal binti Raja Kamal telah digantikan dengan Encik Zainuddin bin Abdul Halim sebagai Guru Besar SK USJ 2 mulai 1 Mac 2011. Mulai 1 Julai 2012, Pn. Nor’aidah bt. Nordin menggantikan En. Zainuddin yang kembali bertugas ke PPD Petaling Perdana. Sekolah ini menawarkan tiga aliran kepada murid-murid iaitu aliran prasekolah, aliran perdana dan aliran pendidikan khas. Mempunyai enrolmen sebanyak 400 orang murid, sekolah ini mempunyai satu sesi sahaja iaitu sesi pagi. Sebanyak 3 kelas prasekolah, 12 kelas aliran perdana dan 9 kelas pendidikan khas integrasi disediakan di sekolah ini. Pada awalnya, nama seperti Jerai, Kinabalu dan Titiwangsa diberikan untuk kelas aliran perdana, tetapi selaras dengan moto sekolah, nama kelas telah ditukar kepada Dinamik dan Bestari untuk kelas-kelas perdana. Kelas-kelas pendidikan khas integrasi masih menggunakan nama-nama bunga sebagai nama kelas. Pada tahun 2012, sebanyak 12 (19.4%) orang pelajar tahun 6 telah berjaya mencapai keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR. Subjek Bahasa Inggeris dan Matematik pula mencatatkan peratusan 100 lulus.

Pencapaian sunting

Sekolah Kebangsaan USJ 2 (SK USJ 2), sebuah sekolah rendah di Subang Jaya. Berada dalam kelompok Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) sejak tahun 2012.

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan USJ 2
Jalan Usj 2/3
Selangor, Malaysia
Telefon = 356389741
Fax = 356389741

Pautan luar sunting