Sekolah Kebangsaan Ulu Lemanak


Sekolah Kebangsaan Ulu Lemanak atau nama ringkasnya SK Ulu Lemanak, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Lubok Antu. Sekolah Kebangsaan Ulu Lemanak, Lubok Antu terletak di daerah pedalaman Hulu Sungai Lemanak yang terletak kira-kira 60km dari Pekan Lubok Antu atau 140km dari Bandar Sri Aman. Sekolah ini juga terletak berhampiran dengan rumah panjang Nanga Uyau, Lemanak. Sekolah ini dahulunya hanya boeh di akses melalui jalan sungai memudiki Sungai Lemanak dan mengambil masa kira-kira 8jam perjalanan menggunakan perahu panjang yang berpengkalan di Lubok Subong, Nanga Kesit di daerah Lubok Antu. Pada tahun 2005 syarikat balak telah meneroka hasil hutan dan membuat jalan perhubungan ke Nanga Uyau, Lemanak. Sejak dari itu, jalan balak telah digunakan sebagai jalan laternatig menghubungkan sekolah ini dengan dunia luar. Perjalanan ke skolah kini mengambil masa kira-kira 3jam menggunakan kenderaan pacuan empat roda jika cuaca baik. Jalan masuk ke sekolah ini melalui simpang rumah panjang Gelong, Lubok Antu yang bersimpangan di rumah panjang Sebeliau Atas, Lubok Antu.

Sekolah Kebangsaan Ulu Lemanak
Lokasi
 Malaysia D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Lubok Antu, 95900, Lubok Antu,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahYBB2322
FaksTIADA

Sejarah sunting

Pada pertengahan 1960-an pada awalnya penubuhan sekolah ini dicadangkan dibina bersebelahan rumah panjang Nanga Patoh, Lemanak. Oleh kerana kurang kesedaran terhadap kepentingan pendidikan, masyarakat pada ketika itu menolak penubuhan sekolah ini pada masa itu. Namun yang demikian, setelah menyedari kepentingan untuk anak-anak bangsa, Ketua-ketua Masyarakat di sekitar Nanga Uyau telah mencadangkan dan mempersetujui bahawa sekolah ini akan dibina di Nanya Uyau, Lemanak

Pada tahun 1965, sekolah ini telah dibina di Nanga Uyau, Lemanak diatas sebidang tanah berkeluasan kira-kira 2 hektar milik penduduk tempatan di sini yang bersebelahan dengan Rumah Uyau pada masa kini. Pada awal tahun 1966 sekolah ini dengan rasminya dibuka untuk sesi persekolahan  dengan nama Sekolah Rendah Kerajaan Nanga Uyau. Namun begitu, semasa tampuk pentadbiran Encik Charles Igon Luna pada tahun 1989, nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Rendah Kerajaan Ulu Lemanak sebelum kini dikenal sebagai Sekolah Kebangsaan Ulu Lemanak. Lokaliti murid-murid yang bersekolah pada masa itu berasal dari rumah panjang berdekatan Bawi Ulu, Bawik Ili, Bawi Patoh, Nanga Uyau,  Nanga Kekan, Tinting Berunai, Bilararap, Nanga Bangai dan Langgong Isu di kawasan hulu Batang Lemanak.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Ulu Lemanak
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Lubok Antu
95900, Lubok Antu
Sarawak, Malaysia
Telefon = TIADA
Fax = TIADA

Pautan luarhttps://www.facebook.com/skululemanak/ sunting