Sekolah Kebangsaan Ulu Melaka

Sekolah Kebangsaan Ulu Melaka atau nama ringkasnya SK Ulu Melaka, merupakan sekolah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kedah.

Sekolah Kebangsaan Ulu Melaka
Lencana Sekolah Kebangsaan Ulu Melaka.png
Lokasi
Kedah Darul Aman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan1913



SejarahSunting

SK Ulu Melaka ditubuhkan pada tahun 1913 di Mukim Ulu Melaka, Langkawi. Sekolah yang hanya beratapkan bertam dan berdindingkan pelupuh buluh telah didirikan di tengah-tengah perkampungan Ulu Melaka. Memandangkan tiada kelengkapan asas maka satu bangunan sahaja dapat didirikan.

Mengikut penerangan Tok Yahya b Arshad 94 tahun (Allahyarham) yang sebelum ini menetap di Kampung Kumpulan bahawa bangunan sekolah berkenaan telah didirikan hasil kerjasama orang kampung dan pihak pemerintah ketika itu. Pada masa itu hanya terdapat antara 40 ke 50 orang murid lelaki termasuk Allahyarham Tok Yahya yang ketika itu berusia 15 tahun.

Pada masa itu hanya 2 orang tenaga pengajar yang berkhidmat di situ. Guru berkenaan adalah Tok Penghulu Hitam dan Hj Din. Tok Penghulu Hitam bertindak sebagai guru besar sehingga diambil alih oleh seorang guru lain yang dikenali sebagai Cikgu Man.

Menjelang tahun 1938, sekolah yang asal itu telah bertukar wajah. Dari dinding buluh yang beratapkan bertam kepada bangunan yang berdinding batu dan kayu. Tingkapnya sahaja masih mengekalkan pelupuh buluh. Bilangan murid juga telah bertambah menjadi lebih kurang 120 orang dan kesemuanya lelaki.

En. Dahakim Md Sham 85 tahun, iaitu seorang bekas imam juga bekas murid ketika itu mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai kelas sendiri. Semua murid ketika itu diletakkan di dalam satu kelas sahaja. Menurut En Dahakim, murid-murid belajar dalam serba kekurangan. Mereka hanya menggunakan papan batu untuk menulis dan kadang-kadang terpaksa menulis di atas tanah. Apabila peperiksaan dijalankan pemerintah Inggeris akan menghantar orangnya untuk menyelia peperiksaan dan meneliti pencapaian murid.

Setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, SKUM masih wujud dan bilangan murid-muridnya juga bertambah.

PencapaianSunting

AlamatSunting

Pautan luarSunting