Sekolah Kebangsaan Umas-Umas

Sekolah Kebangsaan Umas-Umas Tawau atau nama ringkasnya SK Umas-Umas, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak 70km dari bandar Tawau dalam gugusan Felda Umas Tawau.

Sekolah Kebangsaan Umas-Umas Tawau
Lokasi
Peti Surat 60911, 91019, Tawau,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah089745676
Kod sekolahXBA3009
Pengerusi PIBGROPE BIN PATTANG
PengetuaRUSLEE BIN AHMAT @ AHMAD
GPK Pentadbiran dan AkademikBAHARUN BIN ABDULLAH SANI
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridHAMIDAH BINTI SALIM
Penolong Kanan KokurikulumMOHD SAM BIN TALIP
Faks089745677


Sekolah ini dibuka pada 21 Januari 1986. Pada awal pembukaannya, sekolah ini hanya menggunakan bangunan pejabat lama FELDA dan juga bekas gudang penyimpanan baja yang telah diubahsuai menjadi bilik guru dan bilik darjah. Sekolah ini mengambil nama sempena daripada nama sungai Mas-Mas yang diungkapkan dalam bahasa Tidung bermaksud "tercungap-cungap". Istilah ini kerap digunakan ketika itu ekoran kepayahan seseorang yang ingin ke tempat ini, yang terpaksa berjalan kaki dalam jarak yang cukup jauh dan amat memenatkan. Kekerapan menggunakan istilah inilah yang mewujudkan nama Umas-Umas.

Pada peringkat awalnya, Murid-murid yang didaftarkan di sekolah ini terdiri daripada anak-anak peneroka Rancangan Umas 1 dan 2 sahaja. Jumlah murid perintis yang didaftarkan ketika itu adalah seramai 109 orang. Bilangan kelas pula sebanyak 6 buah. Sebagai pengasas pertama sekolah, dua orang guru telah dihantar bertugas ke sekolah ini iaitu Encik Bayoh B.Ballak selaku Guru Besar dan Puan Nursiah Bt.Salleh sebagai guru biasa. Selang beberapa minggu, beberapa orang guru tambahan telah dihantar ke sekolah ini yang terdiri daripada 5 orang guru wanita dan 2 orang guru lelaki.

Penghujung tahun 1988 memperlihatkan banyak pertambahan dalam bilangan murid dan guru di sekolah ini. Kekurangan dan kesesakan murid dalam setiap kelas kian dirasai. Akhirnya pada bulan Oktober tahun yang sama, kakitangan dan murid SK Umas-Umas telah berpindah ke bangunan baru siap dibina. Bangunan baru tersebut terdiri daripada 27 buah bilik termasuk bilik guru besar, pejabat am, bilik guru, bilik muzik, bilik pergigian, pusat sumber, bilik darjah serta sebuah flat dan kantin. Projek pembinaan bangunan baru tersebut telah bermula sejak Jun 1986. Murid yang terdaftar ketika itu menjangkau sehingga 595 orang dengan kemasukan peneroka Rancangan Umas 4.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Umas-Umas memiliki 545 pelajar lelaki dan 548 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1093 orang. Ia mempunyai seramai 81 orang guru.2009

Sejarah sunting

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Umas-Umas
Peti Surat 60911
91019, Tawau
Sabah, Malaysia
Telefon = 089745676
Fax = 089745677

Pautan luar sunting